KAJOL MAKIN CANTIK ? Bintang Diwale Berusaha Untuk Kurus Semula

KAJOL MAKIN CANTIK ? Bintang Diwale Berusaha Untuk Kurus Semula

BINTANG Bollywood, Kajol, nyata memiliki aura dan pesonanya sendiri sehingga mampu mencuri perhatian ramai dengan penampilannya yang semakin menawan. Kemunculan Kajol menerusi filem Diwale bersama gandingan serasinya sejak dua dekad lalu, Shah Rukh Khan, pula berjaya mencetuskan fenomena apabila judul arahan Rohit Shetty terbabit meledak di pawagam. Betul ke Kajol makin cantik sekarang ? jom baca lagi artikel di bawah

Kajol Makin Cantik ?

Bukan sekadar terhibur dengan gandingan hebat kedua-duanya, malah penonton terkesima menyaksikan rupa paras mereka yang bagaikan tidak dimamah usia. Kajol sendiri tampak lebih kurus berbanding kemunculannya di layar perak sebelum ini. Selain susuk tubuh, kulit isteri kepada pelakon Ajay Devgan itu juga menjadi bualan hangat kerana kelihatan cerah dan berseri-seri.

Difahamkan, ibu kepada dua cahaya mata itu begitu berdisiplin melakukan senaman dan mengikuti diet sihat bagi mendapatkan bentuk tubuh yang mempesonakan. Beliau turut berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram selepas melahirkan anak kedua. Menurut Stylecraze.com, aktres yang mula meledak dengan filem Yeh Dillagi (1994) ini menggunakan khidmat jurulatih, Shereveer Vakil, yang juga bertanggungjawab melatih suaminya bagi mendapatkan bentuk badan yang cantik. Beliau mengamalkan senaman setiap hari di gimnasium rumahnya bagi memperbaiki stamina, meningkatkan metabolisme dan mengekalkan berat ideal dengan bentuk tubuhnya.

Selain mengamalkan senaman secara disiplin, Kajol juga menitik beratkan pola pemakanan dan tidak menyentuh makanan segera atau kudapan yang tidak menyihatkan. Beliau percaya, pengambilan makanan berkhasiat dapat membekalkan tenaga berpanjangan kepada tubuh badan.

Bintang Kabhi Khushi Kabhie Gham itu mengutamakan ikan, telur, kekacang, ayam dan susu dalam diet sehariannya. Selain itu, Kajol sentiasa memastikan badannya mendapat air yang cukup dan mengambil buah-buahan, sayuran dan minuman berkhasiat bagi mengelakkan rasa lapar. Sebab itulah kajol makin cantik sekarang

Kulit cerah kerana elak cahaya matahari

Melihat pada kulit wajahnya yang makin cerah dalam filem Diwale, ramai yang mendakwa aktres ini melakukan pembedahan melanin atau skin melanin surgery namun ia disangkal. Ujar Kajol, tona kulitnya makin cerah berbanding dahulu kerana dia mengelak dari terkena sinaran matahari. “10 tahun saya bekerja berlakon di bawah terik mentari membuatkan kulit saya gelap. Kini saya tak lagi bekerja begitu, sebaliknya lebih banyak berada di rumah jadi kulit saya makin putih. Ia bukan kerana pembedahan,” ujarnya dalam Flimibeat.

Cukup tidur, rahsia kekal muda dan segar

Untuk kelihatan segar seperti gadis remaja ujar Kajol dia memastikan mendapat cukup tidur antara lapan hingga 10 jam sehari. “Saya tidurkan anak pada jam 9.30 malam dan saya sendiri akan lena selepas mereka melelapkan mata. Saya tidak berjaga lewat malam dan tidak menghadiri parti. Jika ada kerja malam, sebaik selesai saya akan terus pulang. Satu lagi saya juga minum cukup air antara 9 hingga 10 gelas sehari,”jelasnya.

Senaman ketat kembalikan bentuk badan

Selepas melahirkan anak, tak dapat dinafikan tubuhnya berisi, namun dia punya keazaman yang kuat untuk kurus. Oleh itu dia melakukan regim senaman yang ketat untuk mengembalikan bentuk tubuh yang asal. Kajol menghabiskan masa satu setengah jam hingga dua jam setiap hari untuk melakukan senaman. Selain itu kelas menari juga banyak membantunya mengekalkan bentuk tubuh. Ringkas saja tip yang dikongsi Kajol. Tak dapat cantik macam Kajol, nampak cerah dan segar pun jadilah

sumber: karangkraf,  beritaharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.