DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Kes Covid19 ICU Makin Tinggi

Kes Covid19  ICU Makin Tinggi

Pada 7 Mei 2021, saya ada melaporkan jumlah kes COVID-19 yang dirawat di ICU termasuk yang disahkan (confirmed), dalam siasatan dan sedang menunggu keputusan (suspected and probable) telah mencecah lebih 500 kes, yakni jumlah tertinggi semenjak pandemik ini bermula.

Kes-kes “suspected” dan “probable” COVID-19 juga perlu dirawat dengan menggunakan tatacara pencegahan dan kawalan infeksi yang sama seperti kes-kes positif COVID-19 di ICU / katil kritikal.

Pada hari ini, jumlah kes dirawat di ICU telah pun mencecah 641 kes. Ini termasuk 469 kes disahkan COVID-19 di mana 244 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kes-kes ICU ini bukanlah angka statistik semata-mata. Setiap satu daripadanya adalah seorang ayah, ibu, abang, kakak, adik atau sahabat karib seseorang.

Banyak wad ICU kita telah penuh dengan pesakit COVID-19 dan hospital telah menukar fungsi (repurpose) lain-lain kawasan di dalam hospital seperti wad biasa menjadi ICU.

Di musim perayaan ini, saya menyeru kita terus istiqamah mematuhi semua SOP dan beraya dengan cara sederhana dalam keluarga kecil kita sahaja. Aktiviti ziarah juga tidak dibenarkan.

Lindungilah ahli keluarga kita yang tersayang, terutamanya warga emas, kanak-kanak dan ibu mengandung daripada risiko jangkitan virus ini.

Menyelamatkan nyawa itu lebih penting dalam situasi seperti ini. Semoga kita dipanjangkan umur dan bersua kembali dengan Ramadhan dan Syawal pada tahun hadapan, Insya Allah.

Facebook Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Leave a Reply

%d bloggers like this: