KHASIAT MINYAK IKAN – Ajaib Sangat Ke Sampai Ramai Suruh Ambil ?

KHASIAT MINYAK IKAN – Ajaib Sangat Ke Sampai Ramai Suruh Ambil ?

Alhamdulillah, bangun pagi jumaat ini macam biasa kita update blog tentang khasiat minyak ikan. Cerita dia pagi ini tentu sekali tentang minyak ikan. Biasalah, sekarang ini ramai jual minyak ikan, sampai aku pun tertanya-tanya, ajaib sangat ke minyak ikan ini ? banyak khasiat ke ? aku pun jual jugak. hahhaha. Oklah, nak tahu dia ini power ke tidak, aku listkan beberapa kelebihan yang best tentang minyak ikan.

Khasiat Minyak Ikan

Nak banyak pasal minyak ikan ini banyak source dekat facebook dan macam-macam lagi. Tapi kalau nak lagi best, boleh try omega guard shaklee. Nak beli, boleh call kami, oklah baca dulu khasiat fish oil ini kat bawah dulu.

1. Mencegah Stroke dan Sakit Jantung

Dalam beberapa kajian yang dibuat, kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan mampu untuk menurunkan paras trigliserida (yang berkaitan dengan kolestrol ). Jadi menurunkan paras kolestrol ini sangat penting untuk mencegah serangan jantung dan stroke. Kajian awal juga mendapati minyak ikan juga dapat mengurangkan kerosakan sel pada otak, dan kajian ini diharap dapat membantu pesakit stroke yang hanya bergantung pada ubat semata-mata. Baca manfaat minyak ikan kepada pesakit stroke di sini. Walaubagaimanapun, beberapa kajian juga menunjukkan pengambilan minyak ikan berlebihan sebenarnya boleh membawa risiko strok. 

2. Untuk Kesihatan Tulang dan Sendi

EPA dan DHA membantu mengurangkan keradangan pada sendi. Ianya membantu mengurangkan simptom seperti kaki kejang di waktu pagi, bengkak sendi atau sakit sendi. Pengambilan omega-3 membantu mengimbangkan omega-6 dalam badan, yang boleh mengurangkan sakit sendi. Baca lagi cerita yang menarik tentang pesakit sendi yang mengambil khasiat minyak ikan di sini.

3. Baik Untuk Pengidap Asthma

Pengidap Asthma boleh mengamalkan minyak ikan, di mana, ianya membuatkan paru-paru menjadi sihat, dan memudahkan mereka bernafas. Kajian menunjukan penggunaan minyak ikan membantu pesakit asthma untuk bernafas, dan seterusnya mengurangkan pengambilan ubat yang berkaitan. Cerita menarik tentang merawat asthma boleh dibaca di sini.

4. Bagus Untuk Ibu Mengandung

Bagusnya omega-3 ini adalah untuk ibu dan anak dalam kandungan. Ibu yang mengambil omega-3 boleh mengurangkan risiko stress. Selain itu ianya dapat mengawal berat badan dan kencing manis. Bagi bayi pula, ianya penting untuk tumbesaran, mengelakkan bayi-pramatang, mengelakkan dari keguguran dan bagus untuk perkembangan otak bayi.

5. Mengurangkan Berat Badan

Sebelum ini, wife pernah menulis tentang seronoknya berat badan tidak naik mendadak semasa mengandungkan anak kedua. Minyak ikan didapati membantu untuk mengurangkan berat badan. Kajian menunjukkan minyak ikan mampu untuk menurunkan berat badan. Anda boleh baca 3 cara bagaimana minyak ikan dapat membantu menurunkan berat badan di sini. Kajian lain juga mendapat, minyak ikan juga bagus untuk kesihatan otot, di mana, otot yang sihat dapat membantu meningkatkan metabolisme, dan seterusnya mampu membakar lemak.

6 thoughts on “KHASIAT MINYAK IKAN – Ajaib Sangat Ke Sampai Ramai Suruh Ambil ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat