Kopi Terlalu Panas Punca Kanser Esofagus. Betul ke?

hot-black-coffee

Kopi Terlalu Panas Punca Kanser Esofagus ? Betul ke? Atau Mitos semata semata. Menurut petikan Barita Harian ini, Kopi yang terlalu panas atau air apa apa yang terlalu panas kemungkinan menyebabkan kanser esofagus.

Minum kopi amat panas dan minuman lain “kemungkinan” menyebabkan kanser esofagus (saluran makanan), kata agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini, namun menafikan kesan negatif minuman kafein itu pada suhu normal.

Bagi sesetengah jenis kanser, ada petunjuk bahawa kopi mungkin memberi manfaat, kata Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC), namun bukan diminum melebihi suhu 65 darjah Celcius.

Agensi itu berkata, satu penyelidikan ke atas lebih 1,000 kajian memutuskan, minum minuman “amat panas” “kemungkinan memberi kesan karsinogenik ke atas manusia.”

 

“Tidak kira apa jenis cecair, yang penting adalah suhu,” kata pakar epidemiologi, Dana Loomis, yang mengambil bahagian dalam kajian minuman panas paling popular dunia.

IARC melihat kajian penuh saintifik terbitan sambil mempertimbangkan jika ada hubung kait penyakit kanser dengan minum kopi atau mate, minuman herba dari Amerika Selatan yang popular di Asia Barat.

Kedua-duanya dikelaskan sebagai “potensi penyebab kanser atau kanserogenik kepada manusia” sejak 1991, apabila penilaian akhir dibuat.

IARC berkata, bukti yang dikumpul sejak itu tidak mengaitkan minuman berkenaan dengan meningkatnya risiko kanser, namun hanya jika diminum pada suhu melebihi 65 darjah Celcius.

“Kajian di China, Iran, Turki dan Amerika Selatan di mana teh atau mate diminum secara tradisi amat panas (kira-kira 70 darjah Celcius) mendapati risiko mendapat kanser esofagus meningkat apabila suhu minuman meningkat,” kata IARC. -AFP

Sumber: Berita Harian

 

Apa itu Esofagus?

Esofagus ialah tiub yang menyambungkan mulut ke perut. kanser esofagus selalunya berlaku pada kedudukan 1/3 daripada esofagus bahagian bawah, dan berlaku terutamanya di kalangan orang dewasa umur 50 tahun.
la adalah lebih biasa berlaku kepada kalangan perokok, peminum alkohol dan mereka yang mempunyai esofagus Barrett.

Tanda tanda kanser esofagus

  1. Sakit dada
  2. Muntah makanan yang belum dicerna
  3. Keluar lelehan seperti darah atau warna hitam
  4. Hilang berat badan
  5. Susah menelan makanan atau minuman
  6. Pedih ulu hati
  7. Najis hitam gelap

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu