DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Kes Sporadik Covid-19 Lembah Klang

Kes Sporadik Covid-19 Lembah Klang

KES SPORADIK DAN KES TIDAK BERGEJALA COVID-19 TERUS MENINGKAT DI LEMBAH KLANG

Dari 1 Januari 2021 hingga 19 Jun 2021 (Minggu Epidemiologi (ME) ke-24/2021), Malaysia telah merekodkan sebanyak 578,105 kes COVID-19. Daripada jumlah tersebut sebanyak 398,846 kes (69.0 peratus) adalah kes sporadik di mana negeri tertinggi yang melaporkan kes sporadik adalah:
• Selangor – 151,725 kes (38.0 peratus);
• WP Kuala Lumpur – 44,517 kes (11.2 peratus);
• Sarawak – 40,889 kes (10.3 peratus).

Kes-kes sporadik bermaksud kes-kes yang dikesan di dalam komuniti dan tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada. Kes-kes sporadik ini dikesan melalui saringan di tempat kerja, saringan dalam komuniti, ataupun dari saringan kes bergejala. Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kes sporadik tersebut tidak bergejala tetapi masih boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka yang tidak mengamalkan SOP dengan betul.

Lembah Klang adalah sebuah kawasan yang terdiri daripada WP Kuala Lumpur dan pinggir bandarnya, serta meliputi kawasan bandar dan bandaraya di negeri Selangor. Pada ME ke-24, Lembah Klang mencatatkan jumlah kes sporadik tertinggi di Malaysia. 3 daerah tertinggi melaporkan kes COVID-10:
• Daerah Petaling – 3,905 kes;
• Daerah Hulu Langat – 2,783 kes;
• Daerah Klang – 2,482 kes.
Gambar di lampiran adalah taburan pemetaan kes sporadik (biru) dan kes kluster (merah) di kawasan Lembah Klang bagi ME ke-13 sehingga ME ke-24. Dapat dilihat dengan jelas pertambahan kes sporadic. Taburannya makin meluas dan ketara. Walaupun PKP 3.0 yang diumumkan pada 12 Mei 2021 (ME ke-19) dilihat telah berjaya mengawal peningkatan kes-kes kluster pada ME ke-24, namun kes-kes sporadik masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara (lihat graf).

Oleh itu, KKM ingin menyeru masyarakat untuk terus konsisten dalam mematuhi sepenuhnya SOP dan mengamalkan Tindakan Kesihatan Awam Kendiri sebagai salah satu langkah mendepani peningkatan kes-kes sporadik dan kes COVID-19 tidak bergejala khususnya di kawasan sesak dan berisiko tinggi. Duduklah di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar.

Leave a Reply

%d bloggers like this: