Kanser Testis Tahap 4 : Lelaki Pilih Tutup Mulut

Kanser Testis Tahap 4 : Lelaki Pilih Tutup Mulut

Ketika berumur 25 tahun, legenda lumba basikal Amerika Syarikat (AS), Lance Armstrong pernah bertarung dengan maut apabila disahkan menghidap penyakit kanser buah zakar (testis) pada Oktober 1996.

Ketika disahkan menghidap penyakit tersebut, kanser tersebut telah berada pada tahap tiga sehingga menyebabkan sel-sel kanser telah merebak ke bahagian paru-paru,perut dan otaknya.

Pakar urologi di Austin, Texas, yang merawatnya menyatakan bahawa beliau hanya mempunyai kurang daripada 40 peratus peluang untuk hidup.

Namun, kecekalan Armstrong untuk melawan kanser yang hanya menyerang kaum lelaki itu, membuahkan hasil apabila beliau berjaya pulih dan meneruskan kerjayanya sebagai atlet berbasikal, serta membangunkan Yayasan Lance Armstrong (Livestrong) bagi membantu pesakit-pesakit kanser yang senasib dengannya.

Itu cerita tentang Armstrong yang terbuka untuk berkongsi kepada umum mengenai penyakitnya, namun bagaimana pula dengan kebanyakan lelaki yang mengambil pendekatan berdiam diri daripada berusaha memahami secara lebih lanjut mengenai kesakitan atau kelainan yang berlaku pada alat sulit mereka.

Realitinya, bukan mudah untuk mengajak seorang lelaki berkongsi cerita mengenai kesihatan lelaki walaupun dengan isteri sendiri. Mereka lebih senang berdiam diri kerana menganggap perkara sebegitu masih terlalu tabu untuk dibicarakan.

“Kanser buah zakar yang dikategorikan sebagai bukan kanser yang lazim seperti kanser prostat, semakin menunjukkan peningkatan kes disebabkan tiadanya kesedaran terhadap kesihatan lelaki yang jarang diuar-uarkan sebagaimana kanser payudara.

“Ada juga dalam kalangan penghidap berasa malu untuk berbincang dengan doktor mengenai masalah alat sulit mereka dan beranggapan tidak elok untuk berkongsi cerita.

Memendam rasa bukanlah penyelesaian terbaik untuk penyakit ini.

“Walaupun kebarangkalian untuk menyerang kaum lelaki tidaklah terlalu tinggi, tetapi risikonya tetap ada dan jika lewat dikesan sehingga kanser telah mencapai tahap empat, boleh menyebabkan kematian,” kata Dr. Christopher Ho Chee Kong, Perunding Urologi di Hospital Beacon, Petaling Jaya, Selangor.

Menurutnya, buah zakar atau testis adalah organ yang hanya terdapat pada lelaki, yang berfungsi untuk menghasilkan sperma dan hormon testoterone.

Punca kanser testis sehingga kini tidak diketahui dengan jelas, tetapi terdapat faktor yang dikaitkan dengan kanser tersebut seperti testis yang gagal turun ke dalam kantungnya, sama ada salah satu atau kedua-duanya.

Ujarnya, keadaan itu berlaku ketika peringkat janin di dalam kandungan, yang pada awalnya testis berada di dalam badan dan apabila usia kandungan semakin meningkat, testis akan memasuki kantung (scrotum).

Namun, berlainan yang berlaku apabila testis yang sepatutnya telah memasuki kantung, tidak turun sepenuhnya lalu menyebabkan terdedah kepada suhu yang tinggi.

“Apabila testis terdedah kepada suhu tinggi akan menyebabkan perubahan kepada sel testis. Perubahan tersebut menjadikan sel di dalam testis menjadi tidak normal dan apabila merebak, boleh menjadi kanser,” katanya.

Faktor lain yang dikaitkan dengan kanser testis adalah tabiat merokok, sama seperti kanser-kanser lain yang boleh menyerang kaum Adam serta jangkitan HIV.

Genetik atau sejarah keluarga juga berisiko untuk mendapat kanser testis malah lelaki yang pernah mendapat kanser testis akan menyebabkan risiko lebih tinggi iaitu lapan kali ganda kepada adik-beradik lelaki mereka dan risiko lima kali ganda kepada anak lelaki.

kanser testis tahap 4 minum vivix shaklee

TIADA SIMPTOM PERINGKAT AWAL

Jelas Dr. Christopher, dalam kes yang dicatatkan, kebanyakan penghidap tidak menghadapi apa-apa simptom pada peringkat awal kanser, namun jika penghidapnya lebih teliti, mereka akan merasakan kelainan pada buah zakar sama ada membengkak atau permukaannya tidak rata.

“Walaupun berlaku kelainan pada buah zakar, disebabkan ia tidak menyakitkan, lelaki hanya berdiam diri tanpa merujuk keadaan mereka kepada doktor. Hanya 15 peratus kes sahaja yang memberi kesan yang menyakitkan.

“Apabila kanser telah berada di tahap yang serius, akan menyebabkan simptom-simptom lain seperti sakit tulang, kekuningan (jaundis), batuk atau batuk berdarah, serta buah pinggang tidak berfungsi dengan baik,” ujarnya.

Jika bayi lelaki telah dikesan mempunyai kelainan pada buah zakar, biasanya ibu bayi akan menyedarinya sama ada anak kecil mereka mempunyai dua testis atau sebaliknya.

Selepas usia enam bulan, testis masih tidak turun, besar kemungkinan bayi tersebut menghidap kanser dan perlu menjalankan prosedur pembedahan untuk membawa turun testis ke dalam kantung. Walau bagaimanapun, kes seperti itu sangat jarang berlaku.

Bagi orang dewasa, jika kanser hanya menyerang pada satu testis sahaja, keadaan tersebut tidak akan mengganggu sistem pembiakan lelaki kerana testis kedua masih boleh menghasilkan sperma, cuma mereka tetap perlu membuang testis yang telah diserang kanser.

“Namun, apabila kanser berlaku kepada kedua-duanya, selain membuang kedua-dua testis, mereka perlu menjalani rawatan kemoterapi atau radioterapi.

“Keadaan ini boleh mengganggu aktiviti seksual mereka dan biasanya doktor akan mengesyorkan prosedur penyimpanan sperma (sperm banking) untuk digunakan pada masa akan datang jika selepas rawatan pesakit akan mengalami masalah kesuburan,” ujarnya.

Golongan lelaki tidak seharusnya berasa rendah diri jika disahkan menghidap kanser testis kerana kanser tersebut boleh pulih sepenuhnya jika dikesan awal dan hanya berlaku di dalam testis sahaja tetapi apabila sudah merebak, potensi untuk sembuh menurun, namun masih berpotensi untuk pulih sebanyak 70 peratus.

“Lelaki yang menyedari kelainan pada buah zakar mereka dinasihatkan bertemu doktor untuk mengetahui status kesihatan dan sangat digalakkan mereka untuk melakukan pemeriksaan sendiri ketika mandi sama seperti pemeriksaan payudara yang disyorkan kepada wanita.

“Testis mempunyai saiz berbeza antara kedua-duanya dan disebabkan itulah pemeriksaan sendiri secara kerap disyorkan supaya mereka dapat mengesan perubahan yang berlaku.

“Paling penting, jangan malu untuk berbincang dengan doktor kerana anda boleh mengelakkan penyakit menjadi semakin serius,” katanya.

CEGAH KANSER SEKARANG KLIK SINI UNTUK SOLUSI !!!

SUMBER

1. http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/lelaki-pilih-untuk-kunci-mulut-1.181215

This Post Has 2 Comments

    1. Sama samalah jaga kesihatan

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu