KERJAYA – 3 Cara Buat Duit Yang Berkesan

kerjaya.jpg

Umumnya, ada 3 jenis kerjaya yang kita perlu pilih, untuk jaga mak ayah dan tanggung keluarga. Kita boleh makan gaji, nak kerja sendiri atau cuba berniaga. Apa kelebihan & kelemahan kerjaya-kerjaya ini?

(1) Makan Gaji

Makan gaji atau kerja dengan orang ni, boleh kata yang paling selamat lah. Sebabnya, kalau MC seminggu pun, gaji masih jalan. Mengular atau malas seminggu pun, duit gaji masuk. Kalau sakit pun, bil hospital majikan boleh tanggung.

Cuma, jadual kerja kita agak ketat. Biasanya, masuk kerja pukul 8.00 pagi & balik jam 5.00 petang setiap hari. Rajin macam mana pun, jumlah gaji yang masuk sama saja setiap bulan. Melainkan ada bonus tahunan atau kenaikan gaji.

(2) Kerja Sendiri

Atau bahasa hipster, FREELANCER. Macam buat video, jadi photographer, web designer, dsb. Lebih kurang macam kerja juga, bezanya kita adalah bos kita sendiri. Boleh buat kerja sendiri-sendiri, suka hati nak berapa gaji & bebas suka hati.

Cuma, kita lah bos & kita lah kuli. Dari A sampai Z, memang kita buat semuanya sendiri. Demam ke ICU ke, tiada siapa nak bagi kita cuti. Lagi-lagi kalau dapat client yang tidak peduli. Kita emergency macam mana pun, nak projek dia siap hari ini!

(3) Berniaga

Orang kata, 9/10 rezeki adalah daripada berniaga. Lagipun, semua Billionaire di dunia memang berniaga. Tiada satu pun yang makan gaji atau kerja sendiri rasanya. Kalau kena caranya, perniagaan memang bertahan bergenerasi lamanya.

Cuma, terlalu banyak perkara nak belajar mula-mula. Daripada modal, pemasaran ke pengurusan, kita perlu tahu semuanya. Jika tidak, memang kena tipu dengan supplier, partner atau client saja. Dan, memang struggle betul masa mula-mula.

Admin yang mana? Admin dibayar upah dengan mengurus Fan Page ini. Jadi, sudah tentu bias kerja sendiri tu saja . Cuma ada lah berniaga Shaklee sambil-sambilan juga. Ya lah, tengok pengedar Shaklee yang lain ni banyak yang kaya raya. Kalau diberi pilihan, korang nak yang mana? Makan gaji, kerja sendiri atau berniaga?

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu