Kenapa Tak Boleh Bagi Bunga Dekat Pesakit Kanser ?

Kenapa Tak Boleh Bagi Bunga Dekat Pesakit Kanser ?

LARANGAN MEMBAWA BUNGA KE WARD?

Satu notis telah dikeluarkan oleh Institut Kanser Negara untuk melarang membawa masuk bunga segar di Wad. Mengapakah bunga segar TIDAK dibenarkan dibawa ke wad pesakit? Bukankah bunga ini dapat menaikan mood pesakit?

Untuk makluman, pesakit di pusat kanser adalah terdiri dari pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi . Pesakit pesakit ini mempunyai tahap ketahanan badan yang lemah dan mudah dijangkiti penyakit.

Oleh itu, bunga hidup yang boleh menjadi tempat pembiakan kuman dan kulat TIDAK dibenarkan dibawa masuk ke dalam wad untuk mengelakkan jangkitan.

Bagaimanapula dengan hospital lain?

Amalan ini bukan suatu perkara yang baru, di UK 9 dari 10 hospital melarang pengunjung membawa bunga segar ke hospital.

Ini untuk mengelakkan masalah ALAHAN dikalangan pesakit. Debunga dari bunga (terutamanya bunga lily ) boleh menyebabkan sesetangah individu mengalami alahan teruk dan menyebabkan serangan astma.

Walaubagaimanapun, saranan ini juga mendapat respon yang berbeza dari pakar lain. Menurut Prof Hugh Pennington,Pakar Microbiologist, risiko jangkitan agak rendah, bunga dapat memberi keceriaan dan kegembiraan kepada pesakit.

Pendapat ini juga di sokong oleh seorang ahli Psychologist, Emma Kenny yang menyebut terdapat banyak kajian yang membuktikan impak bunga kepada psikologi kepada seseorang individu.

Saranan

✅ Pastikan anda tahu apa polisi hospital dan wad- patuhi arahan pihak hospital
✅ Elakkan memberi bunga kepada pesakit yang memiliki tahap imuniti yang rendah seperti pesakit kanser yang sedang menjalani raawatan kemoterapi
✅ Utamakan keselamatan pesakit dan persekitaran hospital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.