DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Logik Vaksin

Logik Vaksin

Logik Vaksin

Ada orang bila sakit , akan diusahakan ubatnya.
Bila demam , cari panadol , atau madu atau apa-apa yang dirasakan ubat.

Jadinya, ubatnya diambil selepas jatuh sakit.

Ada orang , mahu ubat tu masuk dulu sebelum sakit. Jadi, bila betul jatuh sakit, sakitnya tidak terlalu sakit.

Maka , vaksin jadi ubat sebelum sakit.

Vaksin menjadikan badan kita sudah kuat melawan virus yang baru masuk dengan ilmu dari vaksin yang disuntik duluan.

Jadinya , terserah.

Ada orang, mahu makan ubat bila sakit saja, tak perlu membazir katanya makan ubat dulu kalau tak sakit.

Ada orang mahu ubat dulu, agar dirinya bila sakit tidak terlalu sakit , masih boleh memberi jasa pada orang lain walau sakit.

Jadinya, usah bergaduh.
Masing-masing ada pendapat sendiri bagaimana mahu jaga kesihatan diri.

Kepala negara fikirnya , agar rakyatnya tidak ramai jadi korban dari penyakit yang sedang merebak , jadi disediakan ubat dulu.

Perawat fikir, jika ubatnya beri dahulu ianya mengurangkan kerosakan kekal atau keterukan mangsa penyakit , jadi boleh terusan fokus pada perawatan penyakit lain yang juga sedang seiring. (Banyak lagi difikirnya, tapi….cukup itu dulu)

Orang ramai pula fikirnya banyak sekali.
-ada yang pernah anaknya selepas langsung disuntik vaksin , nangisnya bukan kepalang. Sampai ke malam tak berhenti. Ada juga yang sawan, demam panas bukan kepalang. Sebelum suntik, belum pernah sawan.
– ada yang takut dengarnya boleh jadi kena allergic teruk. Ya allergik teruk itu umpama makan udang/kerang.
Bukan semua orang boleh makan udang , ada orang makan kerang/udang , langsung kegatalan satu badan. Ada yang makan,terus goutnya kena kembali.

Jadi berapa ramai yang tak boleh makan kerang/udang ini?.. Boleh jadi dalam 1000 orang , 1 orang memang tak boleh.atau boleh jadi, dalam 100000 orang 2-4 orang tidak boleh makan. (Kena lihat statistik-saya tak tahu berapa nisbah yang allergik udang ini dalam populasi)

jadi vaksin juga begitu. Memang ada kes ,cuma sikit. Walau sikit, ianya tetap ada bukan tiada. Orang yang fikir ini, jika allergic itu 1 dalam 1000000 , bagaimana jika 1 itu adalah ‘dia’.

Jadi bagaimana menanganinya bagi yang banyak fikir ini?
Usah gaduh , usah membenci , usah menekan mereka.
Spring , makin ditekan , makin kuat tolakannya.

Jadi?
Usaha kasi faham. Cerita. Cerita. Cerita.

Sampai bila?
Cerita jika atas dasar cinta, ianya tidak menjadi beban.
Cerita jika atas dasar tanggungjawab , akan diusaha sehingga menjadi nyata.

Tapi jika cerita untuk memaksa, sedangkan anak kita bukan semua suka nasi goreng lauk tempe,inikan manusia yang banyak akalnya.

Semoga dunia kita aman dari segala kata nista dalam berkata.

Mohammad Syazwan Bin Maamin
Pengamal Perubatan
MMC 67408

Leave a Reply

%d bloggers like this: