LUKA CZER BERNANAH – Elak Luka Czer Menjadi Bertambah Teruk

LUKA CZER BERNANAH – Elak Luka Czer Menjadi Bertambah Teruk

Memang teruk kalau dah luka czer bernanah, jangan main main. Tapi ibu-ibu kena sentiasa jaga makan, ikut cakap doktor dan cuba amalkan 5 tips mudah di bawah. Semoga perut luka cepat sihat kembali.

Tips Atasi Elak Luka Czer Bernanah

  1. Yang ni paling penting dan utama. Pastikan dalam menu makanan pantang wajib ada protein dan vitamin C. Kedua-dua ni sangat penting untuk penghasilan kolagen oleh badan dan sekaligus dapat menutup luka czer dengan cantiknya. Sebaiknya ambil set pantang Shaklee. Jadi dalam set pantang Shaklee dah ada esp (sumber protein lengkap dengan 9 jenis asid amino) dan juga vitamin C sustained release.
  2. Sentiasa pastikan kawasan luka cser sentiasa kering! Yang ni pun wajib. Dan masa awal-awal lepas bersalin biasanya perut berlipat-lipat lagi kan? Terutama kat kawasan czer tu. Jadi kawasan situ akan mudah berpeluh dan kalau lepas mandi susah nak kering sebab terlindung. Jadi apa yang anda boleh buat, tiap kali lepas mandi, cuba baring atas katil untuk elak kawasan czer berlipat, kemudian keringkan pakai hair dryer.
  3. Boleh juga tap-tap pakai towel bersih. Mula mula memang takut sangat nak sentuh kawasan situ, takut sangat kalau terbuka. Jadi bagusnya guna hair dryer. Memang cepat kering dan penting, tak perlu pegang kawasan situ.
  4. Bila nak menyusu sambil duduk, alas atas perut tu dengan bantal biasa. Ada bajet lebih boleh beli bantal menyusu. Sangat membantu. Ini untuk elak berat baby menekan kawasan czer kita time menyusu secara langsung.
  5. Pakai bengkung. Siapa kata kalau czer tak perlu bengkung? Perlu sangat cuma jangan guna yang tipikal bengkung tradisional yang kena ikat beria tu. Just pakai yang strap tu pun ok. Sebabnya kita taknak ketat sangat. Cukup untuk menampung perut bila nak berjalan. Jadi mudah sikit nak berjalan. Kalau tak tampung perut, rasa macam perut nak terburai.
  6. Yang ni tips paling penting nak-nak lagi yang ada masalah allergik dengan ubat tahan sakit, boleh ambil Vivix. Ada satu kajian menunjukkan resveratrol dapat memberi kesan mengurangkan rasa sakit. Bukan tu sahaja, resveratrol juga mempunyai banyak kebaikan seperti baikpulih sel, jadi luka akan cepat baik. Meningkatkan penghasilan mitochondria (pusat janakuasa dalam sel), jadi badan akan rasa lebih bertenaga walaupun tengah pantang. Jadi memang akan sangat recommend untuk ambil vivix waktu pantang.

sumber: ainaez

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat