LIDAH BUAYA – 5 Manfaat Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

lidah buaya.jpg

PETUA KESIHATAN DAN KECANTIKAN DENGAN LIDAH BUAYA

1. Mengubati luka terbakar – caranya adalah: daun lidah buaya dicuci bersih, lalu dibelah menjadi dua, di dalamnya akan terdapat lendir seperti gel disapu pada luka bakar maka dalam masa 2-3 hari akan sembuh. Jika luka juga boleh buat perkara yang sama… Cepat berhenti darah dan luka lebih cepat sembuh.

2. Mengeluarkan racun tubuh – Iaitu adanya kandungan gelatin yang boleh berkhasiat menyerap racun dalam usus dan mengeluarkannya bersama feses, caranya sangat mudah iaitu dengan membuat jus lidah buaya.

3. Menurunkan diabetes – iaitu dengan cara mengambil jus lidah buaya setengah sudu diminum rutin selama 14 hari dipercayai dapat menurunkan kadar gula 45%.

4. Menghilangkan jerawat merah yang besar atau jerawat batu – caranya: ambil saja lidah buaya, kemudian belah, lalu ambil getahnya atau lendir yang terdapat didalamnya. Sapukan pada bahagian wajah yang terkena jerawat sekali dalam sehari kurang lebih selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air suam.

5. Menghilangkan bintik hitam pada wajah – caranya: wajah dibersihkan terlebih dahulu menggunakan facial foam, ambil jelly lidah buayanya, lalu bersihkan dari lendir–lendirnya dan usapkan ke wajah setiap pagi juga malam hari. Biarkan selama 30 minit. Selepas itu bersihkan dengan air bersih lalu keringkan. Lakukan sekurang-kurangnya 2x sehari berturut–turut. Cara ini memakan masa lama, namun bila dilakukan secara rutin, hasilnya pun akan maksimum.

sumber : tips kesihatan dan kecantikan terbaik

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu