Keajaiban Anggur Untuk Kesihatan Paru-Paru

Keajaiban Anggur Untuk Kesihatan Paru-Paru

Paru-paru adalah organ sistem pernapasan di dalam tubuh. Organ pernafasan penting bagi memelihara kesihatan seluruh tubuh. Amnya, paru-paru mempunyai 2 fungsi: melibatkan pernafasan, dan tidak melibatkan pernafasan.‎

FUNGSI PERNAFASAN

Paru-paru menyerap oxygen dari udara ke dalam tubuh melalui hirup/tarik ‎nafas. Di dalam tubuh, oxygen di tukar dengan karbon dioksida dalam darah yang dikeluarkan dari tubuh melalui hela nafas, melintasi saluran-saluran pernafasan. ‎

Pertukaran oxygen dengan karbon dioksida berlaku di dalam gerombolan bebola/bebelon sangat kecil ‎disebut “alveoli.” Oxygen memasuki melalui rongga hidung dan mulut, melintasi saluran ‎hidung “nasopharynx”, saluran mulut “oropharynx”, ke saluran tekak “larynx” dan kerongkong ‎‎”trachea’, terus menuju ke beberapa saluran udara kecil “bronchi)” dan saluran udara paling kecil “bronchioles”, ‎sehingga akhirnya sampai ke gerombolan bebola “alveoli.” Disitulah berlaku proses pertukaran oxygen dengan ‎karbon dioksida dari darah. ‎

Penghirupan dan helaan udara di pacu oleh tindak-tanduk otot yang berupa lapisan tisu tipis seperti gegendang disebut “diaphragm”, terletak di bahagian bawah organ paru-paru. Apabila diaphragm di kuncup melalui tarik nafas, udara ‎akan meluru masuk melintasi saluran-saluran pernafasan ke dalam paru-paru. Dan apabila diaphragm dikembangkan melalui helaan nafas, udara ‎akan bergegas keluar melintasi saluran-saluran pernafasan.

‎FUNGSI TANPA MELIBATKAN PERNAFASAN

Paru-paru juga turut terlibat ‎dalam beberapa fungsi lain di dalam tubuh, tanpa melibatkan pernafasan, antaranya:‎

  • Menapis/menyaring dan memisahkan darah beku yang bertompok di dalam pembuluh darah ‎‎”vein.‎”
  • Menapis/menyaring dan memecahkan buih yang berisi udara yang berada di dalam pembuluh darah ‎vein.
  • Bertindak sebagai pelapis yang lembut empuk bagi melindungi organ jantung, kerana kedudukan organ paru-paru mengelilingi hampir seluruh organ jantung.
  • Immunoglobulin-A adalah kimia anti-kuman dari sistem kekebalan tubuh, dihasilkan di ‎dalam bronchi dan bronchioles untuk melindungi dari ‎sebarang jangkitan pada saluran pernafasan.
  • Memelihara suasana paru-paru dan saluran pernafasan agar tiada jangkitan dari kuman dengan cara menghasilkan lendir yang ‎mengandungi bahan-bahan anti-kuman. Lendir digerakkan dari bronchioles ke bronchi, lansung ke trachea, ke larynx dan seterusnya keluar melalui saluran hidung dan mulut; debu dan kuman yang turut masuk sewaktu penghirupan udara akan terjebak melekat kedalam lendir dan di bawa keluar bersama lendir-lendir tersebut, menjadikan ‎saluran pernafasan bersih dari jangkitan kuman. ‎
  • Membekalkan saluran udara untuk mengeluarkan berbagai ragam suara.

PENYAKIT PARU-PARU

Penyakit paru-paru terjadi samada akibat dari jangkitan kuman, kelemahan atau kerosakan pada paru-paru atau saluran pernafasan, menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dengan baik atau berpenyakit.‎

Penyakit paru-paru boleh berlaku pada sesiapa saja, dewasa atau kanak-kanak, tua atau muda, lelaki atau perempuan, miskin atau kaya. Penyakit paru-paru sebenarnya merbahaya, boleh membawa maut, terutamanya pada kanak-kanak di mana sistem kekebalan tubuh mereka belum cukup kuat untuk menanggani sebarang komplikasi paru-paru. Kebanyakan penyakit-penyakit yang terjadi pada paru-paru adalah disebabkan oleh kombinasi dari 3 kategori di bawah ini.

  • Masalah saluran pernafasan – Saluran pernafasan menjadi ‎sempit atau tersekat. Oxygen ‎dan gas-gas lain sukar melintasi ke dalam dan ke luar dari paru-paru. Penderita akan menghadapi waktu-waktu amat sulit untuk bernafas. Natijahnya, bekalan oxygen pada tubuh tidak mencukupi.
  • Masalah tisu paru-paru – Strukur tisu paru-paru terjejas, menghasilkan selaput parut pada tisu paru-paru, dan menyebabkan paru-paru tidak dapat mengembang sepenuhnya. Keadaan ini menjadikan paru-‎paru sulit untuk menghirup oxygen ke dalam dan menghela kardon dioksida keluar sepenuhnya. Natijahnya, bekalan oxygen pada tubuh tidak mencukupi.
  • Masalah peredaran darah dalam paru-paru – ‎Pembuluh darah sempit atau tersekat disebabkan samada darah beku, selaput parut atau keradangan pada dinding pembuluh darah. Pertukaran oxygen dan karbon dioksida di dalam alveoli terjejas. Natijahnya, bekalan oxygen pada tubuh tidak mencukupi.

PENYAKIT PARU-PARU YANG SERING BERLAKU ‎

  • Asma/lelah – saluran pernafasan tersekat.
  • Pneumonia – keradangan pada paru-paru, tisu membengkak dan sulit untuk bernafas.‎
  • Pulmonary fibrosis dan sarcoidosis – jangkitan pada tisu paru-paru.
  • Pulmonary edema – banyak lendir yang menyebabkan paru-paru membengkak.
  • Bronkhitis – keradangan pada saluran bronchi sehingga banyak lendir menjadikan pernafasan tersekat.‎
  • Atelectasis – bebola alveoli rosak, menyulitkan pertukaran oxygen dan karbon dioksida. ‎
  • Emphysema – kerosakan pada bebola alveoli sehingga sebelah paru-paru mengecil. ‎
  • COPD (chronic obstructive pulmonary disease) – saluran pernafasan tersekat.‎
  • ILD (autoimmune interstitial lung disease).
  • Kanser paru-paru – tumor pada sel-sel dan tisu-tisu, pertumbuhan dan pembiakan yang tidak dapat dikawal sehingga ‎merosakkan fungsi paru-paru. ‎

PUNCA UTAMA PENYAKIT PARU-PARU

Sebenarnya, para pakar dan ahli di bidang perubatan dan permakanan belum dapat mengenal-pasti sebab-sebab yang jelas terjadinya ‎kebanyakan penyakit paru-paru. Hanya yang dapat dikenal-pasti, termasuk:‎

  • Rokok – Asap dari rokok, cerut atau paip sering dikatakan sebagai penyebab nombor 1 kepada penyakit paru-‎paru.
  • Gas Radon – Gas tanpa warna tanpa bau yang digunakan di rumah-rumah.
  • Asbestos – Bahan fiber dari bahan galian bukan logam, digunakan sebagai atap rumah, “ceiling”, penampan dari panas atau kebakaran ‎dan lain-lain. Asbestos mengeluarkan serat-serat halus yang seni dan berterbangan di tiup angin dan terhirup ‎oleh paru-paru. Asbestos boleh merosakkan sel-sel paru-paru, menyebabkan keradangan dan selaput parut, salah satu penyebab kepada kanser paru-paru.
  • Kecemaran Udara – Habuk-habuk dari kecemaran udara boleh memberi kesan negatif kepada paru-paru.
  • Kuman – Bacteria, virus, kulat yang menyebabkan selsema dll.
  • Kekurangan vitamin D.
  • DNA, genetik.

KHASIAT RESVERATROL UNTUK PARU-PARU

Buah anggur mempunyai khasiat yang luar biasa, terutama pada paru-paru. Seorang peneliti asal Perancis, Dr. Masquelier, menemukan bahawa biji anggur mengandung proanthocyanidin yang ampuh mencegah kanser paru-paru. Keberkesanan proanthocyanidin dalam menangkal radikal bebas berlipat 20 kali vitamin C dan 50 kali Vitamin E. Dengan demikian ekstrak biji anggur ini menambah deret penghalau sel kanser untuk berkembang biak.

Sebagaimana yang telah dipublikasikan pada Time of India, ekstrak biji anggur sangat efektif menghalau sel kanser dan mencegah berkembang biaknya sel kanser tersebut. Seseorang peneliti asal India mengatakan biji anggur dapat membunuh sel kanser dengan sangat pintar kerana tidak membunuh sel lain yang dapat bermanfaat bagi tubuh.

Kulit buah anggur juga tak kalah besar manfaatnya. Menurut penelitian yang dipublikasikan dalam American Journal of Physiology-Lung Cellular and Molecular Physiology, di dalam kulit buah anggur terdapat senyawa yang disebut resveratrol. Resveratrol ini mampu mencegah penyakit asma dan gangguan paru-paru kronis. Penderita asma akan bisa bernapas lebih longgar setelah mengkonsumsi buah anggur.

VIVIX : MINUMAN BOTANI TERBAIK POLIFENOL RESVERATROL

Vivix mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL!

Saintis telah menjalankan kajian dan hasil kajian mendapati orang-orang Perancis gemar memakan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terkandung dalam wain merah.

Satu hidangan Vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.

Sekiranya hendak dibandingkan dengan minuman jus lain, Vivix ternyata mendahului dengan hanya 1 sudu teh sehari mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh iaitu 3000-5000 ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods )

asthma teruk berakhir dengan vivix shaklee

sakit asma pulih 2 bulan konsisten vivix shaklee hebat

testimoni masalah paru-paru berair minum vivix shaklee

rawatan-kanser-paru-paru-sebab-merokok-dengan-vivix

CARA ORDER VIVIX SHAKLEE

Cara 1 – Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2 – Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar.

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717

SUMBER

  1. SABAPREMIUM
  2. GOPROSEHAT
Kongsi Kepada Kawan

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu