DIET DIET SIHAT

PENGEDAR VIVIX PALING TOP DI MALAYSIA

Kaedah Alternatif Kepada Rawatan Insulin

Kaedah Alternatif Kepada Rawatan Insulin

Apa itu insulin?

Insulin ialah sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan bagi membantu mengeluarkan gula dari darah dan menyimpannya ke dalam otot dan lemak. Penghidap diabetes mempunyai paras gula yang tinggi kerana badan mereka tidak dapat:

• menghasilkan insulin yang mencukupi
• bertindakbalas terhadap insulin dengan betul

Apabila paras gula anda tinggi…

Anda akan berasa dahaga, keletihan, kerap membuang air kecil, susut berat badan, penglihatan menjadi kabur dan kerap mendapat jangkitan kulit dan pundi kencing. Dalam jangkamasa panjang,jika paras gula tidak dikawal dengan baik, anda berisiko untuk mendapat komplikasi seperti buta, serangan jantung, angin ahmar, kegagalan buah pinggang, kerosakkan saraf dan kehilangan jari kaki dan anggota badan.

Komplikasi seperti ini akan menjejaskan kualiti hidup anda.


Mengapakah anda memerlukan rawatan insulin?

Paras gula anda kekal tinggi walaupun setelah mengambil ubat-ubatan, menjaga pemakanan dan bersenam. Ini adalah kerana organ pankreas anda tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi. Ini biasanya berlaku selepas 5 hingga 10 tahun anda menghidap diabetes.
Ubat pil diabetes boleh meningkatkan paras insulin dalam badan tetapi ianya tidak berkesan sekiranya badan tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup. Oleh itu anda disarankan mengambil rawatan insulin.


Bagaimanakah anda memulakan rawatan insulin?

• Insulin disuntik dengan menggunakan ‘pen insulin’.

• Biasanya, satu suntikan insulin pada waktu malam sudah memadai.

• Anda boleh menetapkan dos insulin yang diperlukan dengan memutar dail pada pen insulin.

• Insulin boleh disuntik pada kulit di bahagian perut atau bahagian luar paha.

• Anda disarankan untuk terus mengambil ubat, menjaga pemakanan dan bersenam seperti biasa.

• Pen insulin boleh dibawa ke mana sahaja tanpa memerlukan bekas simpanan khas.


Kesan sampingan insulin

• Insulin boleh menyebabkan paras gula anda menjadi terlalu rendah. Ia boleh berlaku sekiranya anda melangkau waktu makan, makan terlalu sedikit atau bersenam secara keterlaluan. Anda mungkin akan berasa pening, berpeluh, kesejukkan, keliru, goyah dan lemah.

•Jika ini berlaku, anda mesti mengambil makanan manis seperti gula-gula dan minuman manis. Anda boleh mengelakkan ‘hypo’ dengan mengambil makanan mengikut waktu yang ditetapkan. Jika ia kerap berlaku, sila beritahu doktor dan doktor akan menyesuaikan dos insulin baru bagi anda.

•Kadang-kala rawatan insulin boleh menyebabkan penambahan berat badan. Ia boleh dielakkan dengan mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat dan berlemak.

•Pen insulin mempunyai jarum yang halus. Pesakit hanya akan mengalami sedikit rasa sakit semasa menerima suntikan insulin. 


Adakah insulin pilihan terakhir?

Ramai pesakit menghadapi kesukaran menerima hakikat apabila diberitahu bahawa mereka terpaksa menjalani rawatan insulin seumur hidup. Setengah pesakit beranggapan kehidupan sudah berakhir apabila memulakan rawatan insulin kerana sukar menghadapi kenyataan bahawa mereka terpaksa menyuntik diri setiap hari sepanjang hayat.

Perubatan sepanjang hayat sememangnya mendatangkan pelbagai kebimbangan kepada pesakit, terutama membabitkan kos rawatan. Bergantung kepada jenis dan kekerapan insulin yang diperlukan, kosnya mungkin bermula dari RM30 hingga ke RM200 sebulan dan ia tidak termasuk peralatan lain yang juga diperlukan untuk memantau kandungan gula dalam darah secara berterusan.

Resveratrol suplemen bermanfaat untuk pesakit diabetes, kerana terbukti secara klinikal;

✔ resveratrol menurunkan paras gula darah
✔️ resveratrol memberi kesan perlindungan kepada sel B dalam pankreas
✔️ resveratrol membantutkan kerosakan pankreas oleh radikal bebas
✔️ resveratrol memperbaiki fungsi insulin melalui mekanisma yg kompleks, termasuklah mengurangkan tisu lemak, membaiki gene, dan mempengaruhi aktiviti beberapa enzim.

(Sumber: NCBI, US National Library of Medicine, NIH)

Suplemen resveratrol mana yang bagus dan berkesan?

VIVIX, superantioksidan berasaskan campuran resveratrol dan polifenol, yang terbukti secara klinikal, 13 kali ganda lebih berkesan daripada resveratrol sendiri, dalam mekanisma antipenuaan.

Bertindak pada paras sel lagi (salah satu mekanismanya, membaiki DNA, paling asas dalam pembinaan sel). Tak syak lagi Vivix mampu melambatkan proses penuaan dari peringkat sel lagi.

2 thoughts on “Kaedah Alternatif Kepada Rawatan Insulin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat