DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Lelaki Lebih Ramai Mati Akibat Covid19

Lelaki Lebih Ramai Mati Akibat Covid19

Jika kita lihat statistik di Malaysia, kematian akibat Covid 19 adalah lelaki. Mengikut perkongsian Encik Ir Kyo di Facebook ,

Saya nak berkongsi beberapa fakta mengejutkan tentang Covid-19;

1. Kadar kematian Covid-19 bagi orang lelaki adalah 3 kali ganda berbanding wanita. (Standford Prevention Research Centre).

2. Di Italy, 70% kes kematian adalah terdiri dari lelaki. (National Health Institute)

3. Orang lelaki lebih mudah dijangkiti Covid-19 terutama bagi mereka yang lebih berumur dan mempunyai komplikasi kesihatan lain seperti darah tinggi, kencing manis, kanser dan penyakit jantung.

4. Di China, lebih separuh dari kes yang dijangkiti Covid-19 adalah lelaki.

5. Statistik dari pandemik yang lepas seperti SARS pada tahun 2003 dan MERS pada tahun 2012 juga menunjukkan bahawa kadar kematian bagi lelaki adalah 2 kali ganda berbanding wanita.

6. Tabiat merokok dan minuman beralkohol adalah antara faktor kematian yang tinggi dikalangan lelaki kerana rokok dan arak melemahkn fungsi paru-paru dan mendedahkan kepada penyakit yang berkait dengan komplikasi jantung.

7. Selain itu, faktor sosial juga memainkan peranan. 80% yang berada di luar rumah semasa tempoh PKP adalah lelaki disebabkan tanggungjawab lelaki sebagai ketua keluarga.

8. Orang lelaki juga mempunyai sistem imunisasi yang lebih lemah berbanding wanita. Ini kerana orang lelaki mempunyai kromosom X-Y, manakala wanita mempunyai kromosom X-X. Kromosom X mempunyai 900 genes, yang mempunyai 3 kali ganda lebih fungsi imunisasi (immune function) berbanding kromosom Y. Ini bermaksud wanita mempunyai 2 kali ganda dos genes yang boleh menyokong sistem pertahanan badan berbanding lelaki.

9. Saintis telah mengkaji 331 plasma pesakit Covid-19 dan mendapati bahawa wanita mempunyai antibodi yang lebih tinggi berbanding lelaki.

10. Wanita juga mempunyai hormon estrogen yang berupaya untuk melawan beberapa jenis jangkitan virus.

11. Semasa mengandung, badan wanita sudah peka untuk menentang sebarang serangan dari bakteria, virus dan juga sperma. Ini menjadikan sistem pertahanan wanita lebih baik kerana telah berjaya menempuhi tempoh sukar selama 9 bulan.

12. Kajian juga menunjukkan bahawa orang lelaki lebih ramai di rawat di ICU menggunakan intubasi (intubation) dan pengudaraan mekanikal (mechanical ventilation) berbanding wanita.

13. Stress juga memainkan peranan dalam membantu sistem imunisasi badan. Kajian menunjukkan bahawa semakin banyak isteri membebel semasa tempoh PKP, semakin lemah sistem imunisasi badan suami, yang seterusnya meningkatkan risiko kepada jangkitan virus dan seterusnya kematian.

14. Jadi, kepada isteri-isteri di luar sana, kurangkan aktiviti membebel semasa di rumah. Bersama-samalah mengawal stress semasa tempoh PKP ini. Kasihanilah suami anda.

Menurut Berita Harian ,

Menurut data terkumpul Global 50/50, sehingga 3 April lalu, kematian lelaki adalah 69 peratus daripada kematian akibat COVID-19 di Itali dan Sepanyol.

Pegawai Perubatan Penyakit Berjangkit di Klinik Cleveland Abu Dhabi , Dr Maher Balkis, mengesahkan kajian mengenai lelaki lebih ramai meninggal dunia akibat COVID-19.

Beliau berkata, kira-kira 60 peratus kematian membabitkan pesakit lelaki dengan China sendiri mencatatkan kira-kira 65 peratus kematian pesakit lelaki.

Dr Noor Hisham berkata lebih 50 peratus pesakit COVID-19 yang meninggal dunia adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas iaitu kumpulan yang berisiko tinggi. 

“Lebih 85 peratus (pesakit COVID-19) yang meninggal dunia ada penyakit-penyakit lain iaitu kencing manis, darah tinggi dan sebagainya,” katanya. 

Jom cari solusi kepada covid19 , jangan lah pula kita menyerah kalah kepada coronavirus ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat