DIET DIET SIHAT

PENGEDAR VIVIX PALING TOP DI MALAYSIA

Majalah ISihat – Menyentuh Isu Keletihan Dan Banyak Lagi

Majalah ISihat – Menyentuh Isu Keletihan Dan Banyak Lagi

Alhamdulillah, semasa saya berada di Hospital Putrajaya, menantikan saat kelahiran putri kami kedua Ariana Maryam, saya memang tahap kebosanan yang amat sangat. Jadi paling senang nak melayan perasaan ini ialah dengan membeli majalah iSIHAT, biasalah ini info bulan puasa lepas. Ada banyak tips menarik, cuba baca satu satu tuh, ahhaaha.

Internet Tahap Siput Cadbury di Putrajaya

Macam biasalah, sebenarnya saya pun kalau boleh nak je bawa laptop, nak buat kerja ke apa ke yang patut, sambil update blog kesihatan ini, tapi itulah pasal, kekuatan Internet di Hospital Putrajaya memang tahap Siput Cadbury, jadi tak boleh buat apa, itu yang beli majalah iSIHAT, dan lama-lama, tidur jelah, sebab dah penat sangat menunggu. Mungkin lepas ini, PM Najib boleh pertimbang cadangan naikkan kelajuan internet kat sini.

Apa Yang Menarik ?

Bulan puasa ini tentu sekali orang nak tahu pasal keletihan nak jual minuman tenaga, khasiat kurma dan macam macam lagi, so , jadinya, bulan ni, memang terbaik kalau korang baca kandungan dalam majalah ini. Apa yang aku baca tentu sekali best antaranya ialah

  • Cara yang betul nak minum air supaya tak letih
  • Kenapa seseorang itu badan letih walaupun cukup tidur
  • Khasiat vitamin B dalam puasa

Mana Nak Cari Majalah Isihat ?

Yang ni isu bulan lepas, cubalah cari, mana tahu mamak stall tempat korang tu ada lagi simpan, tak pun boleh download versi digital, memang lagi best, rasanya ada dalam buku iSIHAT ni, mudahkan korang nak buat rujukan. Apapun selamat membaca semua, rajin rajin menambah ilmu.

5 Tips Simple Badan Penat

 1– Minum Air Kosong

Adakala badan kita jadi mengantuk adalah kerana ia kekurangan air dalam badan. Mengantuk membawa signal keadaan badan yang letih dan kurang baik. Sediakan air kosong satu botol ketika di pejabat. Badan yang terdedah kepada kesejukan penyaman udara juga menjadi punca kekeringan air.

2 – Basuh Muka

Kadang-kadang kita tidak boleh mengawal mengantuk kerana sudah terlalu penat dan sunyi. Segera basuh muka dengan air sejuk. Ia akan membantu memberi satu renjatan kesegaran pada muka sekaligus menghilangkan mengantuk dengan segera.

3 – Bau Aromatherapy

Aromaterapi yang menyegarkan dapat memberi rasa segar dan nyaman. Sediakan wagian aromaterapi atas meja pejabat atau bawa satu botol Vikeup Aromatherapy Oil sebagai persediaan. Bau aromaterapi yang boleh bantu kurangkan mengantuk ialah bau yang ada ‘mint’ dan lemon. Vikeup Aromatherapy Oil adalah minyak angin aromaterapi yang boleh membantu menghilangkan mengatuk dan melegakan pening kepala.

4 – Dengar Muzik Sesuai

Mendengar muzik antara langkah pantas untuk kurangkan mengantuk. Sesetengah bunyian atau alunan muzik boleh membantu memberi kecergasan kepada minda. Maka tidak salah untuk buat kerja sambil mendengar muzik.

5 – Lakukan Senaman Ringan

Berdiri, duduk, berdiri, duduk. Itu antara senaman ringan yang boleh dilakukan segera apabila mengantuk. Ada banyak tip renggangan dan senaman ringan yang sesuai dipraktikan di tempat kerja. Amalkan senaman-senaman itu ketika mengantuk.

sumber: vikeup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat