DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Kenapa Berat Badan Rebound ?

Kenapa Berat Badan Rebound ?

KENAPA BERAT BADAN KORANG REBOUND? INI DIA JAWAPAN YANG KORANG PERLU TAHU!

Saya dok perhati ramai yang mengalami kenaikan berat badan mendadak selepas berjaya menurunkan KG yang agak banyak. Kalau dalam istilah Mat Salleh, diorang panggil berat badan ‘rebound’.

Kalau korang nak tahu, situasi berat badan rebound ni normal sebenarnya, lebih-lebih lagi kalau individu tersebut tidak memasukkan rutin senaman dalam proses menurunkan berat badan selain mengamalkan diet yang agak ekstrim.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu mengalami pertambahan berat badan secara mendadak selepas berjaya menurunkan beberapa KG berat badan.

Salah satu faktornya adalah peningkatan semula paras simpanan glikogen pada otot lalu membuatkan badan memegang lebih banyak air. Bila ini berlaku, maka berat air akan bertambah lalu berat korang juga akan bertambah beberapa KG. Ini normal beb.

Selain itu, satu lagi faktor peningkatan berat badan yang mendadak adalah apabila pengambilan kalori kembali kepada tahap asal, iaitu sebelum korang diet secara ketat. Senang cerita, amalan pemakanan korang yang NORMAL ketika sebelum diet.

Walau bagaimanapun, apa yang lebih malang adalah korang telahpun kehilangan sebahagian berat otot (muscle mass) ketika fasa diet yang ketat tu. Bila ini berlaku, keperluan kalori korang dah menyusut berbanding sebelumnya, maka berat badan korang akan naik dengan cepat disebabkan jurang kalori surplus yang dah jadi besau. Ini pun normal beb!

Faktor terakhir yang korang kena tahu adalah bilangan sel lemak memang tak akan pernah berkurangan bila korang dah kurus.

Korang perlu faham, apabila saiz/ berat badan menyusut, sebenarnya isipadu lemak dalam sel lemak sahaja yang menyusut, tetapi bilangan sel lemak yang ada dalam badan korang kekal / tak menyusut.

Masih kurang jelas? Meh kita ‘recap’ sikit Teori Sel Lemak.

Katakan ada 2 orang individu. Seorang bernama Ali. Beliau obes sejak remaja, mempunyai berat badan 100kg serta memiliki kira-kira 40 billion sel lemak. Manakala seorang lagi bernama Abu. Beliau pula langsung tidak pernah obes, mempunyai berat badan 60kg serta memiliki kira-kira 20 billion sel lemak dalam badannya.

Ali = 100kg / 40 billion sel lemak
Abu = 60kg / 20 billion sel lemak

Jika Ali berjaya menurunkan berat badan dari 100kg kepada 50kg, maka adakah beliau kini mempunyai 20 billion sel lemak atau kurang daripada apa yang Abu miliki? Tidak. Apa yang kempis itu hanya saiz sel lemak tersebut, namun Ali masih memiliki 40 billion sel lemak di dalam badannya, BUKAN 20 billion atau kurang daripada itu!

Ali = 50kg / 40 billion sel lemak
Abu = 60kg / 20 billion sel lemak

Dengan bilangan sel lemak yang banyak sebegini, bila-bila masa sahaja badan boleh memberikan isyarat untuk menyimpan kembali lemak ke dalam sel-sel lemak yang ‘kosong’ sekiranya terdapat pengambilan kalori berlebihan.

Haa.. Itulah dia tadi penjelasan dari segi Sains mengapa seseorang yang berjaya menurunkan berat badan akan mudah mengalami pertambahan berat mendadak sekiranya beliau kembali kepada gaya hidup dan amalan pemakanan ketika gemuk.

Sekarang dah faham kan kenapa berat badan korang kembali rebound dengan mendadak selepas diet secara ketat? Kalau korang dah faham, bagus, tapi…

Adakah korang masih lagi nak buat diet secara ketat? Masih lagi nak buat diet cara artis yang tak makan tu, tak makan ni? Lepas tu malas bersenam.. hehe..

Kalau korang masih berdegil juga nak buat diet cara tu, silakan. Tapi jangan bising tau kalau korang masih ‘stuck’ dalam ‘loop’ Kitar Diet!

Kredit: Susu Sejat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.