DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Kenapa Berat Turun Naik ?

Kenapa Berat Turun Naik ?

Weight Fluctuation (Berat Turun & Naik)

Pernah ke tiba tiba berat naik mendadak dalam masa yang singkat?

Ini antara asas yang ramai kena faham dalam proses turunkan berat badan, iaitu berat badan akan sentiasa turun dan naik dan nombor di penimbang hanyalah sekadar nombor.

Banyak faktor yang menyebabkan flunctuation :-

1) Terlebih makan sodium (garam) dan karbo. Dua bahan ini akan menyebabkan tubuh menyimpan air. Water retention namanya. Ini merupakan faktor utama.

2) Terdapat lebihan makanan dalam perut hasil daripada makanan yang belum dihadam. Begitu juga dengan najis yang belum dibuang.

3) Senaman yang aktif pada hari sebelum.

4) Ubat ubatan tertentu seperti insulin.

5) Penyakit.

Dan lain lain lagi.

Adakah berat yang baru kita dapat tu adalah lemak? Bukan. Itu cumalah air.

Dalam masa beberapa hari jika kita get back on the track berat akan kembali normal.

Masalahnya adalah apabila berlaku weight flunctuation ni kebanyakan daripada kita akan rasa tu adalah kegagalan dan berhenti daripada berusaha. Kalah dengan nombor di penimbang.

Jadi selepas ini daripada bimbang dengan nombor cuba fokus kepada :-

1) Perubahan saiz badan yang semakin mengecil; pakaian rasa semakin longgar. Juga pada tubuh yang semakin bertenaga dan lain lain.

2) Perubahan daripada sudut emosi. Sebelum ini kita makan dengan penuh emosi tanpa pedulikan kesihatan, selepas berdiet semakin ada kawalan terhadap hidup. Ini pun tak kurang penting juga.

3) Jika nak timbang fokus pada average weight setiap minggu ataupun bulan. Maksudnya timbang berat setiap hari tapi kirakan purata. Ini lebih baik.

Semoga membantu.

Leave a Reply

%d bloggers like this: