Kopi Haram Dalam Diet ?

Kopi Haram Dalam Diet

Kopi Haram Dalam Diet ? Dalam diet tidak ada istilah pengharaman untuk minum kopi. Jika kalian penggemar kopi, silakan untuk minum. Sehari sekali dua sudah memadai. Kebiasaan kopi saya akan ambil pada waktu pagi atau sebelum workout untuk boost sedikit tenaga. Caffien yang ada di dalam kopi agak membantu untuk tenaga semasa workout.

Kopi Haram Dalam Diet ?

Satu ketika. Saya amat gemar kopi campur gula dan krimer. Namun untuk penjimatan kalori dan gula saya jadikan kopi kosong semata-mata tanpa gula sebagai pilihan. Pun begitu. Ia tidaklah bermakna kalian harus ikut saya. Mulakan secara berperingkat. Benda ini akan mengambil latihan bukan sehari dua. Tetapi bertahun. Jika rasa nak jimatkan kalori boleh saja kopi kosong tanpa gula atau susu.

Jika memilih untuk ada sedikit susu atau gula juga tidak mengapa. Lain orang lain seleranya. Soalnya bukan boleh minum kopi campur gula susu atau tidak. Tetapi sekerap mana anda minum. Begitulah. Kalau minat kopi setarbak boleh lah try Expresso tanpa gula. Hihii. Ada hantu kopi kat sini? Nak sedap buat je jadi Latte. Kopi + Susu. Siap. Arif Sukri. Hantu kopi.

Kepentingan Kebersihan Bantal

Kita menghabiskan 1/3 dari seluruh kehidupan untuk tidur. Oleh itu, sangat penting untuk memastikan persekitaran tempat tidur bersih terutamanya BANTAL. Bantal sebenarnya ada sisa sel kulit, air liur , kelumumur dan pelbagai jenis bakteria dan kulat. Sel kulit yang tertinggal dibantal adalah makanan hama dan kutu kecil.

Selepas makan, kutu dan hama ini akan meninggalkan najis. Sisa tinggalan hama inilah yang akan menyebabkan gejala alahan seperti selsema, batuk dan bersin. Sebab itu sarung bantal sepatutnya perlu ditukar setiap 1-2 minggu sekali dan perlu dibasuh (jika boleh basuh) setiap 6 bulan.

Jemur bantal dibawah cahaya matahari panas juga berkesan untuk membunuh segala bakteria dan membuat hama yang bersarang lari. Bau bantal juga akan lebih segar selepas ia dijemur seharian.Owh ya, jika anda ada masalah jerawat.. sarung bantal perlu ditukar lebih kerap. Ia akan akibatkan outbreak jerawat yang lebih serius jika anda terus menggunakan sarung bantal yang sama.

Admin tak berani untuk minta anda untuk membuang bantal busuk atau melarang penggunaan bantal busuk… cuma pastikan ianya BERSIH dan santiasa di ganti sarungnya.

Adab Berkawan

1. Jangan call seseorang berturut-turut. Kalau tidak berjawab, maknanya mereka sedang buat sesuatu yang penting. Mesej selepas itu dan tanya bila masa sesuai untuk call.

2 . Jangan sesekali order menu yang mahal bila ada orang belanja. Lebih molek, minta orang yang belanja pilihkan menu. Sensitif terhadap orang yang belanja.

3. Jangan lah bertanya soalan janggal seperti, “Oh, belum kahwin ya? Umur sudah berapa ni?”, atau “Belum ada anak ya? Kan dah lama kahwin?”, “Kenapa belum beli rumah?”. Itu hal peribadi. Tidak perlu ditanya. Bukan hal kita.

4. Selalu buka dan pegangkan pintu untuk orang dibelakang kita, terutamanya warga tua atau ibu sedang dukung anak. Tidak rugi bantu mudahkan orang lain.

5. Berhati-hati dalam bergurau. Tidak semua orang boleh terima cara kita. Kalau orang tidak suka, hentikan. Jangan diulang lagi.

6. Bila terima mesej, balas walaupun terlambat atau sedang sibuk. Ingat, bukan kita sahaja sibuk. Bila sudah lapang, tetap balas dan mohon maaf atas kelewatan.

7. Beri pujian di khalayak, tetapi beri kritikan secara peribadi dan tersendiri. Niat untuk menambah baik, bukan mengaibkan.

8. Jangan buat perancangan di depan mereka yang tidak terlibat atau tidak dijemput sekali. Kalau sudah terbagi tahu, eloklah jemput terus.

9. Hormati seseorang pada nilainya, bukan jawatan atau posisi. Seorang tukang cuci layak dilayan sama seperti seorang CEO. Mereka sama-sama manusia. Layanan kita yang penuh adab adalah cerminan nilai dalam diri kita.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply