DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Kesihatan Mental Bergantung Apa Yang Kita Makan

Kesihatan Mental Bergantung Apa Yang Kita Makan

Mental Health

Ada soalan kepada ahli panel tentang kaitan pemakanan dan kesihatan mental

Kata Dr Rustam, pakar psikiatri.. memang apa yang kita makan ada kaitan dengan mood dan kesihatan mental kita

Kata Dr, cili padi (ada kandungan capsaicin) dan kunyit (ada kandungan curcumin) adalah antara MOOD BOOSTER.

Tambah Dr lagi, GULA sebenarnya MOOD KILLER. Tapi kita ni bila stress mesti nak cari benda manis nak makan kan? Nak coklat la, aiskrim la.

Sebab, bila kita stress.. otak akan hantar signal tak cukup gula, tu yang kita jadi crave for sugar.

So kita pun makan la, konon nak cari mood booster. Bahaya nya gula, mood kita akan jadi yo-yo bila sugar spike kesan kita ambil manis2 tu. lebih mudah mood swing, bahaya!

Sebab tu penting nya kita ni ambil cukup protein, protein akan bantu kita kenyang dan otak takkan hantar signal lapar dan kita takde la nak makan walaupun tak lapar. Dan, protein pun penting untuk seimbangkan hormon. Bila kurang hormon gembira (endorphin, oxytocin) dan lebih hormon stress (cortisol), protein yang cukup akan Bantu seimbangkan balik. So kita pun takde la stress sampai depress.

Macam tu jugak dengan vitamin B dan omega3. Pun mood booster.

Vitamin B, perlu cukup seimbang kesemua 8 komponen baru ianya berkesan.

Omega3, banyak dalam ikan dan kekacang. Omega3 tu sendiri bagus untuk kesihatan otak dan bersifat anti-Radang. Bukan setakat kurangkan stress tapi bila kita stress, omega3 kurangkan kesan terhadap tekanan darah, jantung dan salur darah. Takde la kena hypertension, penyakit kardiovaskular, strok.

In conclusion, even kesihatan mental (dan mood) kita pun sangat berkaitrapat dengan apa yang kita makan. You are what you eat. Sebab tu penting sangat untuk sihatkan perut supaya apa yang kita makan, dapat diserap dan berkesan untuk kesihatan optimum. Inshaa allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.