DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Khasiat Oregano

Khasiat Oregano

^^ Setengah sudu oregano kering mmpunyai kandungan antioksida.

^^ Dari segi kesihatan, ia dapat mengatasi gangguan penghadaman & mengurangkan migrain.

^^ Penggunaan yg kerap boleh mengelakkan demam, influenza & sakit perut.

^^ Membantu menenangkan tidur. Kandungan timol dalam jumlah yang banyak menyebabkan oregano
mempunyai sifat antiseptik & digunakan sebagai ubat luaran.

^^ Selain tu, bakteria yang ada pada oregano listeria Monocytogenes dikatakan mampu memastikan makanan tahan lagi lama.

^^ Bagi sesiapa yg sakit tekak @ kerongkong, minum daun oregano yang segar @ kering.

^^ Untuk masalah penghadaman, minum air yang dihasilkan oleh daun oregano yang di parut bersama ibu kunyit bersama asam jawa & gula melaka.

OREGANO SEGAR

~ Komplek & menarik, turut dijadikan sebagai ulam.
~ Mencantikkn kulit & melancarkan peredaran darah jika mengamalkan makan daun oregano sebagai ulaman.
~ Rasa & aroma yang menarik & xtenggelam dengan bahan lain. Oregano yg berkualiti tinggi sangat berperisa.
~ Daun yg segar & beraroma boleh membuka selera makan seseorang.

OREGANO KERING

~ Lebih disukai kerana rasanya yang berempah dan sering digunakan untuk hidangan pasta, sos pasta, masakan makanan laut, piza & lain2 sebagai penambah perisa.

PERSAMAAN PENGGUNAAN
”OREGANO SEGAR & OREGANO KERING”
1 sudu besar oregano segar = 1 sudu teh oregano kering
1 auns oregano segar = 1 sudu teh oregano kering
1 sudu teh oregano kering = 1 sudu teh minyak oregano

TIP MEMASAK MENGGUNAKAN OREGANO

> Jika guna oregano segar, buang batangnya & ambil daun saja
> Jika korang nak guna batangnya tuk masakan, korang perlu mengikat sejumlah oregano tersebut.
> jangan masukkan oregano terlalu bnyak dalam masakan kerana ia agak pahit.
> Korang boleh pilih daun selasih @ daun pudina untuk ganti kepada oregano dalam masakan.
> Oregano sesuai untuk masakan yang berasaskan bahan sos tomato seperti spaghetti, pasta, piza, & sebagainya.
> Bawang putih, daun selasih, parsli, & minyak zaitun adalah bahan yang saling melengkapi dengan oregano.

FAKTA

Di Filipina – Oregano dikatakan sebagai ubat yg menenangkan, ia bukan saja digunakan untuk menambah perasa pada makanan tapi dijadikan bahan tuk menyembuhkan batuk pada kanak2.

Oregano juga adalah bahan yang sangat penting untuk di gunakan dalam masakan di negara Itali, Sepanyol, & Perancis.

Pada masakan Itali, oregano banyak di gunakan dalam hidangan piza @ makanan yang menggunakan sos tomato kerana baunya yang kuat & pedas.

Oregano mempunyai perisa yang kuat, tapi baunya akan hilang jika dimasak terlalu lama terutama jika herba yg segar di gunakan.

Info: Ayda

Leave a Reply

%d bloggers like this: