Kenapa Asma Bahaya ? Panduan Untuk Ibu Bapa Dan Anak-Anak

Kenapa Asma Bahaya ? Panduan Untuk Ibu Bapa Dan Anak-Anak

Asma atau ‘Bronchiol asthma’ bererti seseorang itu mengidap penyakit dimana salur-salur pernafasannya akan mengecil ketika asthma menyerang. Kena tahu kenapa asma bahaya. Inilah yang menyebabkan seseorang itu sukar bernafas dan nafasnya akan berbunyi. Peringkat kedua asthma adalah apabila berlaku radang ‘inflamation’ di dinding-dinding salur pernafasan tersebut atas tindakbalas badan. Dalam keadaan biasa dan normal kanak-kanak itu tidak mempunyai apa-apa tanda, kerana proses pengecilan itu adalah sementara.

Kenapa Asma Bahaya ?

Walaupun asthma secara amnya seperti penyakit biasa, tetapi kadangkala penyakit asthma yang teruk boleh juga menyebabkan maut dan asthma yang tidak terkawal boleh menyebabkan kanak-kanak itu mempunyai tumbesaran yang terganggu, sebab itu kenapa asma bahaya kepada kanak-kanak.

Mengapa Saya Mendapat Asma ?

Asthma adalah penyakit yang mempunyai banyak faktor penyebab; ianya adalah satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan dimana seseorang anak itu mempunyai kebarangkalian mendapat asthma jika ibu bapanya mempunyai asthma. Astma juga adalah satu daripada penyakit alahan (allergic), ‘allergic rhinitis’ dan ‘utricaria’.

Asthma biasanya menyerang apabila seseorang itu tededah kepada faktor-faktor luaran yang dipanggil ‘allergen’ seperti habuk, cuaca sejuk, makanan, kucing atau haiwan berbulu yang lain dan juga jangkitan kuman pada saluran pernafasan (‘Upper Respiratory Tract Infection) dilihat apabila kanak-kanak itu demam dan batuk dan diserang asthma.

Tanda-tanda asma

  • Batuk berpanjangan di waktu malam hari atau cuaca sejuk.
  • Pernafasan berbunyi (wheezing).
  • Sesak pernafasan.
  • Merasakan dada sempit.

Bagaiman Mengelak Dari Serangan Asma ?

Langkan pertama ialah dengan manjauhi faktor-faktor penyebab asthma. Setiap pesakit biasanya mempunyai faktor penyebabnya sendiri dan biasanya kanak-kanak itu atau ibu bapanya tahu faktor ini. Cuba jauhi faktor penyebab dan anda boleh mengelak asthma. Jika asthma menyerang juga, bawalah kanan-kanak ke hospital atak klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Ubat pelegaan

Ia digunakan apabila seseorang itu diserang asma. Biasanya doktor akan memberikan ubat sedutan atau inhaler yang boleh melegakan simptom asma sekali gus melonggarkan otot. Apabila disedut, ubat itu akan melalui saluran pernafasan dan membantu mengembangkan otot menyebabkan pesakit berasa lega.

Biasanya ia memberikan kesan yang cepat seawal lima minit dan bertahan sehingga empat jam. Biasanya ubat sedutan diperoleh di hospital atau boleh dibeli farmasi mengikut preskripsi doktor.

Pesakit boleh melakukan sendiri di rumah apabila asma menyerang tetapi perlu melakukan dengan teknik yang betul. Ubat ini akan terus ke saluran pernafasan dalam paru-paru. Jika salah penggunaannya, dos yang diambil tidak akan sampai kepada paru-paru membuatkan ia tidak berkesan.

sumber: ainihazrina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat