LOBAK UNGU – Dah Bosan Dengan Jus Lobak Merah Untuk Diet ?

LOBAK UNGU – Dah Bosan Dengan Jus Lobak Merah Untuk Diet ?

Biasakan kita dengar jus lobak merah, kekadang orang panggil oren untuk diet. Tapi itu biasalah, orang kata jus lobak bagus untuk mata. Tapi kalau lobak pun jenis tanam komersial, zat mungkin berkurang. Lagi satu, jus lobak merah dah biasa dengar. Korang tak nak cuba jus lobak ungu ? Kenapa lobak ungu ? power sangat ke ?

KELEBIHAN LOBAK UNGU

Dalam membaca banyak blog, buku, tulisan, gambar, ternyata lobak ungu ini banyak kelebihan dia, berbanding lobak merah. Warna ungu ini sering dikaitkan dengan penuaan. Longevity pernah dengar ? Kalau nak rasa hidup lama, awet muda, ramai pakar kata kena selalu makan sayur warna ungu, macam lobak ungu. Kelebihan lobak ungu ini ialah:

  1. Mengandungi banyak nutrisi – Purple Carrot mengandungi banyak nutrisi Vitamin A & Phytokimia termasuk carotenoid, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins & sesquiterpenes. Nutrisi ini sangat berkhasiat untuk tubuh berbanding lobak merah kerana Purple carrot mengandungi kepekatan anthocyanin yang tinggi iaitu 28x ganda lebih berbanding carrot biasa. Selain 2x ganda tahap beta-karotena.
  2. Sebagai Antioksida – Antioksida yang terdapat dalam purple carrot penting untuk melindungi sel badan manusia Daripada “berkarat” yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit datang. Ia juga penting untuk menghalang radikal bebas yang berbahaya hadir ke tubuh kita.
  3. Anti Radang – Mempunyai sifat anti radang yang tinggi. Disebabkan Itu ia bagus untuk melegakan arthritis atau sakit sendi.
  4. Anti Carcinogen – Sifat anti carcinogen purple carrot membantu mengurangkan risiko kanser. Bagi penyakit kanser, ia boleh membantu tubuh untuk melawan kanser. Kajian yang dijalankan Oleh Jabatan Pemakanan & Sains Makanan Universiti Maryland telah menguji kesan Anthocyanin Daripada pelbagai sumber didapati bahawa anthocyanin mampu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser kolon. Kajian juga mendapati purple carrot mengandungi lutein, karotenoid melindungi tubuh dari kanser kolon.
  5. Melindungi kualiti kesihatan mata – Makanan yang Kaya dengan anthocyanin seperti lobak Unggu Boleh membantu meningkatkan kesihatan mata anda. Kajian menunjukkan bahawa anthocyanin membantu dari segi meningkatkan penglihatan mata pada waktu malam, meningkatkan peredaran dalam kapilari retina. Lutein dalam lobak Unggu juga berfungsi untuk melindungi kualiti mata dan ia digelar “vitamin mata”. Lutein biasanya digunakan dalam rawatan pencegahan masalah atau kemerosotan mata seperti katarak & retinitis pigmentosa.
  6. Antiviral, antiseptic dan anti microbial – Ia sangat bagus untuk Melawan virus & bakteria yang Mudah berjangkit dan mudah merebak seperti flu, campak & jangkitan dalaman seperti jangkitan pada salur kencing, mulut dan perut.
  7. Memperbaiki kesihatan vascular – Kandungan vitamin A yang tinggi dalam lobak Unggu membantu untuk meningkatkan sistem imun dan menghalang lemak ke arteri Kita. Sebelum ini, saya pernah kongsikan bagaimana Resverastrol membantu masalah jantung begitu juga dengan purple carrot. Sekiranya lemak sampai ke arteri , arteri kita akan tersumbat maka jadilah sakit jantung, jantung tersumbat dan macam-macam penyakit lain.

sumber: permatahatibidadariku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat