KEKAYAAN – Milenial Sekarang Bukan Sekadar Tunjuk Kereta Besar

kekayaan.jpeg

12 LAMBANG KEKAYAAN.

.

Kereta mewah, mansion…? Semua tu old school punya lambang kekayaan. Ini dia 12 lambang kekayaan milleanial:

1) PMA

Nama penuhnya positive mental attitude. Melihat semua perkara dari sudut positif.

Allah menjadikan kita hamba yang lemah dan tiada kuasa utk mengawal apa-apa benda pun dalam hidup ini, kecuali – KUASA UNTUK MENCORAKKAN PEMIKIRAN KITA SENDIRI.

PMA adalah sangat penting utk mencipta apa saja kekayaan yg kita mahu. Tiada PMA, kita tak boleh jadi kaya.

2) Kesihatan

Kita mungkin nampak kesihatan sebagai ‘kurniaan’. Tapi ia adalah hasil dari PMA yang mengutamakan kesihatan dan menolak perkara yang memudaratkan tubuh badan.

3) Hubungan yang baik sesama insan

Untuk mempunyai hubungan baik dgn org lain, seseorang mesti ada hubungan baik dgn diri sendiri dan pencipta-Nya. Bila kita cinta diri sendiri, barulah kita boleh sebarkan cinta kepada orang lain.

4) Bebas dari ketakutan

7 ketakutan yang menghalang kekayaan:
– takut miskin
– takut kritikan
– takut sakit
– takut kehilangan kasih sayang
– takut hilang kebebasan
– takut tua
– takut mati

Dgn ketakutan di atas, kita rasa selesa berada di zon selesa… yang sebenarnya kita takut nak ambil risiko sbb takutkan benda2 di atas.

When we have something to lose, we are always at the losing side.

5) Harapan untuk berjaya

Kurniaan Allah yang terbesar adalah harapan. Dgn harapan lah kita berani melangkah ke depan dgn positif.

6) Iman

Iman adalah percaya pada sesuatu yang tidak nyata. 6 rukun iman, semuanya tidak nyata di mata. Allah, malaikat, pengajaran dlm kitab, rasul, hari kiamat, qada & qadar; semua tu tak nyata nampak di mata kita.

Iman adalah asas kepada “keajaiban”.

7) Kesanggupan utk berkongsi

Ilmu yang dikongsi akan bertambah, ilmu yang diperam akan mereput. Begitu juga dgn kekayaan.

Rezeki yang dikurniakan Allah lebih dari cukup untuk dikongsi serata alam.

8 ) Bekerja kerana cinta

Berapa kali kita rasa fed-up bila buat sesuatu dan tiada hasil? Dan berapa kali kita seronok buat sesuatu walaupun tiada hasil?

Itulah cinta. Berbuat tanpa mengharap balasan, tapi suka dan seronok melakukannya.

9) Berfikiran terbuka

Terima perbezaan, dan sanggup belajar antara satu sama lain.

10) Disiplin diri

Jikalau kita tidak dapat kawal diri sendiri, kita tidak boleh kawal benda lain. Supaya kita boleh mengawal perkara2 yang boleh kita usahakan, work on yourself first.

11) Berlapang dada

Memahami orang lain, dan bukan hanya minta difahami. Ia adalah asas kepada persahabatan dan perhubungan sejati.

12) Kedudukan ekonomi yang selamat

Memiliki kedudukan ekonomi yang selamat, bukannya dgn ada wang berbilion. Ia boleh dicapai dgn servis yang kita beri kepada orang lain.

Kalau kita orang kaya yang ada banyak duit, tp yang kaya cuma kita seorang, ekonomi kita tak selamat pun. Sebaliknya bila kita buka peluang kepada org lain untuk ada banyak duit juga (melalui peluang bisnes/pekerjaan), insya-Allah ekonomi kita selamat dan kukuh.

—-

Itulah dia lambang kekayaan zaman kini. Sekarang bukan zaman P Ramlee, yang kaya selalu nak tindas yang miskin. Kaya dimulia, miskin dihina. Semuanya terletak pada minda.

Asah dan asuh minda dgn PMA, kita akan jadi kaya dan memegang kesemua 12 lambang kekayaan ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu