Kenapa Perempuan Bermisai Dan Berbulu Lebat Macam Lelaki ?

Kenapa Perempuan Bermisai Dan Berbulu Lebat Macam Lelaki ?

Ada sesetengah perempuan kurang bernasib baik, ditakdirkan bermisai dan berbulu lebat macam lelaki. Tak tahu nak buat apa, misai tu kalau dicukur takut makin lebat. Tapi takkan nak biar? Lengan pun penuh bulu, segannya. Bulu dada ada, kat payudara pun berbulu. Betis jangan cakaplah. Ada ke lelaki yang nak kat aku? Sebelum bercerita dengan lebih panjang tentang perkara ni, jom saya terangkan kenapa perempuan bermisai dan berbulu macam lelaki.

Perempuan berbulu & bermisai bukannya satu penyakit. Keadaan ini dikenali sebagaiHirsutism iaitu keadaan di mana hormon Testosteron (hormon dominan lelaki) yang lebih banyak berbanding wanita normal. Semua wanita mempunyai hormon Testosteron, tetapi dalam jumlah yang sedikit. Apabila ovari menghasilkan hormon Testosteron yang berlebihan, ia akan menyebabkan:

Anda mempunyai ciri-ciri kelelakian yang terserlah seperti bermisai, berbulu lebat, dan mungkin juga berjanggut.Ciri kewanitaan berkurangan. contohnya rangka badan yang besar, suara garau, dan payudara kecil.Fizikal anda lebih menyerupai lelaki

Apakah Punca Hirsutism?

Berikut adalah beberapa faktor yang menjadi punca kenapa perempuan bermisai dan berbulu lebat macam lelaki:

1. Genetik. Ianya diwarisi dari nenek moyang. Sesetengah keturunan seperti mamak & india biasanya mempunyai bulu yang lebih lebat daripada kaum lain.

2. Obesiti yang mengakibatkan insulin dalam badan tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya.

3. PCOS. Wanita yang mempunyai masalahSindrom Ovari Polisistik atau lebih dikenali sebagai PCOS sememangnya mempunyai masalah hormon tak stabil & mereka cenderung untuk mengalami masalah bermisai & berbulu lebat.

4. Suntikan Testosteron. Bagi mereka yang aktif dalam sukan bina badan, kebiasaanya mengambil suntikan ini untuk membina otot dengan lebih cepat.

5. Sindrom Cushing iaitu keadaan di mana berlaku peningkatan hormon steroid & hormon lelaki androgen dalam badan.

6. Hyperplasia Kongenital Adrenal iaitu keadaan di mana tubuh badan ketiadaan sesetengah enzim lalu menyebabkan hormon androgen lelaki meingkat.

7. Penyakit Akromengali yang berlaku akibat peningkatan hormon tumbesaran secara abnormal & kegagalan insulin.

8. Hiperprolaktinemia iaitu paras hormon Prolaktin yang terlalu tinggi didalam badan. Biasanya hormon ni ada dalam badan wanita yang mengandung & menyusukan.

9. Penyakit masalah ganguan hormon yang lain seperti Endokrin Hipotiroid.

Apa Nak Buat Untuk Mengatasi Masalah Perempuan Bermisai & Berjanggut?

Seperti yang saya nyatakan tadi, ianya berkaitan dengan ketidakstabilan hormon dalam badan. Ada hormon yang berlebihan, ada hormon yang takde. Pendek kata, hormon anda sedang menggila dan berkecamuk dalam badan. Oleh itu, perkara utama yang perlu dilakukan ialah menstabilakan semula hormon dalam badan anda supaya menjadi normal.

sumber : vitaminsaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat