DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Kebaikan Makan Nenas

Kebaikan Makan Nenas

Ramai yang berpendapat buah nenas tidak boleh dimakan terlalu kerap kerana risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak ‘tajam’.
Sehinggakan ada yang tak suka langsung makan buah nenas. Sedangkan jika anda menolak buah nenas ini, bermakna anda tergolong orang yang rugi kerana buah nenas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penyakit.

Kaya dengan Sumber Vitamin C

Buah Nenas memenuhi sebanyak 131 % daripada keperluan harian anda kepada antioksidan seperti Vitamin C ini ! Vitamin C biasanya digunakan untuk mengurangkan batuk, rasa sejuk badan dan simtom-simtom selesema. Vitamin C yang merupakan vitamin larut air memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatan tisu-tisu penghubung dalam badan sebagai mana ia bertindak sebagai antioksidan.

Kaya dengan Serat

Buah-buahan yang kaya dengan serat mampu mengurangkan risiko menghidap penyakit kanser kolon. Serat juga dapat merendahkan kadar glukosa dalam darah. Diabetis jenis 2 mungkin menunjukkan tanda-tanda pemulihan kandungan gula dalam darah, lipid serta insulin. Sebiji buah Nenas yang sederhana besar mengandungi kira-kira 13 gram serat. Disebabkan oleh kandungan seratnya yang tinggi, salah satu khaisatnya ialah dapat membantu mencegah sembelit serta akan meningkatkan kesihatan saluran pencernaan kita.

Mencegah Penyakit Kardiovaskular

Buah Nenas meningkatkan kesihatan jantung disebabkan oleh kandungan serat, potasium dan vitamin C. Satu kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa salah satu khasiat jus buah Nenas ialah berupaya menjadi pelindung kepada jantung. Kajian tersebut telah disimpulkan bahawa jus buah Nenas mampu mengurangkan risiko penyakit jantung serta membantu menyihatkan sistem pencernaan dan penyerapan zat. Buah nenas juga berupaya untuk meningkatkan kesihatan jantung disebabkan kandungan bromelain yang sangat menakjubkan. Bromelain telah terbukti mampu untuk menghentikan platlet-platlet darah daripada bergumpal sehingga menyebabkan tersumbatnya saluran darah. Keadaan ini merupakan antara punca berlakunya serangan jantung atau angin ahmar.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan dan manfaat daripada buah nenas tapi saya lebih fokuskan manfaat buah ini kepada jantung.

Leave a Reply

%d bloggers like this: