Kenapa Marah Cepat Tua ?

Kenapa Marah Cepat Tua ?

Kenapa Marah Cepat Tua ? Kenapa jangan marah nanti cepat tua.Sebenarnya, itu fakta, bukan mitos.

Saintis mendapati telomere lebih pendek di kalangan mereka yang mengalami stress kronik sebagai caregiver (contoh punca stress). Telomere didapati lebih pendek di kalangan ‘caregiver’ yang stress lebih lama, berbanding mereka yang stress baru sekejap.

Apa akibat telomere makin pendek?

Ok, sel kita sentiasa menjalani proses pembahagian. Ada yang cepat, ada yang ambil masa lama. Dengan pertambahan usia kita, telomere menjadi semakin pendek.
Apabila sel membahagi ( sentiasa berlaku untuk kekalkan tisu sihat/gantikan tisu yang rosak), sel yang mengalami telomere tak cukup panjang akan degenerasi dan mati begitu sahaja, tidak mampu membahagi dengan sempurna.

Mulalah tisu salur darah kurang anjal.
Kulit mudah berkedut dan mengalami pigmentasi.
Rambut mudah gugur.
Jantung menjadi lemah.
Sel mata cepat rosak.
Sel darah merah tak cukup.
Sel imun tak cukup kuat atau lemah.
Metabolisme menurun.
Pendek kata, proses penuaan dipercepatkan apabila stress berpanjangan.

Stress ini bukan kesan emosi sahaja, tetapi biological stress juga.
Inflamasi berpanjangan.
Tak cukup nutrisi berkhasiat menyebabkan cell starvation ( walaupun perut kenyang).
Sinaran UV.
Pencemaran bahan kimia dan toksik.

Jadi tuan puan,
kita ada pilihan.
Nak teruskan stress marah-marah dan pendekkan telomere kita sendiri lalu cepat tua cepat sakit, atau nak senyum dan sabar hadapi ujian hidup ini. Kalaupun tak berduit, biarlah sihat dan cantik. Betul tak?

Ingat marah, ingat telomere!
(Dah macam iklan pulak)

Petua Rawat Badan

1) PETUA..
Jika Badan kebas dan kejang² urat
Itu tanda awal nak kena angin ahmar..
Minum lah air kelapa biar lembut urat 3 hari berturut² InsyaAllah tak jadi penyakit bahaya itu.

2) PETUA..
Jika mata macam nak pitam pagi² amalkan makan buah masam² itu tanda darah beku dalam kepala takut jadi ketumbuhannya
jadi buah masam² dia cairkan darah.

3) PETUA..
Jika sakit rusuk tulangnya bisa. Jangan takut itu urat masuk angin makanlah bawang putih bakar InshaAllah baik lah.

4) PETUA..
Jika sakit di ulu hati mungkin gastrik mungkin paru² dan mungkin urat jantung bengkak makanlah ubat gamat kering dengan sireh pinang InshaAllah baik jika 3 hari turut²
1X satu hari saja

5) PETUA..
Jika tarik nafas sakit itu urat nafas tegang pergilah urut badan dan amal minum air buah pala rebus 3 biji InshaAllah baik lah.

SEMOGA ANDA SIHAT SELALU

Kredit: petua kesihatan dan kecantikan dari siim

PENUAAN :GULA MENJANA AGE

Nak tua cepat,
Kulit berkedut, kering, gatal, rapuh..
Ambik gula banyak.
Sebab gula menghasilkan AGE.

Apa itu AGE?
“Advanced Glycation End Products”

Umpama daging dibakar,
Protein lemak dan gula di dalamnya bertukar keperangan…
..macam berkarat!
Begitulah jua dalaman badan kita..
Organ-organ dalaman kita.

Gula bila tinggi dalam badan tinggikan AGE,

AGE menjana radikal bebas..stres dalaman yang merosakkan dalaman…Melambatkan penyembuhan luka dan duka.

Orang berumur lebih tinggi AGE nya.
Orang diabetes, sakit jantung, sakit kronik,
AGE terbukti lebih tinggi.

Formula gula
Lebih gula, bawa bala.
Minima gula, awet muda. Sihat sejahtera.
Insha Allah..

Mana pilihan kita?

Kredit : Hafiz Sulaiman

Petua Awet Muda Islam

Petua 1 :
Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 :
Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 :
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 :
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Jom tengok tips lain dalam

BENGKAK PERGELANGAN KAKI DI KALANGAN WARGA TUA

“Abang, mak telefon, kata kaki dia bengkak..”

“Jangan risau. Berdiri solat tarawih lama sangat kot”. Itu detik hati saya.

“Tak bahaya ke? Mak ada darah tinggi..”

Saya tergamam. Mungkinkah bengkak di pergelangan kaki berkait dengan penyakit darah tingginya?

Ramai di kalangan warga tua yang mengadu mengalami bengkak di pergelangan kaki. Bengkak ini tidak menyakitkan dan ia akan hilang dengan sendiri setelah beberapa hari, tanpa perlu mengambil apa-apa ubat. Ia tidak bahaya.

Bengkak ini dinamakan ankle edema iaitu pengumpulan cecair pada pergelangan kaki akibat kesan graviti.
Banyak faktor-faktor yang menyebabkan bengkak di pergelangan kaki. Antara puncanya ialah :

1. Berdiri terlalu lama

2. Duduk terlalu lama dalam kereta atau kapal terbang

3. Berat badan yang berlebihan

4. Jika pernah berlaku kecederaan di kawasan itu, bengkak akan lebih mudah berlaku

Jika bengkak kaki berlaku setelah berlaku perkara-perkara di atas, ia tidak merbahaya. Selalunya bengkak itu tidak menyakitkan dan akan berkurangan setelah beberapa hari.

“Cakap kat mak, supaya angkat kaki melebihi paras jantung ketika berbaring. Nanti bengkak itu akan hilang secara perlahan-lahan”.

Saya memberikan beberapa saranan-saranan yang boleh dilakukan di rumah. Jika bengkak itu mulai surut, maka ia tidak menunjukkan tanda-tanda bahaya. Selain itu, bengkak kaki boleh dihilangkan dengan melakukan pergerakan pada otot betis supaya darah dapat dipamkan ke jantung iaitu dengan melakukan pergerakan ringan pada sendi-sendi dan otot betis. Urutan yang ringan pada bengkak itu juga membantu melancarkan perjalanan saluran limfatik.

Jika bengkak itu berulang, pesakit boleh menggunakan stokin khas yang boleh didapati dari farmasi. Penjagaan makanan juga penting. Pesakit dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan ‘low-salt diet’.

Bagi bengkak yang tidak merbahaya, doktor selalunya akan memberikan ubat Frusemide 40mg (diuretic) yang mana air yang terkumpul akan dibuangkan melalui air kencing. Namun ubat ini mempunyai kesan sampingan dan harus diberikan secara berhati-hati kepada pesakit warga emas, terutama jika mereka mempunyai penyakit kronik. Oleh itu ubat ini hanya digunakan setelah mendapat nasihat doktor.

Jika bengkak itu tidak menyusut saiznya, ia adalah tanda bagi komplikasi penyakit yang lebih serius. Warga emas yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes dan darah tinggi harus mendapatkan pemeriksaan yang lebih teliti di hospital, terutama jika bengkak itu tidak berkurangan setelah beberapa hari. Dikhuatiri, bengkak itu menandakan seseorang itu mengalami masalah jantung, ginjal atau hati yang serius.

Sebahagian warga emas mengambil beberapa jenis ubat untuk merawat beberapa penyakit kronik mereka. Ada juga antara ubat-ubatan ini yang boleh menyebabkan bengkak di pergelangan kaki. Beberapa ubat yang diberikan doktor juga boleh menyebabkan bengkak pada kaki. Antaranya :

1. Pil hormon replacement therapy (HRT) dan testosterone

2. Pil untuk penyakit darah tinggi seperti calcium channel blockers (seperti nifedipine, amlodipine, diltiazem, felodipine, and verapamil)

3. Pil yang mengandungi steroids

4. Pil rawatan kemurungan jenis MAO inhibitors (seperti phenelzine dan tranylcypromine) dan tricyclics (seperti nortriptyline, desipramine, dan amitriptyline)

Jadi jika berjumpa doktor untuk mengadu masalah bengkak kaki, saya sarankan agar pesakit membawa ubat-ubatan mereka agar doktor yang memeriksa dapat menyemak ubat-ubatan itu. Doktor akan menghentikan ubat-ubatan itu dan mungkin menggantikannya dengan ubat yang lain bagi mengelakkan bengkak di pergelangan kaki berulang. Saya pernah ditanya oleh seorang rakan yang mengadu bengkak di kaki ibunya.

“Doc, ibu I ada bengkak di pergelangan kaki tapi yang peliknya, dia mengadu sakit pada bahagian itu. Bahaya tak?”

Jika bengkak kaki disertai dengan rasa sakit, selalunya ia menunjukkan masalah yang lebih merbahaya, sama ada infeksi dan gout. Pemeriksaan yang rapi harus dilakukan. Jadi saya mencadangkan agar warga tua yang mengalami masalah bengkak di pergelangan kaki agar menjalani pemeriksaan oleh doktor, terutama jika mereka adalah pesakit kronik seperti seperti hypertensi/darah tinggi, diabetes/kencing manis dan hyperkolestrol.

Saya bimbang bengkak kakinya adalah tanda-tanda komplikasi penyakit kronik seperti kegagalan jantung, buah pinggang atau mungkin hati. Doktor akan memberikan rawatan berdasarkan penyakit yang sebenar, dan bukan hanya untuk menghilangkan bengkak di pergelangan kaki sahaja.

Rujukan :

Goldman L. Approach to the patient with possible cardiovascular disease. In: Goldman L, Ausiello D, eds. Cecil Medicine. 23rd ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2007:chap 48.

Benoit Blondeau; Lawrence L Tretbar; Morgan, Cheryl E.; Simon J. Simonian (2007). Lymphedema: Diagnosis and Treatment. Springer.

#HealthDrZubaidi

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply