Kurma Mentega Tak Sihat ?

kurma mentega tak sihat

Kurma Mentega Tak Sihat ? Macam macam trend viral , ada yang kata sedap, tak sedap, ada lagi pakar diet kata sihat, tak sihat, lemak baik, lemak jahat, dan macam macam lagi. Jom baca banyak pendapat berbeza tentang kurma mentega

Kurma Butter Viral ?

Ada yang dah mencuba mengambil kurma bersama mentega? Memang benar gabungan kurma dan mentega sememangnya membantu memberikan tenaga yang anda perlukan. Namun, perlu diingatkan pengambilannya juga haruslah secara sederhana dan tidak berlebihan terutamanya dengan gaya hidup rakyat Malaysia yang tidak aktif.

Sebaiknya, ambil dengan kuantiti yang sedikit dan utamakan pengambilan hidangan lebih seimbang yang lengkap dengan sumber karbohidrat, protein serta sayur dan buah. Ianya bukan sahaja dapat memberikan tenaga malah memenuhi keperluan nutrien lain yang diperlukan badan.

Nak tulis jugak la bab kurma+mentega.

1)Kalau saya niat nak ikut cara Nabi makan sbb saya sayang Nabi,inshaAllah ada la pahala kat situ. “‎Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata: Rasulullah SAW masuk ke rumah kami, lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.

(Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

2)Kena ingat makanan yg Nabi suka makan ni dimakan secara sederhana.Bukan Nabi melantak makan.

3)Bab “butter” ni kontroversi. Kalau pandang dari sudut kalori dan lemak tepu,mmg nampak tak sihat. Tapi bab lemak tepu ni pun bukan ijmak ulama kata tak bagus.Masih khilaf. Cth Prof Ben Bikman,metabolic scientist dari USA dlm talk dia selalu cakap

“Dont fear fat”. Byk la kajian berkaitan lemak tepu ni yg menolak kaitannya dgn penyakit yg paling ditakuti iaitu penyakit salur darah terutamanya jantung tersumbat.

https://www.thelancet.com/…/PIIS0140-6736(17…/abstract

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/26268692/

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4927102/

https://bjsm.bmj.com/content/51/15/1111

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/34717669/

https://heart.bmj.com/content/108/12/932

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC9794145/

4)Butter ada khasiat yg tersendiri cth conjugated linoleic acid & butyrate. Butyrate+ serat dari kurma berpotensi sbg resipi kesihatan usus yg padu.

https://www.healthline.com/nutri…/is-butter-bad-for-you…

5)cara nak turunkan GI makanan yg ada carbohydrate adalah dgn mencampurkannya dengan lemak. Kurma ada carbo. Butter ada fat. Ngam la tu .

https://www.researchgate.net/…/362708250_Glycemic_Index…

6)Yg betul tiada khilaf adalah gula tambahan berlebihan,karbo proses (refined carbs) berlebihan & ultraprocessed food.

Yg tu harus perang kempen habis2an. Tgk kat bazar Ramadhan berlambak makanan minuman yg jauh lebih tak sihat berbanding kurma+mentega. Makan sikit buat rasa-rasa sbb Nabi suka. Jgn melantak. Pelbagaikan sumber zat dari makanan yg lain juga.

Since viral ni

(rasanya bermula dr Dr Zul tentang kurma mentega kegemaran Rasulullah) mcm2 org komen tentang makan kurma dgn mentega.

Dalam pada nak mengulas mcm2 tentang mentega X kurma ni, jgn dilupa juga, sunnah Nabi adalah besederhana. Dan kurma ni rasanya orang tak makan sampai satu bekas, biasanya org amik 3,5,7 biji je. 7 biji kurma + 7 sudu mentega. Lepas tu makan nasi. Nasi pula beriani. Lauk ada 3-4 jenis. Belum lagi kuih-muih baram macam murtabak raja, roti john, popiah basah, … kalau di Kelantan tu lagi lah segala nekbat, buah tanjung, jala mas, tahi itik, gerodok, macam2 jenis beledo, loncong… aduh. Tu lah yg jadi masalah.

Nabi dia makan kurma (be it dgn mentega ke kosong ke), minum air then solat Maghrib. Lepas tu baru makan apa ada nya… ada roti, roti lah. Ada daging, daging lah.

Jadi.. tak ada salahnya bg yg mengulas ttg kalori dsb tu. Tgk cara makan kita macamana. Sunnah juga bila kita sesuaikan mengikut keadaan semasa. bila letak badam ni mmg mantap rasa dia.

Bila baca hadith Nabi Muhammad S.A.W makan kurma bersama mentaga

terus saya whatsapp guru Al Quran saya Syeikh Mesir yang juga rujukan apa-apa hadith.

Hadith ini memang sahih cuma cara makan syeikh kata boleh juga sapu,letak butter seperti dalam gambar atau apa yang kebiasaan kita makan.

Sebagaimana hadith Abu Daud dan ibn Majah,

دخل علينا رسول اللهِ صلى الله عليه وسلم ، فقدمنا زبدا وتمرا ، وكان يحب الزبد والتمر.

“Telah masuk (ke rumah kami) Rasulullah solallahu alaihi wasallam lalu kami menyediakan tamar dan mentega, dan Baginda S.A.W menyukai mentega dan tamar.”

(HR Abu Daud dan Ibn Majah, disahihkan oleh Syeikh Alalbani, Alsuyuti mengatakan ianya hasan di dalam AljamiAlsaghir)

Alhamdulilah bukan bulan ramadan sahaja saya amal,bahkan boleh dikatakan sentiasa ada dalam peti sejuk. Jika lapar sangat akan alas perut dengan kurma butter.

Cuma pastikan pure butter grass-Fed. Apa-apa kurma tiada masalah. Moga bermanfaat untuk ramadan kita ini lebih sihat.

Bagus Ambil Kurma Bersama Mentega (Butter) Atau Tidak Sihat ?

Pada saya pengambilan kurma bersama mentega boleh diambil sebagai makanan untuk berbuka puasa. Ia sangat bermanfaat.

Tetapi ambillah dalam kuantiti sederhana, iaitu beberapa biji (antara 3-5 biji) jika tidak mengambil apa-apa makanan lain.

Sebagai contoh dalam musafir, tiada berkesempatan menyediakan juadah berbuka atau bersahur.

Mengambil kurma bersama mentega dikatakan dilakukan oleh Nabi kita Muhammad SAW ketika ketiadaan makanan lain.

Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata:

“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

Jadi ia adalah makanan yang paling sedap ketika itu kerana Nabi kita kerap berlapar atau berpuasa. Baginda tidak mengambilnya kerap, kecuali jika ada kesempatan.

Mengikut kiraan kalori, sebiji kurma bersamaan dengan 20 kalori, manakala satu sudu kecil mentega, 50 kalori.

Gabungan kurma dan mentega dikatakan terbaik sebab kurma membekalkan karbohidrat yang kompleks, vitamin, mineral dan fiber. Selain itu ia memberikan tenaga yang segera sementara mentega pula memberikan tenaga yang berkekalan untuk jangkamasa yang lama.

Jadi sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan masa makan atau tiada makanan lain dengan mengambil 3-5 biji kurma dan mentega untuk kekal bertenaga sehingga terawih. Ia juga mengurangkan rasa mengantuk.

Tetapi jika ada ambil makanan lain jumlah pengambilannya harus dikurangkan.

Wallahu’alam

Semoga bermanfaat.

Sekarang dah ramai yang terjebak makan kurma mentega tidak sihat ?

Tengah trend, terutama kepada yang tak suka makan kurma. Rasulullah saw suka makan begini, kata mereka. Dulu-dulu kurma disumbat buah badam. Dan lebih kreatif, kurma dicelup dalam coklat. Tapi sebagai pencinta dua ratus persen buah kurma, yang kurma saya tinggal tiga biji sahaja dalam kotak, saya tak boleh terima kurma dinodai badam atau keju.

Saya jenis nak yang asli. Kurma mesti makan kurma sahaja. Contohnya kalau makan ayam goreng atuk janggut putih tu, saya makan tanpa sos cili atau mayonis. Bagi saya kalau ayam goreng dicecah mayonis dan sos cili, rasa ayam goreng itu dah tak asli. Tak sedap.

Okey, siapa yang masih ada stok kurma yang tak luak-luak lagi tu, cubalah buat. Nanti mesti laku. Laju je mengunyah. kurma mentega tak sihat ? fikir fikirkan .

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply