KEGUGURAN – Tips Berpantang Khas Selepas Gugur

keguguran

Anda begitu gembira apabila di sahkan hamil. Namun kandungan yang di kandung mengalami keguguran siaplah yang tak bersedih kan. Masalah ini pada mana-mana fasa kehamilan samada di awal atau di pertengahan kehamilan boleh jadi perkara yang amat menyedihkan dan pastinya sangat mengecewakan. Hari ini saya ingin kongsikan Tips Berpantang terbaik.

PUNCA KEGUGURAN

Keguguran membawa maksud kehilangan atau kematian janin sebelum usianya genap 28 minggu di dalam rahim ibu. Keguguran biasanya dikaitkan dengan “masalah janin tak kuat” dan ” rahim tak kuat”. Masalah janin tak kuat disebabkan percampuran sperma dan ovum yang kurang berkualiti.

Manakala, rahim yang tak kuat disebabkan lapisan endometrium yang nipis dan tidak stabil, disebabkan hormon yang tak seimbang. Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad , untuk mencegah keguguran berlaku dan berulang lagi penting untuk :-

  • Kualiti sperma yang berkualiti dan sihat
  • Ovum yang matang
  • Rahim yang kuat dan sihat

Jadi seandainya berlakunya keguguran bukanlah berpunca dari sebelah pihak sahaja.

KENAPA MESTI BERPANTANG ?

Penting ke berpantang selepas keguguran ni? Ada pendapat mengatakan alah gugur aje bukan bersalin pun..Yang sebenarnya tak ramai yang menyedari atau ambil tahu betapa pentingnya penjagaan diri selepas mengalami keguguran. Malah, orang-orang tua berpendapat bahawa ianya sama penting atau lebih serius berbanding berpantang selepas melahirkan bayi. Keguguran tanpa penjagaan yang rapi akan menyumbang kepada masalah angin merian atau rengat yang berpunca dari keracunan darah yang pada satu tahap boleh menyebabkan demam panas dan kancing gigi.

penyebab keguguran

TEMPOH BERPANTANG

Seandainya mengikut nasihat bidan-bidan dan petua orang lama, lebih lama berpantang tentulah lebih bagus. Jadi, mereka mengesyorkan cara berpantang keguguran adalah seperti orang bersalin, iaitu 44 hari. Namun begitu wanita-wanita adalah bekerjaya di zaman ini, agak mustahil untuk berpantang seperti mana orang bersalin berpantang.Lebih-lebih lagi MC yang di keluarkan oleh pihak hospital hanyalah 2 minggu .

Jadi bagi wanita berkerja ambillah peluang ini untuk berpantang selama 2 minggu selepas disahkan keguguran, sama seperti tempoh cuti MC yang dikeluarkan oleh pihak hospital. Tempoh berpantang selepas keguguran adalah bergantung kepada tahap usia kandungan tersebut .

  • Kandungan 2 Minggu hingga 12 minggu – tempoh berpantang 30 hari
  • Kandungan 4 bulan hingga 5 bulan – tempoh berpantangnya 40 hari
  • Kandungan lebih dari 6 bulan – tempoh berpantangnya 44 hari

1. Tips Berpantang

Berpantang selepas gugur sama penting dengan berpantang bersalin . Segala pantang larang ketika berpantang haruslah di patuhi

2. Pemakanan

Ibu mesti mengelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung.

3. Penjagaan Rahim

Penjagaan rahim yang rapi selepas keguguran perlu di ambil kira. Selalunya, jika gugur berlaku pada awal kehamilan, janin yang baru terbentuk akan terkeluar seluruhnya dari badan secara semulajadi. Namun, jika usia kehamilan melebihi 10 minggu, keguguran cenderung menjadi tidak lengkap dan bahagian rahim perlu dibersihkan melalui proses D&C (Dilation & Curettage). Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan sempurna, toksin boleh meresap ke sistem tubuh lalu menyebabkan demam panas atau jangkitan di bahagian peranakan.

4. Hamil Semula

Jika anda merancang untuk hamil semula selepas gugur tiada masalah. Doktor menasihatkan supaya tidak hamil dalam 3 bulan pertama selepas gugur.

5. Berbengkung

Di samping berbengkung , anda juga boleh juga berurut, bertungku, mandi herba, dan sebagainya. Ini dapat membantu untuk melancarkan peredaran darah, melegakan kesakitan, serta memberi keselesaan serta mengembalikan kesegaran tubuh. Pastikan anda memakai stokin dan baju lengan panjang pada setiap masa.

6. Aktiviti Harian

Hadkan atau kurangkan pergerakan daripada terlalu aktif dan elakkan mengangkat benda-benda berat, terutamanya dalam tempoh sebulan selepas masalah ini. Hadkan pergerakan daripada terlalu aktif dan elakkan mengangkat benda-benda berat, terutamanya dalam tempoh sebulan selepas masalah.

jenis keguguran

TIPS KUATKAN RAHIM SELEPAS KEGUGURAN

Apabila keguguran berlaku, otot-otot rahim menjadi lemah dan tidak berada dalam keadaan yang baik, dan anda perlu tahu tips kuatkan rahim selepas keguguran. Jika anda mengandung semula, dikhuatiri anda akan mengalami keguguran sekali lagi, akibat rahim yang belum betul-betul bersedia. Oleh itu, tips kuatkan rahim selepas keguguran ini adalah sangat penting untuk memastikan anda betul-betul bersedia untuk mengandung semula dan untuk mengelakkan kejadian keguguran berulang.

1. Berurut

Berurut yang dimaksudkan ialah di kawasan perut di mana rahim kita berada. Kadang kala keguguran menyebabkan rahim kita jatuh dari kedudukan asal. Kedudukan rahim yang tidak betul boleh menjejaskan fungsi sistem reproduksi kita. Oleh itu, urutan adalah sangat membantu untuk membetulkan kedudukan rahim dan otot-otot rahim yang lemah. Adalah lebih baik kalau anda berurut satu badan untuk mengembalikan semula kecergasan badan & membuang angin yang ada. Biasanya orang melayu berurut selama 3 hari berturut-turut.

2. Jaga pemakanan

Amalkan makanan yang segar dah elakkan makanan yang diproses. Ini kerana makanan yang diproses mengandungi bahan kimia yang memudaratkan. Elakkan juga makanan segera dan junk food. Kalau nak senang, bayangkan yang anda sedang mengandung. Waktu mengandung kita akan jaga pemakanan sebab ada baby dalam perut. Betul tak? Kita nak makan makanan yang berkhasiat je supaya baby dalam perut pun dapat kebaikannya. Jadi, jaga pemakanan seperti mana waktu kita sedang mengandung.

3. Elakkan pemakanan yang bersifat “tajam” , “sejuk”, dan “panas”

Makanan tajam termasuklah jeruk, asam boi, nenas, air tebu, air coke, dan sebagainya. Biasanya makanan tajam ni rasanya masam dan berasid. Manakala contoh makanan sejuk pula ialah cendawan, keladi, betik.Makanan panas merujuk kepada makanan yang mengandungi ragi seperti tapai.

4 . Makanan Tambahan

Amalkan makanan tambahan yang mampu menguatkan otot rahim dan penghasilan telur yang sihat.

MINUMAN TAMBAHAN KUATKAN RAHIM SELEPAS KEGUGURAN

Sumber protin ESP untuk menguatkan otot rahim, juga menjadikan sel lebih sihat dengan itu menguatkan rahim dan meningkatkan kesuburan wanita. Juga penting untuk persediaan sebelum hamil lagi.

CARA NAK ORDER ESP SHAKLEE

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya

Ainul Mustafa  013-3612717

atau klik icon di bawan ini.

e-sell

ATAU

ahli shaklee

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717

sumber : urutan pantang momcare

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu