Kanser – Tanda Awal Yang Wajib Anda Tahu

kanser

Lebih ramai wanita Malaysia menghidap kanser berbanding lelaki, di mana kanser payudara adalah yang tertinggi dalam kalangan mereka. Bagi lelaki pula, jenis utama ialah kanser paru-paru. Kanser kedua terbesar ialah kanser usus bagi lelaki dan wanita, manakala leukimia atau kanser darah pula adalah paling ramai dihidapi kanak-kanak. Takutkan, membaca statistik yang dijalankan di Malaysia, ini bermakna walaupun ada sihat, tapi anda tetap berisiko untuk mendapat penyakit ini sama ada diwarisi secara genatik ataupun disebabkan oleh gaya hidup anda kurang sihat, dimana kurang menjaga cara pemakanan dan bersenam.

Penyakit barah adalah penyumbang jumlah kemaatian ke 3 terbanyak di Hospital Awam, cuba bayangkan sekarang berapa banyak orang yang sedang berjuang habis-habisan melawan penyakit barah yang sedang dihadapinya. Selain itu hampir 200 jenis kanser berisiko untuk dihadapi oleh manusia. Simptom untuk barah itu boleh dikategorikan kepada dua jenis, sama ada simptom akibat kesan setempat atau simptom umum.

PENYAKIT KANSER

Kerap juga kita mendengar penyakit barah payudara, rahim, paru-paru dan sebagainya yang baru disedari oleh mereka rupa-rupanya sudah berada di tahap kritikal dan tidak boleh dirawat lagi. Menakutkan tapi inilah yang banyak berlaku. Memang selalu berlaku penghidap barah hanya menyedari diri menghidap barah apabila penyakitnya sudah berada pada tahap akhir.
Pengesanan pada tahap kritikal ini amatlah lewat. Tanda-tanda penyakit ini sudah ada tetapi kita sering memgendahkannya. Kita mengandaikan tanda-tanda itu suma sakit biasa sahaja. Berikut adalah tanda-tanda amaran kanser yang perlu diambil perhatian.

FAKTOR PENYEBAB KANSER

  1. Kebanyakannya akibat persekitaran atau cara hidup tidak sihat yang mengakibatkan ‘kecederaan’ berlaku pada sel tisu normal yang akhirnya menyebabkan berlaku mutasi.
  2. Pengambilan bahan kimia seperti minuman keras, merokok atau pil terlarang. Pendedahan kepada asbestos dan radiasi menyumbang kepada pembentukan kanser. Gaya hidup yang gemar bertukar-tukar pasangan juga penyebab kanser, terutama kanser serviks.
  3. Pengambilan makanan yang salah seperti kurang pengambilan fiber dan sayur-sayuran, selain pengambilan makanan berminyak yang menyumbang kepada obesiti juga mendedahkan diri untuk mendapat kanser.
  4. Faktor genetik juga tidak boleh dielakkan. Ia menyumbang kepada kurang daripada 10 peratus kes kanser secara umum. Beberapa jenis kanser dapat dikenal pasti pada peringkat awal dengan menjalankan ujian saringan. Semua wanita perlu belajar cara atau teknik pemeriksaan payudara sendiri supaya bengkak atau simptom awal dapat dikesan.

 

JENIS KANSER

Hahhaa, kalau rasa ada apa apa yang berlaku, tengok penyebab kanser nih, mana tahu korang boleh cegah sebelum terlambat. Sumber di baca dari sini

1. PANGKAL RAHIM

2.PAYUDARA

  • bengkak atau gumpalan di buah dada.
  • keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

3.USUS BESAR

  • perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan.
  • sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4. PARU-PARU

  • batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

5. PERUT

  • hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6. LIMPA

  • sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7. OVARI

  • haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

8. OTAK

  • sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

9. PROSTAT

10. DARAH (LEUKIMIA)

  • letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

11. TEKAK

 

KANSER MUDAH MEREBAK

Kanser tahap 1 boleh membiak dari kanser Tahap 1 ke Tahap 3, hanya dalam tempoh seminggu. Menjelang hari ke lapan, kanser sudah terus ke Tahap 4! Berat hendak saya kongsikan hal ini. Namun demi semua wanita yang dikasihi, saya gagahkan mencatat. Ini adalah hal antara hidup dan mati. Perhatikan angka-angka ini:

S – 33 tahun – kanser payudara
M – 32 tahun – kanser payudara
M – 35 tahun – kanser servik
E – 33 tahun – kanser kelenjar
Z – 44 tahun – kanser hati & servik
M – 40 tahun – kanser payudara & tulang

Catatan di atas adalah senarai rakan dan saudara yang dekat dalam hidup saya. Ditakdirkan mereka telah diduga serangan kanser. Mereka ini bekerjaya, mempunyai keluarga, ada suami dan anak-anak. Satu hal penting perlu dicatat – mereka juga tidak culas membuat ujian kesihatan setiap enam bulan atau setahun sekali. Daripada enam sahabat saya ini, dua orang sedang berjuang, mengharapkan sokongan untuk sembuh. Empat yang lain sudah pergi dulu daripada kita yang bakal menyusuli mereka.

Intipati tulisan ini sebenarnya hendak beritahu, semakin ramai wanita Malaysia mendapat kanser ketika usia muda. Mengapa? Kata doktor, pemakanan dan corak pemakanan adalah antara punca kanser. Turut menyumbang ialah stres bekerja, kemurungan dan tidak ada masa merehatkan fikiran. Kanser ini jahat, lagi kita murung lagi cepat selnya membiak. Sepuluh peratus lagi punca kanser ialah kerana faktor keturunan.

Kerap membuat pemeriksaan ulangan setiap enam bulan atau setahun sekali, bukan boleh dipercayai seratus peratus. Kanser tahap 1 boleh membiak dari Tahap 1 ke Tahap 3, hanya dalam tempoh seminggu. Menjelang hari ke lapan, kanser sudah terus ke Tahap 4! Kawan, jika sayang sahabat wanita kita, jangan beratkan fikiran mereka. Mudahkan tugas mereka, tolong ringankan stres dia. Sumbangan itu walau nampak sikit namun besar impaknya. Tolonglah.

Nasihat kepada golongan suami, tolonglah ringankan stres isteri. Anak-anak pula, tolong jangan serabutkan fikiran mak. Kawan-kawan perempuan, jangan pentingkan diri sendiri dan sesakkan fikiran kawan lain dengan hal remeh-temeh. Stress adalah punca kemurungan. Apabila murung, sel kenser akan bangkit bermaharajalela! Terima kasih Drzubaidi HjAhmad. Komen Dr menginspirasikan tulisan ini. Kita tidak mahu lebih ramai lagi wanita menderita kanser pada usia muda. Elak kanser tahap 1 sekarang.

kredit : Sri Diah

 

BAGAIMANA MENGESAN KANSER TAHAP 1 LEBIH AWAL?

Strategi pengesanan awal kanser tahap 1 yang diterima pakai termasuk

  1. Pemeriksaan payu dara sendiri ( breast self-examination ) dan penyaringan mammogram berkala
  2. Pap smear
  3. Pemeriksaan kerandut zakar sendiri ( testicular self-examination) – untuk lelaki berusia 15 tahun
  4. Pemeriksaan prostat +/- aras serum asid phosphatase
  5. Ujian darah tahunan untuk mengesan antigen khusus prostat (prostate specific antigen ).
  6. Ujian darah najis okult ( fecal occult blood test ) atau ujian najis guaiak (stool guaiac testing) dan kolonoskopi (usia melebihi 50, atau lebih awal sekiranya terdapat faktor risiko)
  1. Makanan yang di BBQ
  2. Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges, kerepek.
  3. Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi.
  4. Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate. Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai.
  5. Nasi yang disimpan lama. ( mengandungi aflatoksin )
  6. Makanan yang berkurangan serat dan tinggi lemak trans.
  7. Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati.
  8. Elakkan memakan seperti hati, buah pinggang dan otak lembu.
  9. Elakkan produk-produk tenusu kerana kebanyakkan lembu diberi suntikan Growth Hormon dimana Growth hormon ini menyokong kepada pengembangan kanser sel.
  10. Kurangkan makanan-makanan yang bergula.
  11. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi MSG.

1. Sakit perut atau senak perut

Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulang kali mendapat atau mengalami sakit perut tanpa sebab.

2. Sakit seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas

mungkin tanda barah pankreas

3. Perut kejang dan sakit perut berterusan

Petanda kepada barah hati, mungkin juga leukemia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah.

4. “Asid Perut” kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit.

Tanda awal yang paling lazim untuk barah perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut.
Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati.
Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja.
Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu.

5. Kehilangan berat badan

Anda seorang yang tidak aktif tetapi jika berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan.
Ketahuilah bahawa ini adalah petanda awal barah kolon.

6. Jaundis atau demam kuning

Barah pankreas, satu lagi salah satu ‘pembunuh senyap’ sering ditemui apabila seseorang menghidap jaundis.
Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah.

7. Berdehit atau sesak nafas

Sesak nafas, sakit dada atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru.

8. Batuk yang kronik atau sakit dada

Beberapa jenis barah, termasuk tumor, leukemia dan paru-paru boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronkitis yang teruk.

9. Kerap demam atau terkena jangkitan

Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang.
Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan atau keupayaan melawan jangkitan kuman.

10. Kesukaran menelan

Ia sering dikaitkan dengan barah esophageal atau tekak.
Kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal barah paru-paru juga.

11. Bengkak muka

Sesetengah pesakit barah paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka.
Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.

12. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan lehar, ketiak atau pangkal paha (ketulan).

Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak.
Bengkak yang tidak menyakitkan pada peher, ketiak atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.

13. Lebam teruk atau pendarahan yang tidak berhenti.

Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah boleh menjadi tanda-tanda leukemia.
Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan.

14. Sembelit, cirit-birit dan perubahan dalam najis

boleh menjadi tanda-tanda kanser.
Seperti dengan banyak gejala lain, cara untuk memberitahu jika ini adalah perkara yang membimbangkan ialah jika ia berlaku pada lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas seperti flu atau keracunan makanan.
Mereka yang didiagnosis menghidap kanser kolon sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas.
Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya.

15. Sukar membuang air kecil.

Tanda-tanda awak kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing.
Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti.

16. Masalah ereksi.

Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga tanda anda mnghidap kanser prostat.

17. Sakit pada pangkal paha, pinggul atau abdomen

Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, paha atau bahagian paling rendah di belakang.
Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki.

18. Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya

Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara.
Sakit belakang pinggang dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru.
Sakit di bahagian abdomen atas dan belakang dalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pankreas.

19. Kanser kulit

merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak atau berdarah dengan mudah.
Kebanyakan kita tahu bahawa tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering.
Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit – melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus dan periksa kulit dengan teliti di seluruh tubuh untuk mengesan pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau bintik.

20. Perubahan pada kuku.

Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh manjadi tanda beberapa jenis kanser.
Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit.
Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah boleh menjadi tanda kanser paru-paru.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply