Kanser Rahim Boleh Berlaku Pada Seawal 26 Tahun ?

kanser rahim

Kanser Rahim. Pada usia 26 tahun, Amelia tidak menyangka yang dia menghidap kanser rahim. Ia bermula apabila dia ingin mendapatkan rawatan kesuburan di hospital swasta disebabkan sukar hamil selepas lima tahun berkahwin. Alangkah terkejutnya Amelia apabila selepas membuat pemeriksaan imbasan ultrabunyi, doktor mendapati terdapat perubahan pada bahagian dinding rahim yang menyebabkan dia terpaksa menjalani pemeriksaan biopsi iaitu pengambilan tisu rahim.

Memang benar seperti yang dijangka kerana terdapat sel kanser pada bahagian dinding rahim yang menyebabkan dia terpaksa menjalani rawatan. Mujur Amelia segera ke hospital kerana kanser masih berada pada tahap awal, jadi rawatan hanya menerusi ubat-ubatan dan bukannya pembedahan pembuangan rahim.

KANSER RAHIM

Menurut Pakar Ginekologi Onkologi Hospital Serdang Dr Andi Anggeriana Andi Asri, kanser rahim adalah salah satu kanser yang mampu dikesan seawal tahap satu. Malah bagi individu yang berusia di bawah 30 tahun, rawatan susulan mampu memberikan tahap penyembuhan pada kadar yang cepat serta tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan rahim.

“Walaupun di Malaysia kanser rahim berlaku seawal usia 26 tahun, ia tidak berbahaya selagi pesakit mengetahui perubahan diri mereka dan mendapatkan rawatan awal. Semakin awal mereka mendapatkan rawatan, peratusan untuk pulih sepenuhnya sangat cerah,” katanya.

Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin atau kandungan. Organ ini berbentuk buah pear dan terdiri daripada bahagian badan (uterine body) dan bahagian pangkal rahim (serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim dipanggil istmus.

“Apabila disebut kanser rahim, ia merujuk kepada kanser yang terjadi atau berasal daripada bahagian badan rahim. Ada dua bahagian utama badan rahim iaitu selaput dinding rahim ataupun endometrium dan dinding rahim yang terdiri daripada tiga lapisan otot dan stroma,” jelasnya. Dalam bidang perubatan, terdapat tiga jenis kanser rahim iaitu selaput dinding rahim dinamakan kanser endometrium, kanser yang berasal daripada otot dinding rahim iaitu liomiosarkoma (Leiomyosarcoma) dan kanser yang berasal daripada kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim dinamakan karsinosarkoma.

MUDAH DIKESAN

Kanser rahim mudah dikesan disebabkan tanda yang sangat jelas terutama selepas wanita itu menopaus iaitu selepas ketiadaan darah haid. Antaranya, pendarahan yang berlaku selepas menopaus. Kebiasaannya wanita mengambil mudah apabila selepas menopaus, mereka didatangi haid semula.

“Ramai mengambil mudah kerana menyangka ia darah haid. Sebab itu ada yang tidak mendapatkan rawatan dan membiarkan nya sehingga sel kanser merebak ke tahap empat. Sekiranya darah keluar semula selepas menopaus, sepatutnya mereka membuat pemeriksaan sebelum doktor mengesahkan sama ada ia penyakit serius atau tidak,” katanya.

Wanita yang secara tiba-tiba mengalami tempoh haid yang panjang serta jumlah haid yang banyak melebihi biasa juga dinasihatkan membuat pemeriksaan. Ia sesuatu yang normal sekiranya haid berlaku sekitar lima hingga tujuh hari namun sekiranya haid berpanjangan sehingga 14 hari, wanita harus mendapatkan rawatan segera kerana berkemungkinan ia adalah kanser rahim. “Namun, ada juga bertanya saya mengenai haid yang tidak menentu. Ia bukanlah faktor utama sebaliknya golongan ini berisiko mendapat kanser rahim,” katanya.

PCOS

Kanser rahim juga mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan pengedaran serta kandungan hormon estrogen yang tidak seimbang atau dipanggil sindrom ovari polisistik (PCOS) iaitu gangguan hormon paling tinggi dalam kalangan wanita yang berada pada peringkat subur. Ia juga menjadi salah satu faktor ketidaksuburan wanita. Antara ciri utama PCOS adalah ovulasi (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada ovulasi yang tetap pada setiap bulan. Selain itu, peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.

“Sindrom ovari polisistik tidak menunjukkan sebarang petanda awal seperti demam atau kesakitan, lantas ia tidak disedari penghidapnya. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati menghidap PCOS,” katanya. PCOS boleh dihidapi sesiapa saja, namun kekerapan berlaku lebih kerap kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun yang turut berisiko mendapat kanser rahim. Namun, faktor keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.

PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti daripada ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular. Mereka juga mempunyai bulu berlebihan di kawasan tertentu disebabkan ketidakseimbangan hormon ini.

“Wanita yang mengalaminya juga akan mengalami berat badan berlebihan atau obesiti namun ada juga yang terlalu kurus berpunca daripada ketidakseimbangan hormon ini. Begitu juga bagi mereka yang mengalami masalah keputihan yang serius perlu mendapatkan rawatan segera bagi memastikan ia tiada kaitan dengan penyakit lain,” katanya.

RAWATAN KANSER RAHIM

Rawatan untuk kanser rahim tahap empat hanya dapat dilakukan menerusi pembedahan pembuangan rahim termasuk tiub fallopio dan ovari. Untuk kanser tahap lanjut, pesakit dinasihatkan menjalani kemoterapi atau radioterapi bagi mengelak sel kanser merebak ke kawasan lain. “Keadaan ini berbeza bagi mereka yang membuat pemeriksaan awal terutama wanita di bawah 30 tahun kerana pembedahan tidak perlu dilakukan. Kadar penyembuhan juga lebih cepat,” katanya.

Jelasnya, pembuangan rahim juga tidak mendatangkan kesan terutama kepada pesakit yang sudah menopaus. Namun bagi wanita yang masih muda mereka mungkin mengalami kesan perubahan hormon disebabkan menopaus seperti sering tertekan, cepat marah, menjadi lebih beremosi dan sukar mengawal perasaan.

“Bagi mereka yang merasakan perubahan begitu ketara sebelum dan selepas pembuangan rahim, sebaiknya mereka segera mendapatkan rawatan di hospital kerana ada ubat yang mampu meredakannya,” ujarnya. Proses penyembuhan juga bergantung sejauh mana pesakit mampu menerima kenyataan atas apa yang diberikan. Pemikiran yang positif dan menerima kenyataan akan menjadikan mereka lebih kuat. Dalam hal ini, orang sekeliling terutama keluarga harus memberikan sokongan supaya pesakit tidak berasa keseorangan.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah reda dengan ketentuan Tuhan dan menerima dengan hati terbuka. Mereka harus sedar kanser yang diberikan ini bukanlah satu musibah sebaliknya anugerah bagi membolehkan pesakit mendekatkan diri dengan Allah.

“Jika berasa keseorangan, babitkan diri dalam aktiviti bersama rakan yang mengalami nasib yang sama agar mereka saling memberi sokongan. Banyak badan bukan kerajaan seperti Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) Universiti Putra Malaysia (UPM) menyediakan pelbagai aktiviti untuk pesakit kanser seperti terapi seni dan kaunseling yang mampu memberikan semangat untuk mengharungi kehidupan. Waktu yang dilalui seharusnya diisi bersama keluarga supaya mereka dapat berasa betapa bermaknanya waktu yang ada ini,” katanya.

RAWATAN ALTERNATIF KANSER SERVIKS DENGAN RESVERATROL

Kajian di Resveratrol-induced Autophagocytosis in Ovarian Cancer Cells. Opipari, A.W. Jr., et al., et al. [ed.] Frank J. Rauscher III. 2, Philadelphia: American Association for Cancer Research, January 15, 2004, Cancer Research, Vol. 64, pp. 696-703. DOI: 10.1158/0008-5472.CAN-03-2404; http://cancerres.aacrjournals.org/content/64/2/696.long. ISSN: 1940-6207. resveratrol was shown to stop cell growth and induce death of ovarian carcinoma cell lines by promoting self-degradation of the cancer cell structures—a process called autophagocytosis.

Kajian telah menunjukkan bahawa Resveratrol mempunyai kandungan antioxidant yang paling tinggi. Daripada kajian juga mendapati bahawa kandungan Resveratrol diadapati daripada kulit dan biji Anggur Muscadine .  Antioxidant diperlukan pada kadar yang tinggi untuk mendapat kesihatan yang optima dan dapat membantu mencegah penyakit. Antioxidant dapat membantu dan membaik pulih sel rosak yang berpunca dari radikal bebas.

Resveratrol dapat mencegah dari sel kanser merebak kerana resveratrol dapat menghalang dari pembentukkan sel yang tidak normal dalam tubuh manusia merebak. Menurut Eleanor G. Rogan seorang Profesor dari Uni. Of Nebraska Medical Center, Resveratrol ada keupayaan untuk mencegah peringkat permulaan kanser semasa estrogen baru hendak memulakan proses pengembangan kanser dengan menghalang pembentukkan estrogen DNA adducts ( sebatian kimia yang menyebabkan kanser yang melekat pada DNA).Dengan ini kami percaya seluruh sel kanser akan berhenti merebak sepenuhnya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply