Khasiat Ulam Timun Tikus

Khasiat Ulam Timun Tikus

ULAM-ULAMAN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA, KHASIAT ULAM-ULAMAN :

65 – Nama Ulam : TIMUN TIKUS. Nama saintifik : Passiflora foetida

Khasiat/Penggunaan

Mengubati penyakit kencing manis dan mengandungi protein, mineral, provitamin A, dan vitamin

Tanaman timun tikus adalah merupakan sejenis sayuran tradisi yang banyak ditanam di kampung-kampung tradisional. Pokok timun tikus ini mudah tumbuh dan tinggi daya ketahanannya. Ianya boleh tumbuh melata di atas tanah atau di atas tunggul-tunggul kayu buruk atau pun di pagar-pagar di kampung kita.

Buah timun tikus biasanya dimakan mentah sebagai ulaman baik bersama sambal kelapa atau sambal belacan. Buahnya rangup atau rapuh cukup enak dimakan bersama nasi putih. Namun begitu buah timun tikus juga boleh dimasak gulai bersama ikan air tawar baik dalam bentuk kari atau gulai masam.

Pucuk daun timun tikus yang lembut ini, sesuai dibuat rebusan atau ditumis seperti menumis sayuran sawi atau lobak. Ianya juga boleh dimasak sebagai sayuran campur bersama dengan putik jagung atau cendawan.

Pucuk timun tikus yang sedap dibuat sayur.

Ada pihak yang mengatakan bahawa dengan memakan sayuran buah timun tikus ini dapat mengawal kencing manis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat
Powered by