Kekal Cergas Bulan Ramadan

dates in a bowl
Photo by khats cassim on Pexels.com

Kekal Cergas Bulan Ramadan. Tip Kekal Cergas & Sihat di Bulan Ramadan. Bersenam pada masa yang betul. Bersenam pada masa yang betul sangat penting semasa bulan Ramadan. Nasib baik, tempoh berpuasa dan tidak berpuasa agak seimbang di Malaysia. Oleh itu, anda mempunyai banyak masa terluang untuk bersenam.

Lakukan senaman ringan pada waktu siang

Jika anda bangun awal, bangun sejam lebih awal untuk bersenam sebelum bersahur. Lakukan senaman berat anda ketika itu kerana anda dapat mengembalikan tenaga anda dan paras air dalam badan kemudian.
Bersenam sebaik saja membuka puasa dengan sesuatu yang ringan (seperti kurma dan air). Elakkan daripada bersenam sebaik saja selepas makan kerana badan anda perlukan masa untuk menghadamkan makanan.

Jika anda biasa bersenam dengan perut kosong, anda boleh bersenam sebelum membuka puasa. Begini, anda boleh mengembalikan tenaga anda selepas itu.

Kekal Cergas Bulan Ramadan

9 Tips Ramadhan Untuk Kekal Cergas Ketika Berpuasa

Namun apa yang penting juga adalah, apa jenis makanan yang kita ambil dan kita makan. Berikut adalah 9 tips pemakanan yang boleh diamalkan untuk membantu kita kekal cergas bulan ramadan dan bertenaga semasa berpuasa:

1 – Minum Banyak Air

Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air selepas berbuka hingga sebelum sahur – Pilihan utama tentunya kelebihan air kosong. Tetapi boleh juga diambil bentuk dalam masakan sup, jus buah tanpa gula atau buah-buahan dan sayuran yang banyak kandungan air seperti tomato, timun, salad, tembikan, oren dan pelbagai lagi.

2 – Kurangkan Gula

Elakkan minuman manis dan berkarbonat – Minuman manis yang mengandungi campuran gula yang tinggi termasuk di dalam jus buah dan air berkarbonat. tabiat ini boleh menyebabkan masalah hipoglisemia iaitu paras gula dalam darah yang turun terlalu rendah daripada biasa akibat penggunaan terlalu banyak insulin terutamanya di waktu subuh. Ia akan menyebabkan kita jadi cepat letih dan sukar untuk menahan lapar sepanjang hari berpuasa.

3 – Kurangkan Kafein

Cuba elakan minuman teh dan kopi semasa bersahur. Kedua-dua jenis minuman ini mengandungi kafein yang tinggi bersifat diuretik. Sudah tentu minuman berkarbonat juga tinggi kafein, tetapi lebih baik jauhkan kerana sangat buruk untuk kesihatan.

Diuretik merangsang pembentukan urin daripada buah pinggang. Ia akan memaksa tubuh menyingkirkan air dan garam dengan banyak melalui air kencing – tanda kerap kencing. Akibatnya tubuh kita akan mengalami dehidrasi atau kehilangan banyak air semasa berpuasa.

Tanda dehidrasi pada tubuh adalah seperti mulut kering, rasa terlalu haus, air kencing pekat, cepat letih & mengantuk, kulit kering, pening kepala dan pelbagai lagi.Jika terlalu sayangkan sangat rasa kopi dan teh, boleh ambil, tetapi pada kadar yang sedikit serta berpatutan. Lebih baik banyakkan minum air kosong selepas itu.

4 – Kurangkan Garam

Garam juga antara elemen yang boleh menyebabkan kita mengalami masalah kehilangan air dengan cepat atau dehidrasi semasa berpuasa. Hasilnya, tubuh akan menjadi cepat letih dan tekak berasa cepat haus dan dahaga.

Meskipun garam sukar untuk dielakkan, kita boleh cuba untuk kurangkan pengambilannya sama ada dalam makanan siap atau masakan. Ia juga sangat baik bagi mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

5 – Lebihkan Sumber Protein dan Serat

Ketahanan kita berpuasa kita disiang hari banyak dipengaruhi dengan apa yang kita ambil semasa bersahur sebelum waktu subuh.

Pemakanan ketika sahur yang terlalu banyak, tinggi garam, gula dan lemak akan menyebabkan kenaikan paras insulin yang mendadak – insulin spike. Ia akan menyebabkan kesan ketara kita mudah berasa lapar dan haus dengan cepat meskipun baru beberapa jam bermula detik kita berpuasa.

Untuk menjadikan kita lebih tahan, cuba ubah diet sahur dengan mengambil oat, roti bijirin, kurma dan lainnya yang kaya dengan sumber fiber atau makanan kaya dengan protein seperti telur, yogurt ataupun minuman tinggi protein.

Hasilnya, kita akan perasan cara pemakanan kita yang ringkas semasa bersahur tetapi memberi lebih ketahanan kepada kita ketika berpuasa di siang hari sehingga waktu berbuka. Cubalah.

6 – Berbuka Puasa Dengan Sihat

Natijah berpuasa itu sebenarnya memberi kesedaran kita kepada hakikat tentang makan. Bukan kuantiti itu yang penting tetapi lebih kepada apa yang kita makan, itu lebih penting. Makan sedikit tidak semestinya kita akan teruk kelaparan, makan banyak tidak semestinya kita akan selamanya kekenyangan. Inilah masanya kita belajar dan mengajar nafsu kita terhadap makan. Beza antara banyak & sedap dengan cukup & sihat; mana yang kita pilih.

Bermula detik berbuka, mulakan dengan air kosong dan makan buah-buahan kering yang kaya dengan fiber seperti kurma, aprikot, buah tin, prun, kismis dan sebagainya. Kandungan nutrien dan gula semulajadinya sangat baik untuk perut dan dapat mengembalikan tenaga secara sihat.

Kemudian makan dengan perlahan-lahan sumber makanan yang lain seperti protein, karbohidrat dan lemak sihat. Ingat pesanan makannan pinggan sihat, diet suku-suku separuh. Tambah pengambilan air kosong sebaik mungkin.

Tiada kejutan untuk tubuh, banyak lagi tenaga diperlukan untuk aktiviti ibadah kita di malam hari.

7 – Sentiasa Aktif

Berpuasa bukan cara untuk kita skip kehidupan aktif. Atau mencari alasan untuk bermalas-malasan dan bergaya hidup pasif. Banyak amalan bulan Ramadhan yang boleh membantu kita untuk kekal aktif dan cergas.

Puasa tetap kena aktif, cuma perlu selaraskan dan sesuaikan dengan waktu berpuasa. Berjalan kaki selepas bersahur atau selepas berbuka ketika hendak ke masjid boleh memberi alternatif senaman yang baik untuk kita.

Ia dapat membantu proses penghadaman yang lebih baik dan sangat membantu untuk program penurunan berat badan.

Mudah untuk kita lakukannya secara penuh jika rumah kita berdekatan dengan masjid. Atau boleh sahaja parking jauh sedikit daripada masjid, selebihnya jalan kaki.

Aktiviti senaman siang hari di hari biasa boleh ditukar kepada marathon tarawikh di malam hari semasa berpuasa. Ia juga salah satu cara yang sangat sihat untuk kekal aktif dan tambah pahala melalui ibadah.

8 – Rehat Yang Cukup

Rehat yang cukup sinonim dengan waktu tidur yang berkualiti. Tidur yang cukup mampu memberi kesegaran dan kecergasan kepada tubuh. Kurang tidur pula sangat tidak baik untuk tubuh kerana ia boleh menyebabkan kita hilang mood, mudah stress dan mudah marah.

Berpuasa di bulan Ramadhan memerlukan aktiviti yang seimbang antara waktu siang dan malam. Pengurusan masa dan waktu tidur perlu diatur dengan betul supaya tubuh kita tidak mengalami stress dan menyebabkan masalah kesihatan.

Tidak tidur terlalu lewat dan bangun di awal pagi untuk bersahur adalah kebiasaan yang perlu kita lakukan ketika waktu berpuasa. Jika ada ruang disiang hari, tambahkan sedikit waktu tidur anda sebagai gantian, terutamanya sebelum atau selepas waktu zohor. Atau pada mana-mana waktu yang difikirkan sesuai kerana setiap orang tidak sama kegiatan rutin hariannya.

Tidur yang pendek sudah memadai untuk mengembalikan kecergasan kita dan kekal bertenaga sehingga waktu berbuka.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply