DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Lemak Mana Lebih Bahaya ?

Lemak Mana Lebih Bahaya ?

Jisim lemak kita atau Body Fat (BF) terbahagi kepada 2 kategori utama iaitu,

“Essential body fat” (wajib dimiliki oleh semua untuk terus hidup) “storage body fat” (tidak wajib dimiliki untuk terus hidup).
‍‍‍‍‍‍ ‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
“Storage body fat” pula boleh dipecahkan kepada 2 jenis, iaitu
i. “subcutaneous fat” (terletak dibawah tisu adipos/kulit manusia) dan

ii. “visceral fat” (terletak berhampiran dengan organ dalaman seperti hati dan jantung).
‍‍‍‍‍‍ ‍
“Storage body fat” adalah tidak elok dan perlu dikurangkan. Ia terhasil apabila seseorang itu mengambil jumlah kalori, terutamanya daripada lemak tepu (saturated fat) dan karbohidrat tinggi GI (glycemic index) seperti gula, secara berlebihan.

Sumber tenaga seperti ini yang tidak diperlukan oleh badan akan ditukar kepada lemak badan.

Sebagai contoh, glycogen yang berlebihan akan ditukar kepada lemak oleh hormon insulin secara serta merta, dan lemak inilah yang dikenali sebagai “storage body fat“.
‍‍‍‍‍‍ ‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Sampai satu tahap, apabila “storage body fat” telah berkumpul, ini akan mendatangkan kesan sampingan lain, terutamanya yang melibatkan kategori “visceral body fat“.

Sebagai contoh, “visceral body fat” yang mengelilingi jantung akan membuatkan jantung individu tersebut sukar untuk mengepam darah dengan baik, sekaligus menyebabkan apa yang kita kenali sebagai penyakit lemah jantung.

“Visceral body fat” adalah yang paling membahayakan kerana ia ‘sukar dilihat dengan mata kasar’.

Tidak seperti “subcutaneous fat“, yang senang dilihat dengan mata kasar (tak percaya, cuba angkat tangan, siku bengkok 90° dan lambai. Perhatikan lengan kau orang, kalau bergoyang-goyang tu maknanya “subcutaneous fat” kau orang tinggi, hahaha)

Malah, kebanyakan kesan sampingan lemak badan kepada kesihatan sebenarnya berpunca daripada visceral body fat berbanding subcutaneous body fat.
‍‍‍‍‍‍ ‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Saya kongsikan 4 cara untuk menurunkan “Visceral Fat”.

1. Pantau paras BF% kau orang secara berkala dan sasarkan penurunan 1-2% sebulan melalui senaman dan penjagaan diet yang baik.

Mudah kata, kau orang kena cipta defisit kalori dan pilih makanan yang seimbang.
‍‍‍‍‍‍ ‍
2. Pakar perubatan mengesyorkan tiada cara lain yang dapat menyingkirkan “visceral body fat“, melainkan melalui senaman secara berterusan sepanjang hayat.

Jadi kalau kau orang nak turunkan paras “visceral body fat” ni, lakukanlah senaman seperti berjalan kaki pantas atau kardio sekuran-kurangnya 3 kali seminggu.
‍‍‍‍‍‍ ‍
3. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak tepu (saturated fat) seperti daging lembu, daging kambing, burger daging lembu, makanan yang menggunakan minyak sapi (nasi beriani), dan sebagainya.

4. Tingkatkan pengambilan sumber protein, khususnya sumber protein yang rendah kandungan lemak tepu tetapi tinggi lemak tak tepu yang lebih menyihatkan seperti ikan kembung, ikan Selayang dan tempeh.

Kawan-kawan,

Walaupun kau orang kurus belum tentu kau orang sihat. Mungkin “visceral fat” atau kolestrol kau orang tinggi. Jadi, bersenam dan jagalah pemakanan.

Jom follow saya, Muhamad Bahagia Jemali dan set ‘See First’ supaya tak terlepas info yang menarik setiap hari dalam pengurusan berat badan.

Banyak lagi tip yang mahal saya kongsikan di channel telegram saya.

Klik 👉🏻 https://t.me/bahagiajemali

Beginilah,

#bahagiajemali

Leave a Reply

%d bloggers like this: