DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Kurma Beri Tenaga Segera Semasa Berbuka

Kurma Beri Tenaga Segera Semasa Berbuka

Apa khabar kawan-kawan semua? Bagaimana perjalanan berpuasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini? Diharapkan semuanya dalam keadaan yang sihat dan mampu melakukan kegiatan di rumah tanpa ada masalah kesihatan. Tahukah kawan-kawan kita boleh terus bertenaga selepas berbuka? Ingin tahu apa rahsianya? Yang penting saya bukan menjual apa-apa suplemen. Jom baca!

Keadaan berpuasa selama 12 hingga 14 jam sehari akan menyebabkan kandungan gula (tenaga) menjadi rendah. Ini akan menyebabkan pergerakan atau penggunaan gula semakin berkurangan. Jadi keadaan badan menjadi lemah dan lesu. Terdapat kajian mengatakan apabila berpuasa, kebolehan untuk berfikir (kognitif) akan terganggu dan tidak dapat membuat sesuatu keputusan dengan baik.

Apabila hendak membuka puasa nanti, amatlah digalakkan dengan mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi. Sebagai contoh buah-buahan. Ini kerana gula ringkas yang terdapat di dalam buah-buahan akan membantu menaikkan paras gula dalam darah dan seterusnya akan mengembalikan tenaga semula.

Jika berbuka puasa dengan makanan yang tinggi lemak terutamanya akan menyebabkan ketidakhadaman dan berlaku pengambilan kalori yang berlebihan. Digalakkan berbuka puasa dengan mengambil makanan yang kurang menggunakan minyak dan lebih banyak yang berkuah untuk menggantikan cecair yang hilang dalam badan sepanjang hari berpuasa. Hidangan yang menggunakan kaedah kukus, grill dan panggang juga bagus untuk mengurangkan penggunaan minyak.

Jangan pula sepatutnya bulan puasa dapat menurunkan berat badan, tapi kita makin naik berat badan. Jom buat. Senang je.

Masyarakat yang sihat adalah masyarakat yang boleh mengambil karbohidrat ringkas semasa berbuka puasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat