Kandungan Gula Dalam Kuih

kalori kuih malaysia

Kandungan Gula Dalam Kuih ? Bila cerita bab kuih ini, hooo, tentu ramai gila suka kuih muih ini, tapi tulah, kena beringat sikitlah ye, kuih ini manis, banyak gula, dan kalau gula tinggi sangat, boleh kena diabetes. hoo, haritu si sarah Shaklee cerita, menakutkan jugak diabetes ini, boleh sampai buta , kaki kena potong, badan lemah, boleh meninggal camtu je

Kira Kalori

Sebenarnya ada yang suka diet, ambil kuih dengan Shake, hooo, memang bagus, tapi kena tengok jugaklah ye, berapa tinggi kalori kuih muih tersebut, campur dengan shake macam ESP atau Cinch. Tapi kena fahamkan kiraan kalori, barulah bagus, kalau nak tahu cerita bab kalori ini, boleh refer dua topik kat bawah ini

  1. Cerita buah dan kalori
  2. Boleh ke diet rendah kalori ?

Indeks Glisimek

Makanan yang bagus sebenarnya dia ada GI yang rendah. Biasanya kuih muih ini, lagi-lagi ada nasi, dia GI tinggi. Maknanya bila tinggi, terus kandungan gula dalam badan boleh naik mendadak dan menyebabkan kencing manis. Hooo, kalau nak fahamkan lagi pasal GI ini, korang baca sini. kandungan gula dalam kuih

Senaman

Hahahha, apapun jangan lupa minum air dan senaman, ok, bagus senaman ini, rilek rilek sudah, oklah sebelum ini pun saya ada tips senaman paling cool, dicedok dari poster KKM, hehehe, kalau nak tips lagi boleh refer cerita KKM kat bawah ini

  1. Senaman mudah
  2. Tips KKM
sihat jalan kaki

Apa Kaitan Jalan Kaki Dengan Kuih Tradisional ?

Memang haritu kami jalan kaki, dari tasik depan Masjid  nak ke tasik yang ada dekat restoran, hoo, jalan sikit je, tapi sarapan punyalah banyak, hooo, makan nasi lemak tak ingat. Hoo, memang tak boleh belah, tak jadilah jalan kaki tersebut. Oklah, tapi cuba tengok apa kaitan jalan kaki di bawah ini, hahaha.

Kebaikan Jalan Kaki

Hahhaa, bila aku google je kebaikan jalan kaki ni, aku terbaca satu entry bagus dari blog santai mantai. Hahhaha, oklah tuh, bagus point point dia. Jalan kaki memang senaman paling mudah, paling murah,  tapi ramai tak sedar ianya paling sihat. Rasulullah pun jalan laju, Dr  Mahathir pun jalan laju, tak terkejar kalau dia jalan. Selain dari boleh menurunkan berat badan, jalan kaki bagus untuk jantung, tulang, dan buat tidur lebih nyenyak. Kalau jalan kaki ramai-ramai, buat hati kita gembira. Tapi kalau kena jalan kaki belikan mak kuih, tentu tak berapa gembira sebab jauh.

Kalori Kuih dan Jalan Kaki ?

Hahhaha, memang bagus, jalan kaki dalam gambar di atas menunjukkan jalan sekian sekian, boleh membakar banyak kalori, seperti kalori kuih tempatan. Tapi itulah pasal, dah jalan kaki banyak, lepas itu makan macam-macam, minum air sirap, hahaha, itu standardlah, penat sangat. Tapi cerita bab kalori ini, korang boleh baca kat bawah nih

Nilai kalori dalam kuih-muih tempatan yang sedap belaka

Kenapa kena tahu pasal kalori ini

Betulke buah rendah kalori

Betulke kalau baring banyak kalori terbakar 

Gaya Hidup Sihat

Apapun, sekarang ni kena amalkan gaya hidup sihat, bersenam, makan makanan berkhasiat, ambil makanan tambahan, dan amalan rohani keagamaan yang mantap. Alhamdulillah, macam-macam program berlari-lari ada kat Malaysia ini, tanya abam kamarudin untuk keterangan lanjut.

gula rosakkan kulit anda

3 Sebab Gula Boleh Merosakkan Kulit ANDA

Gula ni memang best, kalau tak makan gula memang tak seronok hidup. Makan goreng pisang pun nak cicah gula, teh tarik kena ada gula dan macam-macam lagi, termasuk pemimpin yang suka menggula-gulakan rakyat pun dikira gula juga. Tapi yang nak kena tahu, masalah gula tinggi ini, huhuhu, jom baca sikit kat bawah ini.

1. Keradangan

Bila dah makan banyak gula, badan akan menyuruh gula untuk memecahkan semua gula ini, sebab tu jadi keradangan, sebab banyak sangat beban dipikul nak pecahkan gula ini sahaja. Lagi teruk, bila gula ini dah banyak, ianya melekat pada kolagen yang ada dalam badan, lama-lama kolagen ini jadi keras sangat, dan boleh sebabkan kulit anda jadi tak cantik, bergaris. Senang cerita, dia boleh jejaskan kolagen dalam badan anda.

2. Kerosakan

Bila gula dah pecah jadi glukosa, yang ni boleh rosakan kolagen, jadi sambungan dari sebab di atas, bila kolagen dah rosak, makanya ianya akan merosakan kulit anda, Anda akan cepat tua, hoo, dan bila dah terdedah, mudahlah serangan matahari merosakkan lagi kulit anda yang putih gebu ayu

3. Dehidrasi

Ini paling senang sekali nak faham, bila gula ni banyak sangat, ianya akan menyerap semua air dalam badan anda, dan bila air dah berkurang, bila air dah berkurang, jawapannya ialah kulit korang rasa lembik je, rasa kedut, tak bermaya, tak boing boing, dan macam-macam lagilah. kandungan gula dalam kuih

sumber: bebeutiful

kenapa masih gemuk ?

Kenapa Diet Gagal ?

Diet sering gagal kerana anda tidak mengamalkan strategi diet yang betul. Bagaimana ini berlaku? Normalnya individu yang obses dengan istilah “diet” ini akan mengambil keputusan untuk tidak makan itu dan ini, yang kononya makanan itu membawa kepada kegemukan. Dalam waktu yang sama mereka lebih gemar makan junk food di mana ia adalah makanan ringan tetapi kalori tersembunyi adalah tinggi. Anda perlu tahu, diet tidak seimbang, boleh menyumbang kepada 2 masalah:

♥ nutrisi tidak seimbang – boleh memudaratkan tubuh dan dihinggapi pelbagai penyakit

♥ kalori tidak seimbang – boleh menyebabkan masalah kegemukan

STRATEGI DIET YANG BETUL

Anda perlu amalkan waktu makan yang tetap pada setiap hari, iaitu tidak terlalu awal atau tidak terlalu lewat bagi setiap sesi makan. Cadangan masa makan dan contoh makanan adalah seperti di bawah:

1) Sarapan pagi (6 – 8 pagi)
60% karbohidrat ~ contoh buahan, kurma, kismis atau makanan manis
25% protein ~ susu rendah lemak

2) Minum pagi atau alas perut (9 – 11 pagi)
45% karbohidrat ~ contoh roti gandum penuh dan oat
40% protein ~ telur rebus

3) Makan tengahari (12 – 2 petang)
45% karbohidrat ~ 1 – 3 genggam nasi (bergantung pada tujuan anda, naik, turun atau maintain berat)
30% protein ~ sayuran dan sumber protein (elak dari pengambilan makanan berminyak)
Minum air kosong bukan air manis

4) Minum petang (3 – 5 petang)
45% karbohidrat ~ sama seperti alas perut
40% protein ~ sama seperti alas perut

5) Makan malam (6 – 9 malam)
45% karbohidrat ~ sama seperti makan tengahari (kuantiti dikurangkan)
30% protein ~ sama seperti makan tengahari (kuantiti dikurangkan)

6) Supper (10 -12 malam)
45% karbohidrat ~ roti gandum penuh atau oat
40% protein ~ soy protein, susu rendah lemak

Perkara (1) hingga (6) merupakan cadangan sahaja, terpulang pada anda untuk mempelbagaikan menu mengikut kesesuaian. kandungan gula dalam kuih

BAGAIMANA DENGAN KALORI ANDA?

Kalori yang diperlukan bagi setiap individu adalah berbeza-beza. Secarapuratanya lelaki dan wanita Malaysia memerlukan:
1) Lelaki – 2250 kalori sehari
2) Wanita – 1800 kalori sehari

Bagaimana pula untuk mencapai target berat anda melalui jumlah pembakaran kalori? Anda boleh rujuk jadual seperti di bawah (untuk jangka masa sebulan):

1) Bakar 8,000 kalori – berat turun 1 kg
2) Bakar 16.000 kalori – berat turun 2kg
3) Bakar 24,000 kalori – berat turun 3kg
4) Bakar 32,000 kalori – berat turun 4kg
5) Bakar 40,000 kalori – berat turun 5kg
6) Bakar 80,000 kalori – berat turun 10kg

BAGAIMANA UNTUK MENDAPAT BERAT YANG DIIMPIKAN?

Anda perlu setkan ‘target’ berat yang anda mahu turunkan dalam masa sebulan. Contoh kiraan adalah seperti di bawah:

Target penurunan berat dalam masa sebulan adalah 3kg

Ini bermakna anda perlu bakar 24,000 kalori dalam masa sebulan(seperti jadual di atas)

Untuk jangka masa sehari:

24,000 / 30 hari = 800 kalori sehari perlu di bakar

Untuk menurunkan 3kg dalam masa sebulan, anda perlukan kalori sebanyak:

Lelaki: 2250 – 800 = 1450 kalori

Anda memerlukan 1450 kalori sehari untuk mendapat target berat anda

Wanita: 1,800 – 800 = 1000 kalori

Anda memerlukan 1000 kalori sehari untuk mendapat target berat anda

Dalam hal ini, anda sememangnya perlu mengambil makanan yang mengenyangkan serta tahan lama dan ia mestilah mempunyai kalori yang rendah.

Nasihat saya, biarlah berat turun sedikit demi sedikit asalkan ia konsisten pada setiap bulan. Jika anda melakukan diet yang menyebabkan penuranan yang mendadak bimbang ia akan mengganggu tahap kesihatan anda.

Tidak lupa juga dengan senaman bina otot. Senaman ini bertujuan untuk memejalkan otot agar kulit anda tidak menggeleber jika anda berjaya menurunkan berat badan.

Pengambilan sumber protein yang cukup setiap hari adalah baik untukmengekalkan kepejalan otot serta untuk pembinaan tisu dan seldalam tubuh. Di harap info ini dapat membantu anda yang sedang mencari-cari cara betul untuk menurunkan berat badan. kandungan gula dalam kuih

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply