DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Kenapa Wajib Pakai Topeng ?

Kenapa Wajib Pakai Topeng ?

Ini adalah topeng yang dipanggil surgical mask. Sentiasa pakai sebelah biru diluar dan sebelah putih kearah mulut dan hidung anda.

Lipatan itu dipanggil kedutan atau “pleat”. Ada 6 jenis pleat ini dipanggil kedutan pisau (knife pleat).

Kedutan bertujuan supaya topeng ini boleh dibesar atau kecilkan atas bawah sesuai dengan muka anda.

Kedutan ada lipatan dalam dan lipatan luar. Anda nampak bila anda pakai biru diluar rongga lipatan dalam akan mengadap kebawah. Ini bertujuan supaya sebarang droplet atau particulate tidak dikumpulkan selain permukaan luar ini juga kalis bendalir.

Sebelah putih tidak kalis air tetapi akan menyerap kelembapan nafas anda. Ini bermakna jika anda sakit droplet akan bersama anda dan rongga lipatan juga keatas bermakna droplet akan terkumpul didalamnya.

Jadi ada yang mengatakan bahawa pakai topeng biru kedalam dan putih keluar jika sakit adalah tidak benar sama sekali.

USA hari ini meminta semua rakyatnya memakai topeng walaupun tidak sakit. WHO saya rasa dalam beberapa hari lagi akan juga menetapkan pemakaian topeng sebagai perlu walaupun selama ini mereka melarangnya jika anda tidak sakit.

Anda boleh buat topeng sendiri mengikut tatacara tertentu. Di Jepun dan USA home made mask telah dimulakan.

Jika tidak ada topeng komersil home made mask adalah lebih baik daripada tanpa sebarang perlindungan. Ia bukan sahaja sains tetapi pertimbangan akal yang waras kerana virus boleh menjadi aerosol dan terapung 2 meter di udara. Ini kajian yang dibuat pada tahun 2013 tentang home made mask.

@petuabonda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat