DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Kacang Edamame

Kacang Edamame

Pagi ni rakan saya hadiahkan semangkuk Kacang Edamame yg dah siap di rebus.. ermmm sedapnya!

Bagi penggemar makanan Jepun, sudah pasti Edamame adalah antara makanan yang menjadi pilihan untuk dikudap-kudap sembil menunggu menu yang dipesan siap dihidangkan

Saya pun suka mengunyah kacang yang sedap berlemak ini. Edamame sebenarnya adalah sayuran hijau yang biasanya dikenali sebagai ‘kacang soya hijau’ yang boleh ditemui di ditemui di Jepun, China, Hawaii, dan Korea.

Edamame pula sering dimakan sebagai snek, hidangan sayur, dijadikan sup atau diproses menjadi hidangan pencuri mulut. Untuk dijadikan snek, pod/twig atau lengai/ranting kacang soya ini akan direbus seketika di dalam air bergaram. Apabila ia telah masak, kekacang berwarna hijau ini perlu dikeluarkan daripada lengainya sebelum dimakan begitu sahaja

Edamame atau kacang soya hijau amat berbeza daripada kacang soya yang telah matang dan keras yang berwarna kuning. Ini kerana edamame memiliki tekstur lebih lembut dan rasa yang sedap. Memakan edamame dengan kerap dikatakan mampu memberikan kebaikan pada kesihatan tubuh. Sungguh pun kacang edamame kecil, namun khasiat dan zat yang dimilikinya amat besar
.
Khasiat Edamame:
– tinggi asid lemak omega-3
– protein
– karbohidrat
– serat
– mineral dan vitamin seperti mangan, zink, fosforus, kalium, magnesium, besi, kalsium, vitamin C, vitamin B1 (thiamine), vitamin B2 (riboflavin), vitamin B3 (niasin), vitamin 5 (asid pantothenic) dan vitamin K

Edamame juga dipromosikan baik kepada kesihatan kardiovaskular. Ðikatakan isoflavones seperti genistein dan daidzen yang terdapat di dalam edamame dan juga produk soya yang lain mampu membantu dalam mengurangkan tahap kolesterol

Kelebihan edamame kepada kardiovaskular ini boleh ditingkatkan apabila ia dijadikan sumber protein utama di sebalik daripada mengambil daging. Selain daripada isoflavones, edamame juga dikatakan menyediakan sejumlah vitamin K yang signifikan dan amat baik untuk kesihatan jantung

Ðisebabkan edamame adalah sumber terbaik protein, perkara ini menjadikan ia sebagai snek paling popular di kalangan atlet yang mengamalkan pemakanan sayuran atau vegetarian. Ðikatakan setengah cawan edamame menawarkan 11 gram protein. Edamame juga dikatakan mengandungi ke semua sembilan asid-asid amino baik yang tidak mampu dihasilkan oleh tubuh
.
Kandungan lemak yang terdapat dalam edamame adalah sihat untuk jantung dan membantu merendahkan kolesterol dan juga merendahkan risiko penyakit jantung

Ðikatakan dengan memakan edamame meningkatkan kesihatan tulang. Ini disebabkan kandungan isoflavones yang terdapat di dalamnya mengekalkan ketumpatan tulang sihat melalui dorongan kesan yang sama terhadap estrogen pada tisu tulang. Edamame merupakan sumber kalsium yang amat diperlukan bagi tulang yang kuat

Serat pemakanan yang terdapat dalam edamame dikatakan mampu membantu mengurangkan tahap kolesterol. Serat pemakanan ini memastikan anda berasa kenyang. Perkara ini sekaligus membantu anda mencegah amalan atau tabiat pemakanan yang buruk

Edamame juga dikatakan mengandungi asid folik dan dikatakan boleh dipertimbangkan sebagai makanan sihat untuk wanita mengandung dan ketika fetus sedang terbentuk

Leave a Reply

%d bloggers like this: