Kau Berhak Bahagia, Fokus Kepada Kehidupan

Kau Berhak Bahagia, Fokus Kepada Kehidupan

Berhak Bahagia Dan Kalis Kecaman
.

Kalau kita tgk dalam FB ni macam2 lah hantaran tular… Tentang bagusnya jadi macam tu, hebatnya jadi macam ni, etc. Comparing, judging…. Etc.

It was a time saya dapat mesej dari seorang ibu yg tertekan… Beliau sebelum ni bekerja, tp disebabkan masalah nak cari pengasuh anak, maka beliau berhenti. Ingatkan OK, tp kena kecam pula, dan kewangan pun ada isu…

Stress kena kecam tu lebih teruk dr stress takde duit katanya. Dikata perabis duit suami lah, nak goyang kaki lah, etc. Walaupun tak direct cakap, tp tulisan dlm FB pun sama je sakitnya walau tak tuju ke kita.

Mind you, mulut/tulisan orang ni walaupun takde luka fizikal, tp hati mmg tercalar dan tercedera teruk. Untuk jadi kebal dari mulut org bukan senang. Mesti kena lalui pelbagai fasa kelukaan, sampailah jadi kebal.

Cuba tanya orang2 yg kalis kecaman, pasti itu bukan kali pertama mereka kena kecam,… Dah terlalu banyak sampai dah tak kuasa nak layan dah.

Utk jadi kalis kecaman ni mesti buat praktikal yg Istiqomah. Haaa. Itu dia.

Pertama sekali mesti bernafas dgn cara yg betul. Bila pernafasan tak betul, badan kita tak terima oksigen yg optimum. Bila jadi camni, semua jd kacau. Jantung pun berdetak kian kencang. Sistem dalaman pun jadi kacau.

Kedua adalah dgn selalu buat affirmation. Utk kesan lebih best, gantungkan affirmation kita pd Allah. ‘Ya Allah, Kau izinkan aku utk jadi kuat dan tabah serta best”. Kita akan jd lebih kuat bila kita include Allah dalam setiap perbuatan kita.

Ketiga, cari support system. Kawan2 yg boleh support kita. Baca buku2 pembangun diri.

Keempat, buang segala kemuncup kehidupan. Benda2 yg buat kita rasa tak best menjadi kita tu, cabut buang. Posting2 yg buat rasa down tu hide je jgn tgk2.

Dan yg terakhir, fokus pada kehidupan kita. Kalau kita fokus pd ada yg kita patut buat, kita takde masa nak fikir ttg benda lain.

Pilihlah utk happy. Biar lah lain dari orang pun. Asalkan tak langgar undang2 & agama.

InsyaAllah, we can do this puan2.

aKak Lyna
#iReachPiration

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.