DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Kenapa Pencuci Muka Penting ?

Kenapa Pencuci Muka Penting ?

KENAPA PENCUCI MUKA ITU SANGAT PENTING??

Kerana kulit kita sering terdedah dengan persekitaran yang tercemar seperti debu, asap mahupun bakteria. Jadi kita perlu membersihkan kulit wajah daripada segala kotoran yang melekat pada kulit.

Selain itu, ia juga penting untuk membaiki dan memperbaharui sel-sel kulit yang mati.

Sebelum membeli pencuci muka, kita seharusnya sudah mengetahui apakah jenis kulit kita sendiri. Ada yang kulitnya jenis normal, kombinasi, kering, berminyak ataupun jenis sensitif.

Penggunaan pencuci muka yang tidak bersesuaian dengan jenis kulit boleh mengakibatkan ketidakselesaan kulit wajah, jangkitan kuman, kerengsaan dan kulit menjadi semakin kering.

Jadi untuk memiliki kulit wajah yang sihat, lembut dan sempurna tanpa sebarang cela, jadikan amalan mencuci muka itu sebagai rutin penjagaan kulit yang wajib kita lakukan setiap hari..

kredit : Siti Asma

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat