KHASIAT EPAL HIJAU – Kurangkan Risiko Sakit Jantung Kolesterol

KHASIAT EPAL HIJAU – Kurangkan Risiko Sakit Jantung Kolesterol

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari adalah amat digalakkan kerana khasiat epal hijau itu sendiri. Lebih-lebih lagi kepada individu yang ingin menurunkan berat badan, ini kerana epal hijau mampu mengurangkan kolesterol dalam badan.

Apa Itu Epal ?

Epal merupakan sejenis buah yang ditanam secara meluas di Asia Barat. Buah ini terdiri daripada dua warna iaitu warna merah dan warna hijau. Kebanyakkan orang lebih berminat mengambil buah epal yang berwarna merah kerana ianya berasa lebih manis berbanding epal hijau. Namun demikian, epal hijau mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding epal merah kerana ianya mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Khasiat Epal Hijau Dengan Pelbagai Zat

  • Zat besi
  • Magnesium
  • Potasium
  • Kalsium
  • Sodium
  • Vitamin C
  • Vitamin A
  • Vitamin B
  • Sumber serat

Khasiat Epal Hijau Dalam Amalan Hidup Sihat

  • Mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
  • Membantu mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.
  • Merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Khasiat Epal Hijau Dalam Kecantikan

Tahukah anda, epal hijau juga mampu mencantikan kulit anda? Di mana epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau secara nipis, kemudian rendamkan di dalam air batu selama lima minit. Setelah itu letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda pasti akan dapat merasakan kesegaran pada kulit muka anda. Jika ianya diamalkan selalu, ia mampu melincinkat kulit muka anda.

Beza Epal Hijau dan Epal Merah

Walaupun kedua-dua buah ini buah epal, namun masih terdapat perbezaan yang ketara di antara kedua-dua buah epal ini. Antara perbezaan buah epal hijau serta buah epal merah ialah seperti:

  • Kandungan gula: Didapati buah epal merah mempunyai lebih banyak kandungan gula di dalamnya berbanding buah epal hijau. Hal ini justeru menjadikan buah epal hijau buah yang lebih digemari bagi golongan yang ingin berdiet dan mengamalkan gaya hidup sihat
  • Kandungan asid: Dipercayai juga kandungan asid malic dalam epal hijau jauh lebih banyak berbanding epal merah. Hal ini kerana seperti yang kita ketahui epal hijau mempunyai sifat asidik yang terbukti melalui rasanya yang masam dan bukan seperti epal merah yang rasanya manis. justeru itu, ini membuktikan bahawa epal hijau lebih sesuai digunakan untuk golongan yang dipercayai mempunyai masalah batu karang. Hal in kerana sifat asidik epal hijau serta khasiatnya dapat membantu mencegah masalah kesihatan seperti ini.
  • Kandungan antioksidan: Berbanding kedua-dua epal ini, didapati kandungan antioksidan lebih tinggi dalam epal merah berbanding epal hijau. Antioksidan sangat penting dalam badan kerana dapat mencegah berlakunya sebarang masalah kesihatan yang diakibatkan oleh radikal bebas dalam badan. Justeru itu, masalah kesihatan ini yang tidak diingini dapat dicegah sekiranya mengambil epal merah secara berlebihan.
  • Rasa: Perbezaan seterusnya berbanding kedua-dua epal ini ialah rasa. Kedua-dua epal ini mempunyai rasa yang berbeza dan dapat dibezakan melalui rasanya yang kontras. Epal merah lebih kepada rasa manis dan ini digemari oleh kanak-kanak kecil. Epal hijau pula berasa masam dan jarang disukai oleh kanak-kanak kecil malah orang dewasa pun ada segelintir yang tidak menyukainya.

sumber: blog.mohdisa , doctoroncall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.