Jutawan Produk Orang Memang Cikai Ke ?

Jutawan Produk Orang Memang Cikai Ke ?

“Kak Lyna, sifu xxx kata, kita takde produk sendiri bukan bisnes namanya. Bisnes kena ada produk sendiri”.

“Ko pegi tanya sifu xxx tu dia kenal Jack Ma tak? Namakan satu produk keluaran syarikat Ali Baba yg dijual oleh Jack Ma”.

Samada sifu xxx mmg beri ajaran sesat, atau tersalah cakap, atau beliau tersalah dengar…

.. Tapi memiliki jenama sendiri tu impian kebanyakan mereka yg berbisnes, termasuklah saya satu ketika dulu. Eh, best kot ada produk jenama sendiri.

Walau bagaimanapun, semakin lama dalam bisnes, kita akan nampak sebenarnya begitu banyak cabang bisnes yg boleh dibuat.

Menjual produk orang lain adalah satu bisnes. Bisnes legit. Bukan benda cikai. Sila betulkan persepsi ye.

Anda masuk ke pasaraya contohnya Aeon, berapa kerat aje produk berjenama ‘Aeon’ yg ada. Lain2 tu semua produk orang. Termasuklah produk IKS.

Bukan bisnes ke Aeon tu? Habis tu apa?

Jack Ma tadi tak ada produk sendiri pun. Beliau membina AliBaba, sebuah platform e-commerce. Yang berjualan di AliBaba bukan staff AliBaba pun.

Yang penting wajib ada PRODUK. Samada dalam bentuk barang atau perkhidmatan. Kalau anda jumpa ‘bisnes’ yang “Tak payah promote, tak payah cari orang, tak payah buat apa2, cuma sediakan modal dan kutip untung saja”.. Itulah baru bukan bisnes tapi scam. (Tapi kalau ada betul bisnes yg tak payah buat apa2, tolong beritahu saya ye… Saya pun nak).

Foto : Saat2 indah bersama Siri sebelum cinta beralih kepada Genie.

@kak.lyna
#iReachPreneur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat