LEARNING ATTITUDE – Belajar Dari Mentor Berpengalaman

learning attitude

LEARNING ATTITUDE ? korang pernah dengarkan ? Jom kita baca sikit pesanan otai master shaklee kita Master Haji Roslan Ghazali tentang sikap kita dalam business shaklee.

LEARNING ATTITUDE – SIKAP POSITIF DALAM BUSINESS

Mula-mula masuk biz memang dia rajin belajar secara online dan hadiri meeting secara offline. Biz makin maju berkat usaha gigih, rank up ke pangkat leadership. Tahniah!! Momentum hebat, tapi makin lama di biz ia makin plato dan perlahan. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya ribut di tengahari.

Kenapa biz jadi begini? Kenapa sangkut pada rank sv atau coordinator atau key coordinator? Bila dibuat analisa banyak faktor samada berpunca masalah peribadi lari fokus, cepat mengalah atau sikap tak serius dgn biz. Faktor lain mungkin sebab persekitaran yang tidak membina dan melunturkan semangat, seperti anak buah sejuk atau gangguan fitnah yang sentiasa viral.

Apapun pengalaman kami ada faktor asas adalah kurang daya tahan dan lemahnya semangat serta mental disebabkan kurang keinginan untuk terus istiqomah menimba ilmu dan pengalaman. Jatuh bangun adat business tapi mereka yang bijak dapat bangun semula setelah mendapat bimbingan dari mentor yang berpengalaman.

Usah rasa diri sudah pandai sebab ia akan menjadikan ‘learning attitude curve’ kita makin menurun dan minda kita tidak berkembang. lama-lama prestasi akan jadi stagnant atau terbantut. RUMUSAN: Nak jadi master hebat usah jemu belajar dan terus belajar. Belajar dari mereka yang sudah lalui liku-liku perjuangan ini ya.

Nak lagi berkat ilmu kongsilah ilmu dengan ikhlas (teach 100%). Semoga Allah mudahkan laluan kita ke puncak success. Jumpa anda esok di Pulaza Penang. In sha Allah. #tipsBizMasterRoslan.

learning attitude

10 TIPS BERJAYA DALAM BUSINESS SELAIN ADA LEARNING ATTITUDE

  1. Buat. Buat. Buat. – Ramai orang ada idea bagus, tetapi tak buat. Nak berjaya, kena buat. Banyak bisnes besar, bermula kecil-kecilan.
  2. Fokus – Banyak bisnes gagal bukan kerana tak ada idea, tetapi idea terlalu banyak. Buat keputusan bisnes apa nak buat, kemudian tumpukan kepada bisnes tersebut.
  3. Usah berhenti belajar – Belajarlah dari sesiapa sahaja. Usah pilih bulu untuk belajar. Orang di bawah kita pun banyak ilmu yang kita boleh ambil. Apabila kita berasa sudah cukup pandai, ketika itu kita menempah kegagalan.
  4. Fokus kepada bisnes kita – Usah habis masa mengkritik dan mencari salah bisnes orang lain. Orang lain salah belum tentu kita betul.
  5. Usah harap orang lain tolong bisnes kita – Kita usahawan, buat sendiri. Usahawan usah ada minda peminta sedekah.
  6. Jangan putus semangat – Elakkan mudah rasa kecewa dan putus semangat. Dalam bisnes, ada masa naik, ada masa turun. Bawa bertenang.
  7. Fokus kepada penyelesaian – Semua bisnes ada masalah. Ada orang gunakan istilah cabaran. Apa pun, usah fokus kepada masalah. Cari penyelesaian. Di penghujung terowong yang gelap, ada cahaya.
  8. Terus belajar – Belajar dari sesiapa sahaja, namun akhir sekali buat keputusan sendiri. Usahawan mesti berani mencanggahi sesiapa sahaja, termasuklah apa yang dikatakan mentor dan sifu itu.
  9. Berhenti salahkan orang lain – Orang berjaya berikan hasil, orang gagal berikan alasan.
  10. Buktikan dengan hasil – Sekiranya setiap kali anjing menyalak kita berhenti, maka lambatlah sampai ke destinasi. Biarkanlah suara sumbang memperlekeh apa yang kita lakukan. Kita jalan terus. Buktikan dia salah bukan dengan cakap-cakap, tetapi dengan menunjukkan hasil kejayaan.

sumber: insken.gov.my

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu