DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Kacip Fatimah Untuk Wanita

Kacip Fatimah Untuk Wanita

Kacip Fatimah dah memang sangat popular sejak zaman dahulu lagi untuk kesihatan, terutamanya buat wanita. Jom kita baca kebaikan daun kacip fatimah di bawah.

Kebaikan Kacip Fatimah

1. Mencegah pembiakkan sel prakanser
2. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
3. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
4. Melewatkan proses penuaan.
5. Masalah keputihan
6. Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan.
7. Melancarkan proses kelahiran bayi.
8. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
9. Membantu dalam pengecutan rahim
10. Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot.
11. Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
12. Mengurangkan simptom sakit buasir, penyakit sendi dengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.
13. Gonorrhea dan cirit birit.
14. Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan..
15. Mengembalikan rambut yang sudah rosak.

Apapun banyak sangat produk yang dijual diluar berasaskan kacip fatimah, jadi berhati-hatilah sentiasa rujuk pakar

Khasiat daun mulberry

1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
5. Membantu dalam kehilangan berat badan
6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk
7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
12. Menambahkan tenaga
13. *Meningkatkan produksi susu badan*
14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
15. Memiliki semua 18 asid amino dan vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan
16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)

Kini terdapat daun mulberry yang telah diproses untuk dijadikan ubat.

Daun Bay @ Daun Salam @ Daun Brayani @ Daun Serai Kayu @ Daun Samak

Korang tahu tak?
Sy baru tahu

Daun Bay @ Daun Salam @ Daun Brayani @ Daun Serai Kayu @ Daun Samak
Kesemua diatas Adalah daun yg sama

Di indonesia di panggil daun salam. Boleh google dan compare. Bay pun dia, dan Bay nie ada beberapa jenis keturunan. Ada urat selari dan ada urat serabut. Mungkin sedikit berbeza tapi masih dlm rumpun yg sama.

Kalau rumah kawasan hutan. So main petik2 dalam hutan
Tak pakai mana pun. Sekali skala je pakai, nak buat rendang padang ke, beriani ke yg sugu pakai tu, ayam gepuk ke masa rebus ayam dengan rempah2 masuk 1 helai.

Cari kat giant yg kering pun tak jumpa.
Yg ni blh keringkan simpan dalam tupperware.

Ni kalau org Pantai timur panggil serai kayu. Sedap buat ulam dalam laksam , laksa, nasi kerabu.
Kalau diproses dijual kering punya la Mahal.

Padahal di kampung² bersepah sepah.

Sumber: bharian.com.my
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @GayaSihatCantik

Berikut antara tanaman herba yang mengundang ancaman kepada kesihatan jika pengambilannya berlebihan

1. Hempedu bumi

Tanaman yang hidup liar seperti rumpai ini mempunyai banyak khasiat. Antaranya, melegakan kembung perut, darah tinggi dan sebagainya, Ia adalah sejenis ubat dan bukan supplement. Oleh itu, pengambilanya disarankan tidak lebih dari 2 minggu. Untuk tujuan rawatan, ambil 3 hingga 5 helai daun yang direndam didalam air kosong. Pengambilan berterusan dan tidak mengikut dos yang ditetapkan boleh menyebabkan masalah hati.

2. Daun rerama

Dulu pernah viral tanaman ini. tiba-tiba harga pokok rerama ini naik tinggi kerna menjadi buruan dan viral disebabkan oleh harga dan manfaatnya yang tinggi. Tapi sekarang sudah makin dilupakan. Rerama sebenarnya adalah dari keluarga oxalis iaitu sejenis tumbuhan yang tinggi kompaun oxalate. Pengambilanya yang berterusan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan pembentukkan kristal atau batu karang di dalam sistem respirasi manusia.

3. Pokok sambungnyawa atau bismillah

Pokok herba yang mudah hidup ini pun antara tanaman herba vairal. Kebiasaanya, kaedah pengambilan yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia dengan menjadikan pucuk nya sebagai ulam atau jus bagi merawat masalah diabetis, kanser, kolestrol dan pelbagai lagi. Namun pengambilanya dalam tempoh yang lama secara kerap akan merosakkan hati. Hal ini disebabkan oleh kandungan toksik yang tinggi. Antara tanda awal keracun disebabkan oleh amalan pengambilan daun ini adalah apabila mata kelihatan merah.

4. Mahkota dewa

Banyak warung menyediakan minum kopi campuran yang mempunyai perisa mahkota dewa. Dan ia sentia menjadi kegemaran mereka yang suka melepak di warung. Ada tu sehari tak pekena secawan kopi mahkota dewa, rasa semacam sahaja badan. Betul tak? ha… ini lah hakikatnya, mahkota dewa bersifat steroid. Ia menyebabkan badan anda berasa sihat. Seperti mana pengambilan steroid yang lain, pengambilan jagka panjang melemahkan sitem imunisasi. Bila sistem imunisasi lemah, kita senang nak kena penyakit berjangkit dan juga kanser.

5. Daun mulberi

Bagi anda yang mengalami masalah jantung tersumbat, boleh cuba mengamalkan daun ini kerana ia bersifat mencairkan darah. Oleh itu, bagi wanita yang sedang haid, baru lepas bersalin, terluka, atau baru selesai pembedahan, elakkan mengambil daun ini. Ini kerana ia akan mencairkan darah anda. Pengambilannya hanya disarankan sekali sekala. pengambilan berlebihan bagi orang normal akan menyebabkan saluran darah kecil mudah pecah. Antara tanda darah terlalu cair, terdapat lebam tanpa sengaja pada badan. Paling teruk, pada mata akan terbit darah.

@petuabonda

KHASIAT AIR KETUM

Berita baik untuk semua peminat AIR KETUM untuk perubatan. Mungkin ada yang belum mengenali pokok dan daun ketum, sila rujuk gambar.

Institut Pencegahan Kanser Negara mengumumkan ranking daun ketum anti kanser.
1) daun ketum urat hijau 46.5%
2) daun ketum jenis urat merah 37.6%
3) daun jenis halus 35,4%
4) daun ketum bawal 34.7%
5) daun ketum ekor babi. 32.9%
6) daun ketum ekor kura. 29.8%
7) daun ketum hitam. 23.8%

TIPS UTAMA:
Semua daun ketum mengandungi kolagen, terutama daun ketum kuning sebagai yang paling banyak. Sedangkan bahan anti-kanser paling popular adalah jus ketum panas tanpa gula.

Penemuan resepi baru dari negara China. Bagi yg berpenyakit diabetes tidak usah bersusah-payah pergi berubat dengan doktor lagi. Cukup dgn mem’blender’ 12 helai daun ketum panjang yang dicampur 1 daun ketum urat merah. Minum 2x sehari.

Silakan periksa kadar gulanya keesokan hari, dijamin langsung turun kadar gulanya. Sudah banyak yang membuktikan, ia mujarab tanpa perlu berpantang makan lagi.

Masyarakat kampung menggunakan daun ketum untuk membantu pertambahan tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat dan kuat berkerja. Ia boleh dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih.

Daun ketum yang dikeringkan dan direbus boleh digunakan untuk mengembalikan tenaga batin.

Selain daripada dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas berkerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot sakit-sakit sendi dan lelah.

Rebusan daun kering dan akarnya pula boleh digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis.

PETUANYA:
Jangan petik bahagian pucuk. Petiklah daun-daun yang terdapat sebelum pucuknya.

Daun di pucuk khasiatnya kurang power kerana ia daun baru. Selepas dipetik, masukkan daun-daun tadi ke dalam periuk dan dibasuh dengan bersih.

Ramas daun ketum sehingga menjadi cebisan yang kecil agar kandungan nutriennya senang diserap.

Rebus daun ketum itu, tetapi jangan direbus dengan air yang banyak. Biar pekat. Lagi pekat airnya lagi piau (power).

Selepas 2 jam dimatikan api.

Biarkan rebusan itu sejuk sebelum ditapis.

Minum airnya, tetapi jangan berlebihan.

Air ketum tidak boleh disimpan melebihi 3 hari.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Leave a Reply

%d bloggers like this: