KOLESTEROL JAHAT – 5 Bahan Ajaib Melawan Kolesterol LDL

KOLESTEROL JAHAT – 5 Bahan Ajaib Melawan Kolesterol LDL

Salam sejahtera semua, apa khabar ? Hari ini jom kita baca sedikit 5 bahan semula jadi ini , bagus diamalkan untuk melawan kolesterol jahat dalam badan kita. Memang bagus dan mudah didapati di kedai, pasar malam. Kalau rajin , boleh tanam.

Kolesterol

Kolesterol merupakan bahan lembut dan berminyak yang boleh berkumpul dan melekat pada dinding salur darah. Pengumpulan kolesterol yang berlebihan lama kelamaan membuatkan salur darah tersumbat yang boleh menyebabkan serangan jantung.

Kolesterol boleh dihasilkan daripada hati manusia. Namun, kolesterol juga boleh didapati daripada lemak yang berasaskan sumber haiwan. Pemeriksaan tahap kolesterol secara berkala sangat digalakkan untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum.

Tahap kolesterol boleh dikenal pasti sebagai, Tahap kolesterol baik, Dapat menyokong fungsi sistem badan dengan baik.

Tahap kolesterol jahat, Perlu dikawal supaya dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit kronik. Pengambilan makanan tinggi kolesterol boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat.

Sumber makanan yang mengandungi kolesterol, Organ dalaman seperti otak, jantung, limpa, buah pinggang, hati dan telur ikan. Kepala ikan bilis dan udang. Telur dan produk yang mengandungi telur, contohnya mayonis.

5 Bahan Melawan Kolesterol Jahat

  1. Halia – Halia telah digunakan sejak lebih dari 500 tahun sebagai perasa makanan dan ubat. Dalam Zaman Pertengahan (1000-1400) halia digunakan untuk mengubat wabak penyakit plague yang melanda benua Eropah. Kini halia digunakan untuk mengubat selsema, sakit kepala, rahang saluran darah, arthritis sendi-sendi dan batuk.
  2. Bawang Putih – Khasiat bawang putih untuk kesihatan jantung dan membantu sistem kekebalan (immune system) badan telah lama diketahui. Sebagai anti-oksidan, bawang putih dapat memelihara kesihatan peredaran darah dan mengukuhkan imuniti (kekebalan) badan.
  3. Madu lebah – Madu amat berkesan untuk mengubati beberapa penyakit usus, organ pernafasan, jantung dan saraf. Maju juga telah terbukti mujarab menyembuh beberapa penyakit lain.
  4. Limau – Sudah berkurun-kurun limau digunakan sebagai anti-bakteria, anti-virus, penggalak kekebalan badan, mengurangkan berat badan, memulihkan penghadaman, dan membaik pulih kesihatan hati.
  5. Cuka Pati Epal – Perahan epal yang telah diperam menjadi cuka (tanpa alkohol) digunakan sebagai tonik untuk penyakit seperti diabetes, kanser,, penyakit jantung, kolestrol tinggi dan untuk mengurangkan berat badan. Cuka pati epal juga digunakan bagi menurunkan rahang demam, dan dalam perubatan tradisional ia digunakan bagi penghadaman.

sumber:minumanse7en

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.