DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Kes Baharu Covid-19 Meningkat Kerana Saringan PERKESO

Kes Baharu Covid-19 Meningkat Kerana Saringan PERKESO

Setakat 16 Disember 2020, kes baharu positif COVID-19 masih kekal 4 angka. Hari ini jumlah kes baharu 1,295. Namun begitu, kita perlu tahu bahawa peningkatan kes yang mendadak di beberapa negeri disebabkan saringan bersasar yang dijalankan oleh PERKESO dan majikan-majikan berdasarkan lokaliti zon merah yang mempunyai kepadatan pekerja yang tinggi melalui Program Saringan COVID-19 Bagi Pekerja Asing Menggunakan Kaedah RTK Antigen. Negeri-negeri yang terlibat adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Sabah serta dua wilayah persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Labuan.

Ujian saringan ini dilakukan secara berkala di daerah-daerah yang dikenal pasti seperti Klang dan Seremban bermula 1 Disember 2020 serta lain-lain daerah zon merah di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada 9 Disember 2020. Bermula 16 Disember 2020 pula, ujian saringan ini akan dijalankan ke seluruh negeri Sabah, WP Labuan dan lain-lain daerah di Selangor, P.Pinang dan Negeri Sembilan.

Hasil saringan bersasar ini, beberapa kluster baharu telah dikesan yang melibatkan pekerja asing seperti Kluster Tapak Bina Rimbun (Negeri Sembilan), Kluster Tapak Bina Cendana, Tapak Bina Condong, Kluster Tapak Bina Jalan Stadium, Kluster Tapak Bina Laut, Kluster Tapak Bina Matahari dan Kluster Tapak Bina Permai (KL) serta Kluster Tapak Bina Jalan Bukit (Selangor). Mereka yang dikesan positif akan ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC). Sebagai contoh, di Lembah Klang mereka ditempatkan di PKRC MAEPS dan Negeri Sembilan di PKRC Politeknik Port Dickson.

Walaupun kes baharu semakin meningkat, ia disebabkan ujian saringan bersasar yang dijalankan ke atas pekerja-pekerja asing ini. KKM menjangkakan kes dan kluster baharu akan terus meningkat dalam waktu terdekat.

Perlu diingat, virus ini telahpun berada dalam komuniti. Kita perlu mematuhi nasihat kesihatan oleh KKM dan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jadikan amalan membasuh tangan dengan air dan sabun serta elakkan sembang dalam jarak 1 meter menjadi budaya baharu kita semua.

Gambar ehsan BH Online

#kkm
#kitamestimenang

Leave a Reply

%d bloggers like this: