Kenapa Kena Cucuk Vaksin Walaupun Dah Positif Covid-19 ?

Kenapa Kena Cucuk Vaksin Walaupun Dah Positif Covid-19

Kenapa Kena Cucuk Vaksin Walaupun Dah Positif Covid-19 ?. MENGAPA PERLU AMBIL VAKSIN WALAUPUN SUDAH DIJANGKITI COVID-19

Persoalan samada bekas2 pesakit Covid-19 perlu mengambil vaksin masih menjadi tajuk perbincangan yang menarik. Bekas pesakit Covid-19 sepatutnya sudah terdedah kepada virus dan sistem imun badan mereka sudah mengenali virus itu. Jadi sepatutnya jika berlaku serangan semula oleh virus yang sama tentu badan mampu melawannya. Tidakkah ia sama seperti orang yang sudah menerima vaksin? Kita akan menjawab persoalan ini.

A. Apabila badan sudah terdedah kepada jangkitan virus Covid-19 (SARS-CoV-2), tindakbalas pertama adalah penghasilan antibodi dan kedua adalah meransang sel B memori untuk tujuan mengenal dan mengingati virus yang menyerang. Apabila diserang kali kedua dan seterusnya, sistem imun sudah bersedia dan akan melawan jangkitan, maksudnya anda menjadi kebal. Kekebalan atau imuniti seperti ini yang diperolehi melalui jangkitan dinamakan imuniti semulajadi (“natural immunity”). Kaedah kedua bagaimana kekebalan/imuniti boleh diperolehi adalah melalui suntikan vaksin.

B. Kajian tentang keupayaan imuniti semulajadi ke atas jangkitan Covid-19 ini telah dilakukan di beberapa negara seperti UK, US, Denmark, Qatar dan lain2 mendapati keberkesanan imuniti semulajadi ini adalah dalam lingkungan 80 – 95%. Kajian terbaru dijalankan di Qatar telah disiarkan dalam jurnal Lancet.

C. Persoalannya perlukah bekas pesakit Covid-19 ambil vaksin jika sudah dijangkiti kerana keberkesanan imuniti semulajadi adalah 80-95%. Jawapannya YA , mereka masih perlu ambil vaksin kerana sebab2 berikut:

1. Terdapat kelemahan dalam kajian imuniti semulajadi yang dilakukan contohnya di Qatar yang disiarkan di jurnal Lancet. Antaranya adalah kajian ini bukan kajian blinded dan randomized trial tetapi observational cohort yang kualitinya lebih rendah daripada kajian yang dijalankan terhadap vaksin (“double blinded RCT”). Jangkitan juga dikesan melalui kewujudan antibodi, tidak semuanya berdasarkan kepada keputusan RT PCR yang lebih tepat. Terdapat perbezaan nisbah lelaki dan wanita yang ketara di antara kedua2 kumpulan study dan kawalan. Tempoh kajian ini pula hanya setakat 7 bulan.

2. Kajian di China melibatkan penduduk Wuhan selepas lockdown ditamatkan mendapati hanya 40% bekas pesakit Covid-19 mempunyai kandungan antibodi melawan Covid-19 (“neutralizing antibodies”) selepas 9 bulan. Kekebalan lebih rendah dalam kalangan bekas pesakit yang tidak bergejala ataupun gejala ringan. Ini memberi gambaran yang kekebalan selepas dijangkiti oleh virus (imuniti semulajadi) menurun dari masa ke semasa.

3. Jangkitan Covid-19 bolehlah diumpamakan seperti satu dos vaksin, sistem imun memang diransang tetapi tahap imunitinya tidak cukup tinggi dan tidak bertahan lama. Suntikan kedua vaksin berfungsi meningkatkan lagi imuniti dan menjadi booster kepada sistem imun untuk kebal dalam jangkamasa yang lebih panjang. Ini dibuktikan oleh hasil kajian oleh University California yang menunjukkan vaksin mRNA meransang sistem imun dengan lebih kuat dari imuniti semulajadi. Dos kedua vaksin mRNA meningkatkan kandungan antibodi 10 kali lebih tinggi dari immuniti semulajadi. Keputusan yang sama ditemui dalam kajian di Israel sehingga kerajaan mengesyorkan pemberian vaksin kepada bekas pesakit.

4. Virus Covid-19 boleh berubah2 menjadi lebih kebal dan cepat merebak. Vaksin lebih berkesan terhadap varian baru virus Covid-19 (VOC : Variant of concern). Kajian yang dilakukan di Israel menunjukkan vaksin mRNA lebih berkesan menangani varian2 baru berbanding dengan imuniti semulajadi. Di antara varian2 ini adalah dari Afrika Selatan (B.1.351), UK (B.1.1.7) dan Brazil (P.1). Berkemungkinan besar imuniti semulajadi juga kurang berkesan terhadap varian dari India (B.1.617.2). Ini merupakan salah satu faktor utama mengapa bekas pesakit Covid-19 perlu mengambil vaksin.

5. Gabungan di antara imuniti semulajadi dan vaksin boleh dianggap benteng yang lebih teguh untuk menutup peluang virus menembusinya. Lagi ramai yang mempunyai benteng ini lagi besar kesan perlindungan yang akan diberikan kepada diri orang itu serta orang lain yang berisiko untuk dijangkiti dan mereka2 yang kurang mendapat manfaat dari vaksin seperti golongan tua, mereka yang tidak layak divaksin dan pesakit yang lemah sistem imun.

6. Disebabkan imun semulajadi bertindak ke atas keseluruhan tubuh virus yang terdiri dari banyak komponen (kebanyakan komponen ini bukan antigen utama (epitopes), maka tindak balasnya tidak teratur ataupun bercelaru berbanding dengan vaksin yang sasarannya lebih fokus dan tepat kepada protein spike virus tersebut. Ahli sains juga percaya virus mampu melindungi protein spike yang merupakan antigen utama (epitopes) dari dikesan oleh sistem imun semasa jangkitan. Dengan kata lain vaksin ini umpama senjata yang lebih canggih dan tepat menembak sasaran berbanding dengan imuniti semulajadi.

Kesimpulannya, berdasarkan kepada 6 alasan di atas, bekas pesakit Covid-19 perlu mengambil vaksin.

D. Kajian terkini mendapati bahawa bekas pesakit Covid-19 yang diberi satu suntikan vaksin mRNA meransang sistem imun setara dengan 2 suntikan vaksin jika individu itu belum pernah dijangkiti. Walaupun kajian ini masih awal namun ia memberi petunjuk bahawa memberi hanya satu suntikan kepada bekas pesakit Covid-19 mungkin satu cadangan yang munasabah.

E. Selepas dijangkiti, bilakah vaksin Covid-19 boleh diambil? Mengikut CDC, mereka boleh menerima vaksin apabila pulih (jika bergejala) dan sudah bebas dari kuarantin (sudah dipotong gelang pink). Setakat ini CDC belum menentukan apakah bilangan hari minima selepas jangkitan untuk mengambil vaksin. Maksudnya vaksin ini boleh diambil bila2 masa apabila pesakit sudah pulih dan bersedia. Tetapi melengah2kan suntikan vaksin terlalu lama boleh mendedahkan diri dijangkiti semula kerana kekebalan terhadap jangkitan akan menurun dari masa ke semasa.

F. Apakah kategori bekas pesakit Covid-19 yang tidak sesuai menerima vaksin (kontraindikasi). Kontraindikasi mengambil suntikan vaksin sama sahaja dengan individu yang tidak pernah dijangkiti. Terdapat sekumpulan bekas pesakit Covid-19 yang dirawat dengan rawatan antibodi monoklonal dan plasma. Rawatan ini juga memberi perlindungan kepada mereka untuk seketika iaitu selama 90 hari. Jadi risiko jangkitan Covid-19 ke atas bekas pesakit ini adalah sangat rendah untuk jangkamasa 90 hari selepas tamat rawatan. Memberi vaksin dalam tempoh ini juga dikhuatiri boleh menyebabkan interaksi atau gangguan antara rawatan dan juga tindakbalas vaksin. Jadi untuk pesakit seumpama ini, CDC mengesyorkan suntikan vaksin diberikan selepas 90 hari.

Dato’Dr. Rushdan Noor
29hb Mei 2021

RUJUKAN
https://www.thelancet.com/journals/lancet/article/PIIS0140-6736(21)00238-5/fulltext

https://www.thelancet.com/journals/eclinm/article/PIIS2589-5370(21)00141-3/fulltext

https://www.contagionlive.com/view/immune-response-from-mrna-covid-19-vaccines-is-more-robust-than-natural-infection
https://www.nature.com/articles/s41591-021-01347-0

https://www.google.com/amp/s/www.ocregister.com/2021/04/28/which-is-better-for-developing-immunity-covid-19-vaccine-or-natural-infection/amp/

https://www.google.com/amp/s/www.news-medical.net/amp/news/20210422/Striking-difference-identified-between-mRNA-vaccination-vs-SARS-CoV-2-infection-immune-responses.aspx

https://www.sciencedaily.com/releases/2021/04/210415141826.htm

https://www.cdc.gov/vaccines/covid-19/clinical-considerations/covid-19-vaccines-us.html?CDC_AA_refVal=https%3A%2F%2Fwww.cdc.gov%2Fvaccines%2Fcovid-19%2Finfo-by-product%2Fclinical-considerations.html

https://www.medrxiv.org/content/10.1101/2021.05.25.21257797v1

https://codeblue.galencentre.org/2021/05/19/delay-second-dose-of-covid-19-vaccines-to-protect-more-people-dr-musa-mohd-nordin/
https://science.sciencemag.org/content/early/2021/04/29/science.abh1282

https://www.minda2tinta.com/2021/05/mengapa-bekas-pesakit-covid-19-perlu.html?m=1

Kenapa Kena Cucuk Vaksin Walaupun Dah Positif Covid-19

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply