Khasiat Ulam Untuk Wanita Sihat Berpantang

khasiat ulam

Khasiat Ulam ? MAKAN ulam baik untuk kesihatan ? Ayat itu sudah biasa didengar, tetapi tidak semua mengetahui akan khasiat sebenar yang terselindung di sebalik ulam-ulaman yang banyak dijual di Pasar Malam Sayur Kampung, Chow Kit, Kuala Lumpur ini.

  1. Dahulu, ulam mungkin hanya terkenal di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Tetapi, kini hidangan ulam-ulaman semakin digemari warga kota termasuk masyarakat bukan Melayu, malah turut menjadi antara hidangan wajib di hotel-hotel terkemuka.
  2. Ulam adalah sayuran atau tumbuhan yang dimakan mentah atau sekadar dicelur iaitu direndam sekejap di dalam air panas. Ada juga sesetengah ulam perlu direbus terlebih dahulu, baru sedap dimakan seperti ulam pucuk ubi. Biasanya ulam dijamu bersama sambal belacan, budu atau cencaluk untuk dimakan bersama nasi.
  3. Ulam diambil daripada pelbagai bahagian sesuatu pokok atau tumbuhan yang boleh dimakan, antaranya pucuk, daun, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunganya.
  4. Ada antara ulam cukup popular dan mudah didapati di pasaran seperti rebung, cekur manis, jering, petai, ulam raja dan sebagainya.
  5. Sementara ulam beluntas, pucuk betik, pucuk kadok dan pucuk gajus antara ulam yang sukar dicari, malah ia juga kurang dikenali walaupun dalam masyarakat Melayu itu sendiri.
  6. Ulam dikatakan mempunyai banyak khasiat sebab ia dimakan secara mentah atau tidak dimasak terlalu lama.
  7. Justeru, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium yang terdapat dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba.

Kenapa Ulam Bagus ?

  1. Selain itu, ulam juga dikatakan membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan perkumuhan.
  2. Antaranya, ulam pegaga yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak serta dikatakan dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.
  3. Kangkung pula sejenis sayuran yang murah dan mudah diperoleh kerana tumbuh secara meliar di tepi-tepi sumber air, dikatakan dapat membantu mengurangkan kesakitan penyakit buasir, sakit kepala dan boleh digunakan untuk melebatkan rambut.
  4. Jering pula didapati mengandungi banyak zat, antaranya protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin A, B dan C. Biarpun rasanya pahit dan berbau, ia juga dikatakan menjadi penawar kepada pesakit kencing manis.

Ulam Petai

  1. Sementara petai juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus. Kandungan lain yang ada dalam petai adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
  2. Khasiat petai bergantung kepada umur dan kesegaran biji petai tersebut. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat, dikatakan kurang mempunyai kandungan khasiat yang tinggi. Biji petai dikatakan berkesan merawat penyakit jantung, kencing manis, mencuci buah pinggang dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
  3. Disebabkan khasiat yang terselindung, ulam-ulaman diminati ramai biarpun rasanya pahit dan baunya busuk.
  4. Sebolehnya, jadikanlah ulam sebagai makanan wajib dalam hidangan kerana selain ia mampu membuka selera, turut ‘dijamu’ khasiatnya yang tinggi tidak kira dari segi pemakanan mahupun perubatan.

sumber: fb info cara kurus

Makanan Untuk Ibu Berpantang

APA YG BOLEH & TAK BOLEH KETIKA BERPANTANG. khasiat ulam ?
@PetuaDankesihatan

  • Ikan kembung – gatal
  • Ikan keli – bisa
  • Ikan siakap – boleh menyebabkan bentan
  • Ikan sardin – gatal

Semua makanan dalam tin – tinggi garam , angin dan bisa
Sayur kangkung – sejuk dan angin
Timun – sejuk
Terung – sejuk dan boleh menyebabkan bentan
Nenas – tajam dan boleh menyebabkan bentan
Kacang tanah – angin dan takut anak ada elergik.
Telur – gatal

Paling dielakkan oleh ibu bersalin czer kerana boleh menyebabkan luka czer menjadi gatal dan bernanah.

Elakkan makanan bersantan dan pedas!

Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang:-

  • ✅ Ikan kerisi
  • ✅ Ikan selar
  • ✅ Ikan gelama
  • ✅ Ikan merah
  • ✅ Daging
  • ✅ Sayur sawi
  • ✅ Sayur carrot
  • ✅ Sayur brokoli
  • ✅ Buah oren manis
  • ✅ Kismis
  • ✅ Kurma
  • ✅ Madu
  • ✅ Habbatussauda’
  • ✅ Susu kambing
  • ✅ Halia
  • ✅ Bawang putih
  • ✅ Lada hitam
  • ✅ Ulam pegaga

Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng , contoh ayam goreng , ikan goreng .

Jenis masakan paling disyorkan ;
? Sup
? Bakar
? Rebus

  • Jenis minuman disyorkan ;
  • ? Jus oren manis – bagus untuk luka
  • ? Air milo panas
  • ? Teh dan kopi panas – boleh mula pada minggu kedua berpantang sebab angin
  • ? Air rebusan daun sireh dan manjakani dan campur gula batu
  • ? Air rebusan kunyit
  • Air sejuk dan air batu (ais) wajib pantang sampai 100 hari buat ibu berpantang yang bersalin normal Buat ibu bersalin czer wajib pantang sampai 1 tahun .

? Ibu berpantang disyorkan makan secara kerap tapi dalam portion sederhana .

? Elakkan makan nasi sehingga bertambah 2-3 pinggan ya , nanti perut ibu senang buncit dan menggeleber .

? Kerapkan minum air , minum air tidak menyebabkan miss v basah atau berair seperti anggapan sesetengah orang. Tapi kalau ibu kurang minum air , anda akan cepat lesu dan pengeluaran susu turut terjejas .

Selamat Berpantang Mommy!

ORANG MENGANDUNG MAKAN DURIAN? TAK BAHAYA KE?

Meriah sungguh timeline Facebook, Twitter dan Instagram dengan gambar durian. Lepas tu akak ada nampak orang preggy pos makan durian. Sorang kawan dia ni comment

“wehh tak takut ke makana durian, awak tukan tengah mengandung?”

Dia pun cakap la “saya ngidam sangat ni, tu yang makan juga durian ni.”

Sebenarnya ramai yang masih takut dan ragu-ragu orang yang tengah mengandung makan durian kan? Akak pun dulu masa mula-mula di awal kehamilan takut sangat mengidam durian, walau pun akak memang tak makan durian hehe.

Sebab sesetengah kaum di Asia ni masih lagi mengekalkan pantang larang untuk tak makan durian masa mengandung. Contohnya macam Orang kaum Cina yang melarang wanita makan durian semasa pregpy sebab buah ini bersifat panas.

Tapi, tak ada pun lagi kajian saintifik yang dibuat untuk mengkaji sama ada durian selamat atau tidak untuk dimakan ketika berbadan dua.

Memang tak ada sebarang bukti pun lagi yang menyatakan durian boleh menyebabkan tekanan darah tinggi atau ruam lampin pada bayi baru la, keguguran lah.

Walau pun tiada bukti dan kalau mommy rasa teringin nak makan sangat durian tu.

Mommy kena lah ambik dengan kuantiti yang sikit je. Sebab buah ini mengandungi kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi.

Dua ulas durian bersaiz sederhana pun mengandungi 60 kalori, kalau yang lagi besar dan isi lebat, berapa agaknya kalori yang terkandung? Sebab itu, mommy yang preggy kena mengehadkan pengambilan makan durian. Jangan pulak tamak makan sampai satu biji terus. Woii naya la

Kalau yang menghidap kencing manis atau diabetes gestasi, mommy jangan lansung makan durian ini sebab kandungan gulanya tinggi.

Durian pun menghasilkan gas yang banyak dalam usus dan perut dan boleh buat mommy kembung perut atau loya.

Tapi, durian ni ada juga kebaikannya. beberapa kajian yang dilakukan juga menunjukan manfaat buah durian ni mengandungi organo sulfur dan triptofan. Bahan-bahan berkenaan mempunyai antioksidan yang baik. Selain itu, durian pun mengandungi unsur anti mikrobial, anti bakteria dan anti fungus yang bagus untuk mommy preggy.

Tau tak durian juga merupakan milkbooster untuk ibu menyusu. Walau macam mana pun kena hadkan pengambilan ye hehe.

TIPS MAKAN DURIAN MASA MENGANDUNG!

1. Jangan terlalu gelojoh makan durian, dikhuatiri tercekik biji.

2. kalau rasa rasa loya, pening dan muntah, sila berhenti itu tanda badan tak selesa nak terima makanan itu.

3. Sila ambik durian dalam kuantiti yang sikit tapi jangan terlalu kerap. Memadai dua minggu sekali, cukup. Selepas makan durian, sulamkan dengan air kosong ye mommy semua.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply