DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Kenapa Tak Boleh Memilih Vaksin ?

Kenapa Tak Boleh Memilih Vaksin ?

“Kenapa tidak boleh memilih vaksin? saya berhak untuk memilih. Kenapa halang hak kami?”

Ya. Kami faham mengapa anda kata sedemikian. Sebab semua inginkan terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.

Buat masa ini terdapat 1 jenis vaksin di Malaysia. Namun ianya tidak cukup. Kita juga membeli vaksin daripada syarikat lain agar program vaksinasi kita dapat berjalan dengan lancar dan pantas.

1 vaksin yang telah diluluskan, dan ada 4 lagi vaksin yang sedang dikaji oleh NPRA untuk kelulusan. Oleh sebab itu, semua rakyat pada fasa permulaan ini akan dapat vaksin jenis yang sama.

Namun, bagaimana pula jika vaksin lain diluluskan oleh NPRA? Pastinya ramai yang mohon untuk dapatkan brand tertentu.

Logistik merupakan kekangan utama yang dihadapi jika pemilihan vaksin dibenarkan. Cuba bayangkan jika seorang dalam keluarga memilih vaksin jenis pfizer, seorang lagi memilih jenis vaksin sinovac, dan yang lain memilih astrazeneca. Pastinya pening anggota front liner kita.

Polis pening nak escort vaksin Pfizer dari Hosp A, vaksin Russia di Hospital B, vaksin China di Hospital C.

Jururawat pening nak ambil stok vaksin. Vaksin diambil pula hanya diperlukan satu dos sahaja untuk kampung pisang. Baki dos tidak digunakan sehingga luput dan jadi pembaziran.

Dan stok vaksin yang sampai di lapangan terbang adalah tidak dijangka. Ianya mungkin seminggu sekali, dua minggu sekali. Berbeza-beza mengikut syarikat.

Dan kita sangat-sangat memerlukan vaksin dan perlu diberikan kepada 70% penduduk di Malaysia secepat mungkin. Sebab kita sudah ketinggalan dengan negara lain dan perlu membuka sektor ekonomi secepat mungkin.

NPRA adalah agensi kawalan ubat paling ketat di dunia. Badan ini mengawal ketat semua produk perubatan termasuklah produk-produk supplement seperti timbang kilo dan kosmetik. Jika akan datang, kelulusan diberikan kepada vaksin tertentu, percayalah, ianya selamat dan berkesan untuk pandemik ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: