Macam Mana Nak Bebas Dari OBESITI ?

Macam Mana Nak Bebas Dari OBESITI ?

MACAM MANA NAK MERDEKA DARI OBESITI ?

KENA HIJRAH DARI LIFESTYLE TAK SIHAT KEPADA LIFESTYLE YANG LEBIH BAIK

Semalam dah buat satu post pasal merdeka dari obesiti , so korang mesti tanya, macam mana nak merdeka dari obesiti, sakit kronik bla bla bla. Jawapannya ialah HIJRAH, dari lifestyle tah hapa hapa kepada lifestyle yang lebih berdisiplin.

Betul, korang pernah tengok satu kartun, ramai orang kita suka cari ubat short cut. Ubat darah tinggi, ubat kencing manis, buat jus tuh jus kampung, jus sunnah dan macam macam lagi. Tapi end up ubat tuh jadi efek sementara. Samalah makan supplement , kesan dia bagus, tapi bila stop, habis jahanam.

Bila Allah dah detikkan hidayah, melalui ujianNya, kena kena sabar, buka hati dan jawab ujian dengan jawapan bersandarkan quran dan sunnah. Jadi bila kau sentiasa positif, disiplin, kau akan dapat resultnya. Ada yang cemerlang, ada yang biasa biasa, dan ada yang sikit je.

Takpa, ko kena terus buat dan terus belajar belajar dan belajar. Itulah kemanisan dalam Hijrah, nak merdeka dari masalah kau. Macam abam joe masalah berat badan nih, dah bertahun mimpi nak kurus, tapi bila dah semangat, terus konsisten dan belajar dan keep belajar pasal diet, weight loss , dan macam macam lagi.

So again, hijrah ini sangat bermakna kepada kami. Tak pernah fikir nak kurus kering macam sekarang. Bolehlah menjerit MERDEKA, HIJRAH !!!!

#jurnalkurusjoelabu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat