Khasiat Buah Aprikot

buah aprikot

Khasiat Buah Aprikot ? Macam macam perkara baik tentang buah nih . Jadi marilah kita baca sikit pasal benda nih. Mana tahu lepas ni nak beli.

Khasiat Buah Aprikot

1. Melegakan Sembelit

Penyelidikan yang terdapat dalam World Journal of Gastroenterology menunjukkan aprikot kaya dengan serat dan dikatakan amat baik untuk membantu melancarkan pergerakan usus. Disebabkan itu jugalah buah aprikot amat disyorkan buat mereka yang mengalami masalah sembelit dengan kerap .

2. Menguatkan Tulang

Buah aprikot dikatakan mengandungi hampir kesemua mineral yang diperlukan untuk pembentukan tulang seperti kalsium, fosforus, mangan, besi dan tembaga. Sebab itu jugalah dengan memakan aprikot dikatakan mampu memastikan pertumbuhan dan pembentukan tulang dengan sihat. Ia juga dikatakan mampu mencegah masalah tulang berkaitan usia seperti osteoporosis.

3. Memperbaik Kesihatan Jantung

Memakan buah aprikot dikatakan cara terbaik untuk melindungi jantung daripada pelbagai penyakit termasuklah atherosclerosis, serangan jantung dan stroke. Semua ini berikutan dengan kandungan vitamin C, potassium dan serat pemakanan yang ada dalam buah aprikot menyumbang kepada kesihatan kardiovaskular.

4. Memperbaik Metabolisme

Tahap cecair di seluruh tubuh bergantung sepenuhnya pada dua mineral iaitu potassium dan sodium. Kandungan tinggi potassium dalam aprikot telah dikaitkan dengan kemampuan mengekalkan keseimbangan cecair dalam tubuh, sekaligus memastikan tenaga dibahagi-bahagikan dengan sempurna pada organ-organ dan otot-otot.

5. Melegakan Sakit Telinga

Minyak aprikot dikatakan baik untuk sakit telinga. Dengan menitikkan beberapa titisan minyak pada lubang telinga yang bermasalah dikatakan mampu melegakan masalah tersebut. Menurut saintis, kehadiran antioksidandalam minyak pati aprikot dikatakan bertangunggjawab dalam melegakan sakit telinga.

6. Melegakan Demam

Jus aprikot dikatakan boleh diberikan kepada mereka yang mengalami demam kerana ia menyediakan vitamin, mineral, kalori dan air yang diperlukan tubuh. Pada masa yang sama ia mampu menyahtoksid pelbagai organ tubuh.

7. Mengurangkan Keradangan

Sifat antikeradangan yang terdapat dalam buah aprikot dikatakan mampu memberi kesan pada suhu keseluruhan tubuh ketika dalam keadaan sakit. Pesakit arthritis dan gout dikatakan boleh memakan buah aprikot jika mereka mahu mengurangkan keradangan pada bahagian tubuh mereka.

8. Membantu Merawat Anemia

Aprikot mengandungi besi dan teLehambaga yang dikatakan mampu membantu dalam pembentukan haemoglobin. Ini menyebabkan buah aprikot baik dimakan untuk membantu dalam merawat anemia.

9. Merawat Masalah Kulit

Minyak aprikot dikatakan baik untuk penjagaan kulit kerana ia mengandungi vitamin A. Ia mudah meresap pada kulit dan memastikan kulit tidak rasa berminyak sebaik disapu. Selain mampu digunakan untuk mengekalkan kulit halus dan bersinar, ia dikatakan juga mampu memperbaiki sejumlah penyakit kulit termasuklah ekzema, kegatalan, kulit buta dan masalah kerengsaan.

10. Melegakan Simptom-Simptom Asma

Minyak aprikot dikatakan mengandungi sifat-sifat antiasma secara semulajadi dan dikatakan mampu membantu memberi kelegaan terhadap penyakit dan simptom-simptom asma. Minyak patinya dikatakan mengandungi perangsang dan agen meningkatkan perembesan bronkial.

Banyak khasiat buah aprikot nie, rasa nye pun sedapp sangat Kak Ya selalu makan yang kering je, dapat buah yg fresh sedap juga. Info sihat dari Kak Ya Leha Yusuf

KAPSUL BIJI APRIKOT NDLIFE

dirumus daripada 100% biji aprikot segar yang mengandungi Amygdalin (Vitamin B17) yang tinggi, Vitamin B15, Karbohidrat, Lemak tanpa kolestrol, Serat fiber serta Protein yang sangat sesuai untuk keperluan tubuh badan. Antara Khasiat Dan Kebaikan Biji Aprikot Ndlife

  • Mencegah dan merawat pelbagai jenis kanser.
  • Mengurangkan berat badan, tekanan darah tinggi dan kolestrol dalam darah
  • Meningkatkan sistem pertumbuhan dan perkumuhan
  • Menguatkan jantung dan sistem peredaran darah
  • Berfungsi sebagai tonik dan antioksida yang dapat menyingkirkan toksin dalam badan.
  • Memberi tenaga
  • Memelihara kulit
  • Merawat masalah kesihatan wanita seperti fibroid, cyst, senggugut dan masalah kesuburan,
  • Meningkatkan sistem imun badan
  • Melegakan sistem pernafasan
  • Mengatasi gastrik dan migrain.
  • Membantu pesakit strok.
khasiat buah aprikot kering

Apricot Bantu Sistem Pelawasan ?

Ada sahabat2 CikDah yang merancang untuk pregnant, sedang pregnant ataupun berpantang?

Hari ni CikDah nak share bab makanan dan amalan kesihatan untuk ibu2 je.

Aprikot dan buah tin ni sangat membantu sistem pelawasan. In shaa Allah tak kan alami kengerian sembelit masa ngandung dan berpantang. Yang pernah alami, mesti seram kn?

Anemia ni pn buat ramai ibu2 pening. Dah la badan kita lemah. Sampai klinik, kne dgr nurse bebel2 plak. Serabut mood ibu ngandung ni. Pas bebel tu dia bg plak vitamin yang x sedap rasa besi tu kn? Hahaha. Serik CikDah.

Risiko GDM/ diabetis masa pregnant dapat dikurangkan sb buah tin n aprikot ni blh kawal kandungan gula dlm darah kita. Kalau rasa nak kudap2 tu, mkn je kudapan sihat gini. Tak risau. Ibu dan anak pun dapat khasiat.

Apa lagi khasiatnya? Dia ada beta karotin yg baik utk mata ibu dan bayi dalam kandungan atau yg menyusu dr ibu. Kulit cantik, infection V@gina pn dpt dielakkan. Rasa mual dan kembung perut juga dapat diatasi.

Pendek kata memang byk manfaat la. Lenguh pulak nak taip byk2 ni. Yang bukan ibu hamil n menyusukan pun boleh amalkan ni. Lelaki pun boleh amalkan. Ni kan makanan kesihatan.

Khasiat Buah-buahan Kering Untuk Pembesaran Payudara

  • Aprikot dan kurma boleh meningkatkan prolaktin, iaitu hormon yang merangsang tubuh anda untuk menghasilkan susu.
  • Aprikot mengandungi khasiat penting seperti serat, vitamin A, vitamin C dan kalium.
  • Aprikot kering mengandungi jumlah estrogen yang tinggi iaitu 445mcg / 100g.

Jika anda tidak menyukai aprikot, kurma kering dan prun juga boleh dimakan untuk membesarkan dan menegangkan payudara anda.

Kurma mengandungi banyak sumber vitamin dan mineral. Ia merupakan sumber tenaga, gula dan serat yang baik.

Kurma mengandungi mineral penting seperti kalsium, besi, fosforus, natrium, kalium, magnesium dan zink serta vitamin seperti thiamin, riboflavin, niacin, folat, vitamin A dan vitamin K.

Selain itu prun kering, aprikot, strawberi, raspberi, tembikai, epal, ceri, plum yang sangat baik untuk pertumbuhan payudara anda.

Tambahan lagi buah-buahan ini dikatakan mengandungi lignan iaitu sejenis serat yang merangsang pertumbuhan payudara dengan bertindak seperti estrogen di dalam badan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply